Rabu, Oktober 26, 2016

KURSUS WAJIB KOPERASI

21-23 OKTOBER, 2016
Kursus telah diadakan di Hotel Bayview Langkawi. Kursus adalah dengan kerjasama Maktab Koperasi Malaysia (MKM).
Majlis telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Institusi Tn haji Zainul Anzaid Bin Hj Seman.
Antara pengisian program adalah Pengurusan Strategik.
Apakah Visi, Misi & Objektif Ahli Lembaga Koperasi untuk halatuju koperasi dimasa akan datang.
Tanggungjawab ALK dalam mencorak dan membentuk koperasi yang mereka diberi amanah oleh anggota.

Selasa, Oktober 18, 2016

BERSANGKA BAIK


PROGRAM PENDAMPINGAN PESERTA

Program Pendampingan Peserta menjadi satu kewajipan disemua kawasan Felcra. Begitu juga di Kawasan sg Sepuluh tidak ketinggalanmelaksanakan program tersebut. Program seperti ini amat digalakkan bagi merapatkan hubungan silaturrahim antaran staf  dan peserta.

Kelihatan kanan sekali En Yassin bin Sarday (Ketua Peserta Sg Sepuluh) bersama barisan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek Felcra Sg Sepuluh dalam satu majlis yang dilaksanakan dalam projek.

Ahad, Oktober 16, 2016

MESYUARAT BULANAN AJKKP

Felcra Berhad Kawasan Sg Sepuluh, Kluang akan mengadakan Mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek (AJKKP) sepertimana berikut:-

1.  AJKKP Felcra Kg Tengah - 18/10/2016 (Selasa) masa 10.00 pagi bertempat di Pejabat Felcra Kawasan Sg Sepuluh.

2. AJKKP Felcra Gunung Lambak I & II - 18/10/2016(Selasa) masa 3.00 petang bertempat di Pejabat Felcra Kawasan Sg Sepuluh.

3. AJKKP Felcra Sungai Sepuluh - 19/10/2016 (Rabu) masa 3.30 petang bertempat di Pejabat Kawasan Felcra Sg Sepuluh.

Mesyuarat tersebut akan di pengerusikan oleh Pengurus Kawasan En Nizam bin Zakariah. Mesyuarat adalah kali ke-4/2016.

' Selamat Bersidang '

Ahad, Oktober 02, 2016

MESYUARAT AGUNG KPR FELCRA GUGUSAN SG 10 KE-19

25 September, 2016- Bertempat di Dewan Putera Air Hitam (Bersebelahan Pejabat Pos ) telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan KPR Felcra Gugusan Sg Sepuluh Kluang Bhd kali ke-19. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En Jamaluddin bin Razali Pengurus Besar Wilayah FELCRA berhad Johor.
Anggota Koperasi terdiri daripada peserta Projek Gunung Lambak 1 & 2, Kg Tengah dan Sri Desa, simpang Renggam.
Turut hadir Penolong Pengarah SKM Daerah Kluang, En Ti Tian Chay.
Tiga (3) ALK yang gugur mengikut giliran telah dipilih semula untuk sessi 2016/2017.

Senarai 9 orang ALK sessi 2016/2017
a. Hj Ahmad bin Ahem -Pengerusi
b. Hj Mohamad Salleh bin Hj Suaip-S/Usaha
c. Hussein bin Mujip- Bendahari
d. Hj Mohamad bin Daiman
e. Hj Ahmad bin Samsuri
f. Hj Abd Hamid bin Hj Ahmad
g. Hj Abas bin Kiran
h. Pn Nasimah bte Sukarman
i. Pn Norlaila bte Abd Samad

Penyampaian Cenderahati daripada Pengerusi KPR kepada Pegawai SKM

Tahniah kepada semua kerana dapat menjayakan majlis dari awal hingga akhir. Selamat bertemu semula ditahun hadapan, In Sya Allah.