Isnin, Julai 25, 2011

PROGRAM TAHLIL PERDANA

Jawatankuasa Surau Perkampungan
Felcra Sekijang
Dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan

Semua Penduduk Serta Keluarga
ke
PROGRAM TAHLIL PERDANA KAMPUNG

Tarikh : 28 Julai 2011 ( Khamis )
26 Syaaban, 1432
Masa : 7.00 malam
Tempat : Surau Perkampungan Felcra Sekijang

Kehadiran tuan/puan serta keluarga bagi menyertai program


adalah amat dialu-alukan.


*********** SEKIAN TERIMA KASIH ********



WASSALAM


"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api."
( Al Hadith)

CARA BERFIKIR.....5

BERFIKIR DI LUAR KOTAK



Atau Think out of the box adalah cara berfikir yang sangat baik, di mana seseorang itu tidak terpaku hanya pada satu pola atau kebiasaan-kebiasaan tertentu sahaja.



Seseorang yang berfikir di luar kotak, adalah orang yang tidak membataskan fikiran dan dirinya. Dengan demikian selalu ada idea-idea yang tidak diduga yang terkadang muncul dari fikirannya.



Orang yang berfikir diluar kotak pasti adalah orang yang kreatif.

CARA BERFIKIR.....3

BERFIKIR POSITIF


Anda mesti sudah faham mengenai berfikir positif. Hampir setiap hari di banyak media, blog, buku, seminar, BERFIKIR POSITIF diajarkan.


BERFIKIR POSITIF bererti melihat segala sesuatu dari sisi baik sahaja.

CARA BERFIKIR.....1

BERFIKIR BESAR




Kalau anda pernah membaca buku The Magic of Thinking Big, atau Berfikir dan Berjiwa Besar, anda pasti tahu betapa menguntungkan mempunyai cara fikir besar.





Berfikir besar bererti meyakinkan diri sebenarnya berkemampuan besar dalam diri kita untuk mewujudkan apapun yang kita fikirkan.



Berfikir besar bererti tidak membatasi diri anda dengan keadaan tertentu, sebaliknya anda melihat segala sesuatu dari segala arah.



BERFIKIR BESAR bererti berani menetapkan tujuan hidup yang besar, dan sebagai hasilnya kita akan mendapatkan hasil yang BESAR.

Khamis, Julai 21, 2011

PROGRAM SUKAN BELIA FELCRA 2011


Peneraju utama Program Sukan Belia Felcra Johor




Tarikh keramat 17.07.2011 menjadi igauan belia Felcra Sekijang. Tarikh tersebut adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh semua belia Felcra seluruh negeri Johor. Tarikh tersebut adalah tarikh penentu untuk persatuan belia dinobatkan sebagai juara.
Kontijen Sekijang


Bermula dari 15 - 17 Julai 2011 adalah masa yang dinantikan bagi belia kerana tarikh tersebut adalah Program Karnival Sukan Belia Wilayah Johor 2011 bertempat di Perkampungan Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi. Seramai 173 orang belia menyertai program ini iaitu dari 7 buah kawasan.
Persembahan Kuda Kepang semasa majlis perasmian penutup.


Antara yang dipertandingkan adalah Futsal, bola jaring, bola tampar, badminton dan bakat. Kali ni tiada pertandingan bola sepak kerana ianya digantikan dengan futsal. Pada tahun 2008 lalu Sekijang adalah juara bola sepak peringkat negeri Johor. Bila sebut nama Sekijang dalam kelompok futsal mereka dah gerun mendengarnya. Permainan amat menarik. Masing-masing menurunkan pasukan yang baik tapi nasib masih memihak kepada pasukan futsal Sekijang. Dalam perlawanan akhir pada 17/07/2011 pasukan futsal sekijang dinobatkan sebgai juara setelah menewaskan pasukan Sungai Layau dengan kemenangan 2 -1. TAHNIAH...TAHNIAH....TAHNIAH..

Kesemua peserta belia yang menyertai pertandingan dihadiahkan dengan cenderahati sebagai kenangan bebentuk sebuah beg. Bagi belia Sekijang pula mereka tidak pulang dengan tangan kosong kerana semua acara yang mereka sertai berjaya mendapat tempat 4 teratas .

Futsal - Tempat Pertama

Bola Tampar - Tempat Kedua

Badminton - Tempat Ketiga

Bola Jaring - Tempat Keempat

Bakat (Wanita) - Tempat Pertama



Terima kasih kepada semua peserta sekijang kerana telah bersungguh dalam pertandingan. Menang atau kalah adat pertandingan.


Bergambar kenangan sebelum pulang ke destinasi

Selasa, Julai 12, 2011

PROGRAM KENDURI KAMPUNG





Seluruh masyarakat di Perkampungan Felcra Sekijang, tak kira tua muda, kecil besar sama-sama menjayakan program kenduri kampung anjuran JKKK Mukim Sungai Segamat pada 6 Julai 2011.








Sejak awal pagi iaitu kira-kira jam 8.00 pagi para kaum ibu telah mula membersih bawang dan sebagainya. Manakala kaum bapa pula sibuk membersih ayam. Ada juga yang hanya duduk bersembang hal keduniaan tanpa menghirau yang lain sibuk bekerja keras bergotong-royong untuk menjayakan program.




Program dimeriahkan lagi dengan bacaan tahlil yang dibuat sebelum zohor dan diakhiri dengan jamuan. Kehadiran adalah amat membanggakan.












Lauk ayam masak cili...khas untk orang rewang je...




Antara menu tengahari adalah nasi putih, ulam-ulaman, sambal belacan, ayam masak kicap dan ikan kering..Sungguh berselera dibuatnya.





Ulaman......Ulam raja dan tenggek burung