Isnin, November 22, 2010

Hari Keluarga Felcra Johor 2010


Mabuk punya pasal...jangan mabuk todi dah le....

Pada jam 8.30 pagi 20 November, 2010 staf Felcra Sekijang beserta keluarga telah bertolak menuju ke Summerset Rompin Pahang bagi menghadiri Program Hari Keluarga Felcra Berhad Wilayah Johor tahun 2010 yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Kakitangan Felcra Johor (KESUKAF). Program berlangsung selama 2 hari 1 malam iaitu dari 20-21/11/2010. Seramai 130 buah bilik telah ditempah bagi memuatkan seramai 130 buah keluarga Felcra seluruh Johor.

Pocong datang dari mana siang hari ni..............?


Pada hari pertama pada sebelah petang, acara sukaneka telah diadakan. Bukan main seronok lagi mereka bersukan......lupa pasal kerja kerana nak berseronok bersama kawan dan keluarga. Antara acara menarik sukan yang dipertandingkan bagi kategori dewasa adalah Lari Mabuk, Lari Dalam Guni, Lambung Telor, Mencari Barang Misteri Dalam Kolam, Solekan, Tiup Belon, Sambung Getah dan Balut Badan Dengan Tisu. Manakala kategori kanak adalah mewarna dan melukis.

Antara cara yang dipertandingkan...Tiup Belon

Kreatif..... Ini solek nak cantik ke .... solek wayang cina?..........

Anak-anak pula sibuk seronok main air di kolam renang......sampai ditarik sang ibu agar keluar dari kolam kerana hari dah nak malam.
Antara VIP yang hadir...Bukan main khusyuk menonton persembahan..
Pada sebelah malamnya pula adalah program makan malam serta majlis perpisahan staf yang berpindah dan bersara. Disamping itu acara malam diserikan dengan acara cabutan nama bertuah untuk staf yang hadir, persembahan daripada zon serta karaoke.

Salah satu persembahan dari Zon Muar...Poco-Poco...

Ada bakat....Tunjuk bakat....Tu belum lagi 5p yang tunjuk bakat...simpan dulu...Yeahhhh!

Keesokan harinya pada 22/11/2010 selepas sarapan pagi program taklimat KKF kepada staf telah disampaikan oleh En Hanafi.
Selepas makan tengahari semua keluarga Felcra Johor beransur pulang ke destinasi masing-masing.

"Tengahari Pergi Ke Pekan,
Makan Nasi Lauk Paprik,
Jumpa Lagi Di Tahun Hadapan,
Di Tempat Lain Yang Lebih Menarik"

Rabu, November 17, 2010

SALAM AIDIL ADHA 1431h


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahil Hamd!
Takbir bergema lagi tahun ini sempena menyambut ketibaan aidil adha atau lebih dikenali sebagai hari raya qurban. Marilah kita berdoa kerana doa dimalam raya ini dimakbulkan Allah.
Cuba kita renung kembali kisah pengorbanan nabi Ibrahim a.s dan nabi Ismail a.s. demi menunaikan perintah Allah. Bandingkan dan muhasabah diri kita apa pengorbanan yang telah kita laksanakan. Pengorbanan sebagai ibubapa terhadap anak dan pengorbanan anak terhadap ibubapa. Pengorbanan guru terhadap pelajar dan sebaliknya. Pengorbanan ketua masyarakat terhadap orang sekelilingnya dan sebaliknya.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahil Hamd!
Sembeliah unta, kerbau, lembu atau kambing hanyalah sekadar lambang pengorbanan. BUKAN satu pengorbanan. BUKAN berkorban. Ianya serupa macam orang buat kenduri kesyukuran atau walimatul urus, jamu orang ....tu je...Hakikat sebenar berkorban dan pengorbanan adalah berubah daripada sifat buruk (hasad, dengki, sombong, bongkak, riak, irihati, Ujub, takabbur dll) kepada sifat terpuji ( baik budi, rendah diri, pemurah, redha dll).

Begitu juga perbuatan melontar jamrah...BUKAN ianya melempar setan. Ianya sebagai lambang je. Tetapi yang sebenarnya ialah melempar jauh sifat keji yang menyaluti dalam diri dan jiwa. Dengan ini istilah sebenar KORBAN adalah bermaksud untuk mendekatkan dan merendahkan diri kepada Allah iaitu dengan melaksanakan menyembelih binatang ternakan untuk disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahil Hamd!
Marilah kita hayati dan renong bersama.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Isnin, November 15, 2010

Kursus Pembangunan Diri Staf Sosial


Kursus Pembangunan Diri Staf Sosial telah diadakan bertempat di MPC Johor Bahru (bersebelahan Pejabat Felcra Wilayah Johor) pada 10 - 12 November, 2010. Seramai 25 orang peserta telah terlibat dalam program tersebut iaitu terdiri daripada 5p dan staf yang terlibat dengan pengurusan peserta.

Antara pengisian yang ada dalam kursus tersebut adalah Protokol, Etiket Sisial, Pengurusan Rasmi dan Pengucapan Awam yang telah disampaikan oleh penceramah daripada Kolej Komuniti Bandar Penawar Kota Tinggi.

Kami peserta kursus mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini bagi kebaikan bersama terutama Unit Pembangunan Peserta Wilayah Johor dan Kolej Komuniti Bandar Penawar.


TERIMA KASIH..........


Khamis, November 04, 2010

Praktikal Pelatih Penolong Eksekutif Ladang


Seramai 27 orang pelatih Penolong Eksekutif Ladang daripada Pusat latihan Tebing Tinggi telah menjalani latihan amali di Felcra Sekijang pada 31/10/2010 hingga 4/11/2010 (5 hari). Mereka telah di ketuai oleh En Roslan (pegawai Pusat Latihan Tebing Tinggi, Segamat).
Mereka telah ditempatkan di Dewan Ilmu sebagai tempat penginapan untuk 5 hari. Makan minum mereka disediakan oleh Wadira Felcra Sekijang.


Taklimat oleh Pengurus Kawasan

Pada hari pertama (31/10/2010) sebelah pagi sesi taklimat telah diberikan oleh Pengurus Kawasan, En Mokhtar bin Mohd Amin. Pada sebelah petangnya pula program gotong-royong membersih kawasan kompleks perumahan staff serta laluan utama pintu masuk.
Sesi penerangan sebelum melangkah ke ladang

Manakala pada hari seterusnya (1-4/11/2010) pula mereka telah dibawa masuk ladang untuk melaksanakan latihan kerja-kerja ladang seperti memotong pelepah, memotong buah sawit, meracun dan membaja. Pada hari ke empat sesi perlawanan persahabatan bolasepak dengan Persatuan Belia telah diadakan.

Selasa, November 02, 2010

Pengurusan KPR

Koperasi adalah institusi peserta di kawasan Felcra yang menjalankan aktiviti perniagaan. Bagi menggerakkan aktiviti KPR kebiasaannya ALP koperasi akan dibantu oleh seorang kerani. Ini bagi menguruskan pengendalian kewangan koperasi. Situasi ini juga digunakan oleh KPR Sekijang Bhd agar segala urusan penerimaan serta pengeluaran wang KPR dapat diuruskan dengan sempurna.

Kalau sesiapa sudah ke KPR Sekijang pasti akan mengenali wajah kerani ini. Siti Shazura binti Jafre namanya. Telah bertugas di KPR Sekijang sejak tahun 2007.

Isnin, November 01, 2010

Projek Ternakan Lembu Plasma A

Di Felcra Sekijang kerja-kerja pembinaan kandang lembu Plasma A sedang giat dilaksanakan. Kandang dijangka siap akhir tahun ini dan akan dimuatkan dengan lembu sebanyak 200 ekor. Hasil keuntungan projek akan dijadikan sebagai dividen tambahan kepada peserta. Selain Sekijang projek yang terlibat dengan projek ternakan ini adalah Bukit Kepong, Sg Ara, Sedili Besar dan Sri Mahkota.