Selasa, Ogos 31, 2010

Mesyuarat ALP Koperasi Felcra Sekijang Bhd.



Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi adalah satu cara bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh Koperasi. Dalam mesyuarat, ALP akan menentukan arah tuju koperasi yang hendak dibawa. Maju mundurnya koperasi adalah tanggung jawab bersama anggota.


Kebiasaannya mesyuarat bulanan diadakan pada setiap bulan. Didalam mesyuarat, pembentangan laporan kewangan adalah menjadi agenda utama koperasi.

Pihak pentadbiran Felcra sentiasa memberi kerjasama dengan ALP bagi membimbing dan memberikan khidmat nasihat demi kebaikan bersama.


Kaya Koperasi Kerana Anggota
BUKAN .........
Kaya Anggota Kerana Koperasi.

Rabu, Ogos 25, 2010

Majlis Berbuka Puasa Bersama Peserta




Pada 27/8/2010 bertempat di Surau Kampung Segamat Kecil satu majlis berbuka puasa telah diadakan bersama peserta Projek Felcra Tuang Kajang. Program bermula dengan majlis berbuka puasa, solat fardhu maghrib berjamaah, solat fardhi Isyak berjamaah dan diakhiri dengan solat terawikh dan witir secara berjamaah.



Program ini adalah anjuran bersama Felcra Berhad dengan Jabatan Agama Islam. Mudah-mudahan program seumpama ini dapat diteruskan dimasa akan datang agar perpaduan erat antara pentadbiran dengan keluaga peserta yang sedia ada akan terus terjalin.






Selamat menjalani Ibadah puasa Ramadhan ........

Selamat Hariraya 1431h


Pentadbiran Felcra berhad Kawasan Sekijang mengambil kesempatan mengucapkan 'SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI 1431 h kepada semua warga peserta Felcra Sekijang. Berharap agar semua peserta serta keluarga dapat menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan menghayati dengan penuh tawaduk.

Maaf zahir & batin...

Semoga kita melupakan segala kesilapan dan kesalahan lalu demi perpaduan bersama. Marilah kita bermaaf-maafan dan membina kehidupan yang tidak seberapa ini dengan mencipta kebaikan sebanyak mana yang mungkin.

ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD

Isnin, Ogos 23, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53


Setiap tahun apabila tiba bulan Ogos, pemasangan bendera bagi menghiasi pemandangan perkampungan menjadi tradisi di Perkampungan Felcra Sekijang. Pemasangan jalur gemilang dibuat kebiasaannya pada pertengahan bulan Julai lagi.
Kini, tahun ini (2010) bulan kemerdekaan disambut lagi,....kali ke -53. Alhamdulillah....

Kelihatan Jalur Gemilang berkibar megah di sepanjang jalan pintu masuk perkampungan serta di rumah-rumah peserta. Kedengaran anak-anak kecil menjerit-jerit melaungkan perkataan MERDEKA apabila melihat jalur gemilang. Alangkah bangganya mendengar perkataan Merdaka daripada anak kecil walaupun belum mengetahui erti sebenarnya.

Marilah kita laungkan
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA.

Mudah-mudahan tradisi ini akan berterusan dan menjadi ikutan anak generasi akan datang.

Ahad, Ogos 22, 2010

Program Tadarus & Khatam Al-Quran

Sempena di bulan Ramadhan 1431 h yang berkat ini banyak program diadakan bagi menghidupnya sepanjang bulan. Antaranya program berbuka puasa, solat terawikh berjemaah, more dan tadarus.

Bertempat di surau al hidayah Felcra Sekijang telah diadakan program tadarus dan khatam quran pada 21/8/2010 yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Parlimen Sekijang. Program tersebut telah diadakan pada sebelah pagi (9.30 pagi) yang dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran, bacaan surah Yaasin serta tahlil. Manakala ceramah jemputan daripada Pejabat Agama Daerah segamat, Ustaz Ismail bin Salam telah mengisi slot sebelum solat zohor.

Setelah solat zohor secara berjemaah, majlis diakhiri dengan ucapan perasmian oleh YB Datuk Hj Baharum bin Mohamad Ahli Parlimen Sekijang merangkap Ketua UMNO Bahagian Sekijang.

Isnin, Ogos 09, 2010

Solat Tarawikh

Waktu malam suasana masjid dan surau didalam bulan Ramadhan amat menggalakan. Terasa sungguh meriah dilihat orang ramai berduyun-duyun melangkah ke destinasi. Semata-mata untuk menunaikan solat Tarawikh berjemaah. Anak-anak kecil berlari-lari berteriakan dan ada yang dipimpin oleh ibubapa mereka untuk ke surau atau masjid. Secara tidak langsung ibubapa dapat mendidik anak-anak menunaikan solat dan mengenali masjid.
Sempena bulan baik ini marilah kita mengorak langkah menuju kearah kecemerlangan dengan memakmurkan masjid dan surau untuk melaksanakan solat fardhu, solat tarawikh dan bertadarus bersama-sama. Insyaallah..

Ahad, Ogos 08, 2010

Marhaban Ramadhan Al-Mubarak



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ...

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN SABAR...

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Andai kami tahu ini Ramadhan terakhir..

tentu siangnya kami sibuk berdzikir, tentu kami tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Allah Yang Satu

Andai kami tahu ini Ramadhan terakhir..

tentu kami akan melaksanakan sholat di awal waktu sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...ku serahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kami tahu ini Ramadhan terakhir..

tidak akan kami sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu sajadi setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kami dendang...bakal kami syairkan

Andai kami tahu ini Ramadhan terakhir..

tentu malam kami sibukkan dengan bertarawih.. .berqiyamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kami tahu ini Ramadhan terakhir..

tentu kita tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kami buru...kami cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kami tahu ini Ramadhan terakhir..

tentu kami bakal menyediakan batin dan zahir mempersiapkan diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Illahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah Ramadhan ini paling berarti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju ridha serta kasih sayangMu

Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti. Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi diri kita yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...bersungguh- sungguh dalam meminta belas-NYA

Khamis, Ogos 05, 2010

Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar

Walaupun jauh dari suasana sibuk dan hingar bingar kenderaan namun kawasan Perkampungan Orang Asli Segamat Kecil (Projek Tuang Kajang) sering menjadi tumpuan pihak luar. Keunikan alam semula jadi dan suasana nyaman adalah tarikan utama disamping sikap ramah dan tamah penduduk.

Pada 5/8/2010 dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah diadakan satu majlis Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar.
Program bermula pada 2.15 petang dengan pengisian gotong-royong, Ceramah Kesihatan serta Rawatan serta Daftrar Pemilih. Manakala pada sebelah malam mula jam 8.00 mlm para hadiri telah dijamu dengan masakan kampung dengan ulam-ulam pokok kayu hutan. Bila sudah makan rasa sungguh berselera sekali dan hendak tambah lagi. Tetapi apakan daya perut dah terlampau kenyang dan sudah tidak boleh diisi lagi. Selepas makan malam majlis perasmian telah disempurnakan oleh En Zulkifli bin Mohamad Ketua Unit Pembangunan Insan wakil rasmi Pengarah JHEOA Negeri Johor dan seterusnya program diikuti ceramah yang bertajuk ' Bicara Ilmu'. Sambutan daripada penduduk kampung amat membanggakan.

Konvensyen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan serta kemahiran ibubapa dan memantapkan institusi keluarga bagi masyarakat luar bandar sebagai perancang modal insan, fasilitator pembelajaran anak-anak serta wadah utama dalam mencegah gejala sosial.


Kepada mereka yang pernah bersama masyarakat kampung orang asli ini pasti akan mengingati kenangan manis seumpama ini. Program seperti ini perlu diteruskan bagi mengeratkan lagi hubungan pihak luar dengan masyarakat orang asli.

Selasa, Ogos 03, 2010

Karnival Usahawan Desa

Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil Kuala Lumpur bermula pada 22-25/07/2010. Karnival Usahawan Desa ( KUD ) ini telah menempatkan sejumlah usahawan diseluruh pelusuk negara bagi memasarkan dan mempromosi produk mereka. Karnival ini adalah anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW).

Felcra berhad tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian dalam karnival ini. Sebanyak 30 buah gerai niaga telah diperuntukan kepada Felcra berhad. Antara kawasan negeri Johor yang terlibat dalam ekspo ini ialah Felcra Sekijang, Bukit Kepong, Sri Mahkota dan Sg Ara.

Felcra Sekijang telah menghantar seorang usahawan Puan Kalimah binti Shahidan. Beliau adalah pengusaha produk Sambal Ikan Bilis Taucu. Projek ini telah beliau mulakan pada akhir tahun 2009. Kini pengeluaran produk beliau telah mula berkembang dan diminati ramai. Beliau adalah seorang yang aktif dalam berpersatuan dan merupakan pengerusi Wadira Felcra Sekijang dan Ketua Wanita UMNO Sekijang. Sekiranya ada yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi terus beliau melalui telepon 019-6649206.

Terima kasih kepada Felcra berhad Wilayah Johor kerana telah memberi peluang kepada beliau untuk mengambil bahagian dalam karnival tersebut.

Selamat Maju Jaya.

Isnin, Ogos 02, 2010

Kekalahan Bukan Erti Kecewa

Tarikh 31/7/2010 adalah perlawanan penentuan bolasepak 4 penjuru. Perlawanan bertempat di padang Risda Sekijang. Perlawanan akhir adalah antara pasukan Felcra Sekijang dengan Felda Kemelah. Perlawanan berakhir dengan sepakan penalti kerana masing-masing terikat 0 - 0. Akhirnya kemenangan memihak kepada pasukan Felda Kemelah dengan kemenangan 3 -1.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Felda Kemelah kerana menjuarai pertandingan. Kepada pasukan Felcra Sekijang juga diucapkan tahniah kerana telah bersungguh-sungguh dalam semua permainan. Setiap pertandingan sememangnya ada menang dan ada yang kalah.

Teruskan perjuangan ..jangan kenal erti kecewa. Sekali tewas tidak bermakna akan kalah selamanya.. Tahun hadapan kita jumpa lagi.

Ahad, Ogos 01, 2010

Emulsifier Codes Untuk Lemak Babi

Kod emulsifier yang mengandungi lemak babi atau binatang tidak Halal.
Harap kawan -kawan dan rakan sekelian dapat sentiasa menyimpannya dalam poket untuk rujukan semasa membeli belah.

Antaranya serbuk Teh Tarik (Chek Hup), Rota (keropok udang),kerepek kentang Pringles, minyak masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh), Ajinomoto(buatan Thailand), Ramuan Kentucky dan Mc Donald dan banyak lagi......


Semua Kod yang ada E atau tidak.

120, 140, 141, 160[a], 161, 252, 300, 301, 422, 430, 431, 433, 435, 436, 441, 470,
471(*Animal Base),472[a], 472[b], 472[c], 472[d], 472[e], 473, 474, 475, 476, 477, 478, 481, 482, 483, 491, 492, 493, 494, 542, 570, 572, 631, 635, 920

(*471 Vegetable Base is said to be Halaal)


Berikut adalah Emulsifiers – E yang mengandungi atau tidak tetapi diragui - Mashbooh - مَشْبُوْه


E100, E110, E120, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E256, E270, E280 E325, E326,
E327, E334, E335, E336, E337 E432, E433, E434, E440, E470, E472, E495, E904.

Berikut adalah kod yang sememangnya HARAM:-

E 120: Cochineal (red color from insects) according to Hanafi Muzhab

E 441: Gelatin , if it is from pig

E 542: Edible Bone Phosphate if it is from pork bones

Semoga maklumat ini dapat memberi sedikit info kepada kalian....Ingat jangan kita makan sembarangan dan mem BABI buta sedap tekak dan lidah je....harap forward kepada kawan dan saudara mara dengan express...