Selasa, Disember 06, 2016

SAMBUTAN 50 TAHUN JUBLI EMAS FELCRA BERHAD WILAYAH JOHOR

15 November, 2016 
Majlis Sambutan 50 tahun Jubli Emas Felcra Berhad Wilayah johor telah diadakan di Hotel Berjaya Waterfront Johor Bahru. Telah disempurnakan oleh YB Datuk Ir. Haji Husni bin Haji Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor.
Kehadiran VVIP telah disambut dengan persembahan silat disamping diserikan lagi dengan persembahan zapin daripada anak-anak Felcra Bukit Kepong, Muar.

LABA MENJELMA UNTUK PESERTA

Kini sudah tiba masa untuk peserta menikmati lagi habuan hasil dari ladang FELCRA.....Alhamdulillah ... peserta Sg Sepuluh tidak terkecuali ....syukur atas nikmat yang dicurahkan kepada peserta Felcra Sg Sepuluh Kluang. Bayaran Interim kali 2/2016 akan dibuat bayaran selepas 15 Disember 2016. Bayaran ini dibuat atas perkiraan hasil ladang sebanyak 70% sehingga bulan 9/2016.

Rabu, Oktober 26, 2016

KURSUS WAJIB KOPERASI

21-23 OKTOBER, 2016
Kursus telah diadakan di Hotel Bayview Langkawi. Kursus adalah dengan kerjasama Maktab Koperasi Malaysia (MKM).
Majlis telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Institusi Tn haji Zainul Anzaid Bin Hj Seman.
Antara pengisian program adalah Pengurusan Strategik.
Apakah Visi, Misi & Objektif Ahli Lembaga Koperasi untuk halatuju koperasi dimasa akan datang.
Tanggungjawab ALK dalam mencorak dan membentuk koperasi yang mereka diberi amanah oleh anggota.

Selasa, Oktober 18, 2016

BERSANGKA BAIK


PROGRAM PENDAMPINGAN PESERTA

Program Pendampingan Peserta menjadi satu kewajipan disemua kawasan Felcra. Begitu juga di Kawasan sg Sepuluh tidak ketinggalanmelaksanakan program tersebut. Program seperti ini amat digalakkan bagi merapatkan hubungan silaturrahim antaran staf  dan peserta.

Kelihatan kanan sekali En Yassin bin Sarday (Ketua Peserta Sg Sepuluh) bersama barisan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek Felcra Sg Sepuluh dalam satu majlis yang dilaksanakan dalam projek.

Ahad, Oktober 16, 2016

MESYUARAT BULANAN AJKKP

Felcra Berhad Kawasan Sg Sepuluh, Kluang akan mengadakan Mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek (AJKKP) sepertimana berikut:-

1.  AJKKP Felcra Kg Tengah - 18/10/2016 (Selasa) masa 10.00 pagi bertempat di Pejabat Felcra Kawasan Sg Sepuluh.

2. AJKKP Felcra Gunung Lambak I & II - 18/10/2016(Selasa) masa 3.00 petang bertempat di Pejabat Felcra Kawasan Sg Sepuluh.

3. AJKKP Felcra Sungai Sepuluh - 19/10/2016 (Rabu) masa 3.30 petang bertempat di Pejabat Kawasan Felcra Sg Sepuluh.

Mesyuarat tersebut akan di pengerusikan oleh Pengurus Kawasan En Nizam bin Zakariah. Mesyuarat adalah kali ke-4/2016.

' Selamat Bersidang '

Ahad, Oktober 02, 2016

MESYUARAT AGUNG KPR FELCRA GUGUSAN SG 10 KE-19

25 September, 2016- Bertempat di Dewan Putera Air Hitam (Bersebelahan Pejabat Pos ) telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan KPR Felcra Gugusan Sg Sepuluh Kluang Bhd kali ke-19. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En Jamaluddin bin Razali Pengurus Besar Wilayah FELCRA berhad Johor.
Anggota Koperasi terdiri daripada peserta Projek Gunung Lambak 1 & 2, Kg Tengah dan Sri Desa, simpang Renggam.
Turut hadir Penolong Pengarah SKM Daerah Kluang, En Ti Tian Chay.
Tiga (3) ALK yang gugur mengikut giliran telah dipilih semula untuk sessi 2016/2017.

Senarai 9 orang ALK sessi 2016/2017
a. Hj Ahmad bin Ahem -Pengerusi
b. Hj Mohamad Salleh bin Hj Suaip-S/Usaha
c. Hussein bin Mujip- Bendahari
d. Hj Mohamad bin Daiman
e. Hj Ahmad bin Samsuri
f. Hj Abd Hamid bin Hj Ahmad
g. Hj Abas bin Kiran
h. Pn Nasimah bte Sukarman
i. Pn Norlaila bte Abd Samad

Penyampaian Cenderahati daripada Pengerusi KPR kepada Pegawai SKM

Tahniah kepada semua kerana dapat menjayakan majlis dari awal hingga akhir. Selamat bertemu semula ditahun hadapan, In Sya Allah.

Khamis, September 29, 2016

SEJARAH HAJI DI BAWAH SYARIAT RASULULLAH SAW

Kepada yang sudah tunaikan HAJI...alhamdulillah....mana yang belum usahakanlah...in sya Allah akan tertunai jua..


  • HAJI TELAH DIWAJIBKAN PADA TAHUN KE-5 HIJRAH
  • PADA TAHUN KE-6 HIJRAH, RASULLULLAH S.A.W MENGERJAKAN UMRAH DAN DISERTAI OLEH 1500 ORANG PARA SAHABAT TETAPI ROMBONGAN INI TERTAHAN DI HUDAIBIYAH.
  • PADA TAHUN KE-7 HIJRAH, MEREKA MEMBUAT UMRAH QADA
  • PADA TAHUN KE 10 HIJRAH, RASULULLAH S.A.W TELAH  MENGISYTIHARKAN UNTUK MENUNAIKAN  FARDU   HAJI.
  • PADA 25 ZULKAEDAH TAHUN 10 HIJRAH    
  •        RASULULLAH  DENGAN ISTERI-ISTERI BAGINDA       TELAH MEMULAKAN PERJALANAN DAN DIIKUTI OLEH         120,000 ORANG PARA SAHABAT.  

              
  • HAJI TERSEBUT  DIKENALI SEBAGAI
  HAJI ISLAM
                HAJI AKBAR 
                      HAJI WADA’

KURSUS PPPLS

 24-25 OGOS, 2016
Kursus PPPLS (Participant Plantation Profile, Land & Survey) untuk staf Pengurusan Peserta bertempat di Hotel New York Johor Bahru. Terima kasih tuan guru En Hashim atas tunjuk ajar yang diberikan kepada kami.

Rabu, September 28, 2016

SEMINAR PERLINDUNGAN TAKAFUL

8-10 OGOS, 2016
Bertempat di Hotel Regency Waterfront, Terengganu telah diadakan Seminar Pengurusan Perlindungan Takaful Berkelompok bagi staf Sosial Wilayah Terengganu dan Pahang. Hanya aku seorang yang sesat (dari Johor). He..he..he..
Majlis dirasmikan oleh Pengurus Besar Pengurusan Peserta En Zulhairi Abd Rahim.
Otai-otai ambil kesempatan berposing....jangan mare..!!!!

'MOH NGETEH'

28 OGOS 2016 -Semua kementerian dibawah KKLW termasuk FELCRA berhad di seluruh negara telah mengadakan Program Moh Ngeteh KKLW. Kawasan Sg Sepuluh Kluang juga tidak  ketinggalan turut serta dalam menjayakan program tersebut. Program ini melibatkan barisan AJKKP, peserta dan pekerja. Majlis walaupun sederhana namun ianya meriah dan dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim.



Pengurus Kawasan Felcra Sg Sepuluh Kluang bersama Ketua Peserta dan AJKKP.

JASA MU DIKENANG



29 OGOS 2016- Sempena meraikan staf yang bersara pihak pengurusan Kawasan Felcra Sg Sepuluh dengan kerjasama AJKKP telah mengadakan Majlis Jasa Mu Dikenang bertempat di Restoran Two City, Kluang. Staf yang diraikan adalah En Ishak bin Kamin.
Semoga apa jua khidmat bakti yang dicurahkan selama ini di Kawasan Sg Sepuluh mendapat ganjaran dari ALLAH swt hendaknya.

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2016


Tanggal 31 Ogos setiap tahun menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia, tidak kira tua, muda, kecil, besar, kaya ataupun miskin. Di FELCRA pun begitu juga, samada peringkat wilayah ataupun kawasan sama-sama menjayakan dan meraikannya dengan penuh meriah.

Jumaat, Julai 22, 2016

AKU DATANG SG 10.........

Tanggal 1 Jun 2016 bersamaan 25 Syaaban 1437h (hari Rabu).....aku melapor diri bertugas di tempat baharu...Sungai Sepuluh Kluang, Johor Darul Ta'zim. Negeri Kelahiranku...Alhamdulillah....
Apabila aku menerima mesej dari sahabat bahawa aku diarah bertukar bertugas ketempat baharu...aku rasa amat bersyukur. Itulah hasrat aku sejak pertengahan tahun 2015 lalu. Aku berhasrat untuk pulang ke negeri asal kelahiranku semata-mata untuk membaiki rumah kediamanku yang terbengkalai lama. Aku mula bergerak dari Bukit Kapah, Hulu Terengganu pada 31/5/2016.
Harapan aku moga aku sentiasa dirahmati dan berusaha dengan lebih gigih bagi kesejahteraan semua, staf & peserta