Khamis, Disember 19, 2013

KARNIVAL FUTSAL & BOLA JARING BELIA FELCRA 2013


Bertempat di Sport Planet Ampang pada 14 Disember, 2013 (Sabtu) berlangsung Karnival Futsal & Bola Jaring Belia Felcra Sebanyak 33 buah pasukan futsal dan 21 buah pasukan bola jaring dari persatuan belia Felcra seluruh Malaysia. Persatuan Belia Felcra Bukit Kapah tidak ketinggalan menyertai karnival tersebut. Karnival telah disempurnakan perasmiannya oleh CEO Felcra.
Pasukan futsal bukit kapah telah menjadi naib johan manakala pasukan bola jaring pula di tempat keempat. Hadiah yang dibawa pulang adalah berbentuk wang saguhati iaitu bagi tempat pertama hingga keempat.
Insyaallah 2 tahun akan datang persatuan belia akan bertemu lagi dalam program yang sama tetapi ditempat yang lain...di Sarawak..ke..Sabah ke...atau Perlis.....

SELAMAT BERJUMPA LAGI...

MAJU SUKAN UNTUK BELIA..

Ahad, Ogos 25, 2013

SAMBUTAN HARIRAYA SK SUNGAI BERUA (JAKOA)

Bertarikh 25/8/2013 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sg Berua (JAKOA) majlis sambutan hariraya disambut dengan meriah. Antara menu utama yang menarik adalah kambing golek. Jemputan terdiri dari Jakoa, Felcra, Unisza dan Perkim. Majlis tersebut juga dibuat bagi menyambut guru besar yang baru, En Zamri Abd Rahman bagi menggantikan En Maslaili.yang telah diarahkan bertukar ke sekolah lain. Seramai 115 murid Sk Sg Berua beratur panjang untuk bersalam-salaman dengan Guru Besar yang lama.Beliau dalam ucapannya berpesan bahawa pelajar orang asli juga berpotensi sebagaimana pelajar disekolah lain. Oleh yang demikian berusaha dan belajarlah bersungguh-sungguh bagi mencapai cita dan dapat mengubah cara hidup keluarga.

SAMBUTAN HARIRAYA FB ZON BARAT, HULU TERENGGANU

Pada 23/8/2013 semua staf serta keluarga Felcra berhad Zon Barat Hulu Terengganu berkumpul di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang bagi menyambut Hari Keluarga dan Hariraya 1434h. Kawasan program berhampiran dengan kawasan rekreasi Air Terjun Sekayu. Majlis bermula jam 9.30 pagi. Menu utama adalah 'barbeque'. Selain itu raja buah 'durian' menjadi santapan utama. Bagi staf kawasan Bukit Kapah menu yang perlu disediakan adalah keropok lekor. Kerja penyediaan dibuat dikawasan program dimana masing-masing bekerjasama menyediakan menu yang disepakati.
Antara pengisian program adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak kategori 12th kebawah dan 7 th kebawah. Bagi  staf /suami/isteri ada acara menarik bagi mereka iaitu melukis dan mewarna bendera Malaysia.
Selain dari itu cabutan bertuah ada dijalankan dimana semua staf yang hadir membawa 'ole-ole' untuk dibawa pulang.
Selesai majlis masing-masing ke Taman Rekreasi Air Terjun Sekayu bagi menyejukan badan.
Akan datang insyaallah Pulau Redang menjadi idaman dituju.

SELAMAT HARIRAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

Sabtu, Ogos 24, 2013

SAMBUTAN HARIRAYA AIDIL FITRI 1434h KAWASAN FELCRA BUKIT KAPAH

Sebagai tuan rumah staf serta keluarga Felcra Bukit Kapah bertungkus lumus sejak 19 haribulan lagi. Tarikh yang dinantikan pada 21/8/2013 datang jua. Sambutan dibuat secara sederhana tapi meriah. Di sekeliling pejabat Felcra Bukit Kapah dihiasi dengan kibaran bendera Malaysia tanda sambutan bulan Kemerdekaan ke- 56. Tujuan utama adalah hendak meraikan pekerja-pekerja yang telah berusaha gigih dalam menjayakan projek. Tetamu jemputan adalah AJKKP Bukit Kapah peringkat 1 (ts), AJKKP Bukit Kapah peringkat III, AJKKP Payang Kayu, WADIRA, AJK Belia serta Kilang sawit Bkt Kapah.
Majlis bermula jam 12.00 tengahari hingga jam 3.00 petang. Kehadiran jemputan dianggarkan seramai 300 orang. Antara menu utama ialah lemang, gulai kawah, tapai dan kuih/ biskut raya.
Program seperti ini akan diterus ditahun-tahun hadapan agar menjadi program tahunan staf Felcra Bukit Kapah.

Kepada yang hadir diucapkan jutaan terima kasih. Insyaallah tahun hadapan jumpa lagi....

SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Ahad, Jun 16, 2013

EMAS

Siapa yang tak kenal EMAS
dari anak kecil hingga yang dewasa
semuanya kenal apa itu EMAS
semasa di sekolah
guru ada kata" masa itu EMAS"
betapa berharganya masa
mahalnya seperti EMAS
ustaz ada cerita " harta Qarun melimpah-limpah"
EMAS bertimbun kekayaan yang dimiliki
hingga kini masih menjadi rebutan
kaum hawa tetap mencari
kalau tak sedikit banyak yang dibeli
itulah EMAS yang diimpi

Khamis, Mei 09, 2013

KEPUTUSAN PRU 13

KERUSI PARLIMEN
Perlis              3  -  3 BN     0 PAS      0 PKR
--------------------------------------------------------------------------
Kedah            15  - 10 BN    1 PAS     4 PKR       
--------------------------------------------------------------------------
Kelantan        14  -  5 BN     9 PAS     0 PKR
--------------------------------------------------------------------------
Terengganu     8  -   4 BN    4 PAS      
--------------------------------------------------------------------------
Pulau Pinang  13  -   3 BN     0 PAS     3 PKR     7 DAP
--------------------------------------------------------------------------
Perak            24  -  12 BN     2 PAS     3 PKR     7 DAP
--------------------------------------------------------------------------
Pahang          14  -  10 BN     1 PAS     2 PKR     1 DAP
--------------------------------------------------------------------------
Selangor        22  -   5 BN     4 PAS      9 PKR     4 DAP
--------------------------------------------------------------------------
Kuala Lumpur 11  -   2 BN     0 PAS      4 PKR     5 DAP
--------------------------------------------------------------------------
N.Sembilan     8  -   5 BN      0 PAS      1 PKR     2 DAP
--------------------------------------------------------------------------
Melaka           6  -  4 BN      0 PAS       1 PKR     1 DAP
--------------------------------------------------------------------------
Johor            26  -  21 BN     0 PAS      1 PKR    4 DAP
-----------------------------------------------------------------------------
Labuan           1  -  1 BN
-----------------------------------------------------------------------------
Sabah           25  -  22 BN     0 PAS     1 PKR     2 DAP     
---------------------------------------------------------------------------
Serawak        31  -  25 BN     0 PAS     1 PKR     5 DAP
-------------------------------------------------------------------------
                  222  - 133 BN   21 PAS    30 PKR   38 DAP
KERUSI DUN
Perlis             15  -  13 BN     1 PAS      1 PKR
--------------------------------------------------------------------------
Kedah            36  -  21 BN    9 PAS       4 PKR      2 DAP
--------------------------------------------------------------------------
Kelantan        45  -  12 BN    32 PAS     1 PKR
--------------------------------------------------------------------------
Terengganu    36  -  17 BN    14 PAS     1 PKR
--------------------------------------------------------------------------
Pulau Pinang  40  -  10 BN     1 PAS     10 PKR     19 DAP
--------------------------------------------------------------------------
Perak            59  -  31 BN     5 PAS       5 PKR     18 DAP
--------------------------------------------------------------------------
Pahang          42  -  30 BN     3 PAS       2 PKR      7 DAP
--------------------------------------------------------------------------
Selangor        56  -  12 BN    15 PAS     14 PKR    15 DAP
--------------------------------------------------------------------------
N.Sembilan    36  -  22 BN      0 PAS       3 PKR    11 DAP
--------------------------------------------------------------------------
Melaka          28  -  21 BN      1 PAS       0 PKR      6 DAP
--------------------------------------------------------------------------
Johor            56  -  38 BN      4 PAS       1 PKR     13 DAP
-----------------------------------------------------------------------------
Sabah           60  -  48 BN      0 PAS       7 PKR       4 DAP      1 STAR

Isnin, Mei 06, 2013

KALAH MENANG ADAT PERTANDINGAN

PRU13 telah selesai...ada yang kalah dan ada yang menang...yang menang pasti gembira...manakala yang kalah akan berduka....jangan diikutkan hati nanti semua kerja tak menjadi....lupakan yang semalam kerana yang mendatang lagi memerlukan perhatian.

Kepada Dato Baharom Mohamad mantan YB Parlimen Sekijang diucapkan terima kasih atas sumbangan bakti yang dicurahkan. Walaupun tidak dicalonkan dalam PRU 13 tidak bermakna dato telah dipinggirkan...ALLAH tidak akan berbuat begitu kepada ummatNya yang pernah berbakti.

Kepada Normala Sudirman ...anda perlu belajar lagi untuk menjadi seorang pemimpin.....masih banyak lagi yang anda perlu belajar...jangan meminggirkan diri anda dengan masyarakat kampung sendiri..demi mencari sokongan luar...curahkan bakti anda seadanya..setiap usaha perlukan kesabaran...tingkatkan kesabaran anda bagi menghadapi permasalahan yang timbul.....kembangkan sayapmu ..kibarkan panji...

semua yang terjadi adalah ketentuan ALLAH swt

UNDI...DAKWAT...

5/5/2013 hari mengundi PRU13...dari hari jumaat aku dah berada di Johor..Mula-mula jumpa anak aku di Kluang. Setelah selesai urusan dengan anak dan berbincang dengan pengetua pasal pendidikan anak aku terus ke rumah bondaku di batu pahat dan bermalam disana. pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah ketempat mengundi di dun kemelah segamat.

sampai di kemelah jam 11 pg ...jumpa kekawan dulu ...ketua peserta, peserta...wadira serttaa belia...hubungan masih ok..selesai salaman dgn mereka aku terus kepusat mengundi...jari tangan  telunjuk kiri  dicalit dgn dakwat warna  biru tua tanda aku telah tunai tanggungjawab sebagai pengundi. selepas tu aku terus kebilik gerakan di felcra sekijang untuk jumpa dengan kekawan disana. selepas makan aku singgah ke rumah din sahad kerana anakku safraa nak sangat jumpa siti...kawan mengaji quran..lepas minum air aku terus bergerak pulang.
samapi di segamat perut aku dan keluarga dah berkeroncong....aku singgah di hentian risda...hari hujan....jari telunjuk kiriku kena air hujan....luntur..???? sebelum oder makanan aku cuci tangan dengan pencuci pingan...dakwat dijari terus luntur...????

dakwat komputer lagi susah untuk dilunturkan.....harga nya pun tak mahal....

Isnin, April 29, 2013

SIKAP RASULULLAH SAW



"Rasulullah saw....
Beliau bukanlah orang yang keji,
Beliau tidak pernah berbuat keji,
Beliau tidak pernah berteriak-teriak di pasar. 
Beliau tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan,
Beliau selalu memaafkan,
Beliau bersikap lapang dada."

(Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad)

KITA...???

MAJLIS PENGISYTIHARAN DIVIDEN FELCRA BERHAD DAERAH HULU TERENGGANU TAHUN 2012

TARIKH : 30 APRIL 2013
MASA    : 2.30 PETANG
TEMPAT: DEWAN TNB KUALA BERANG

PERASMI: EN SAUDDI BIN SITOR
                   (Pengurus Besar Wilayah Fb Timur)

Kawasan terlibat adalah :-
1. Fb Kawasan Bukit Kapah
2. Fb Banggol Gajah Mati
3. Fb Bukit Kesing
4. Fb Pasir Pelata
5. Fb Hulu Berang
6. Fb Durian Burung

Jumaat, April 26, 2013

PROGRAM TAHLIL PERDANA & MALAM MESRA WARGA PESERTA FELCRA BUKIT KAPAH

Bagi merealisasikan dan mengeratkan lagi hubungan antara warga Felcra Berhad Bukit Kapah, satu program berbentuk kemasyarakatan sentiasa diadakan. Mudah-mudahan ianya menjadi titik pertemuan yang harmoni yang terjalin dikalangan warga Felcra Bukit Kapah.
Bertempat di Masjid Perkampungan Felcra Bukit Kapah satu majlis yang dinamakan Program Tahlil Perdana & Malam Mesra Warga Peserta Felcra dengan Pengurusan Wilayah Timur akan diadakan pada 27 April 2013 bermula pada jam 7.00 malam. Majlis akan dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, Tahlil, Solat Hajat, Solat Isyak dan ucapan.

Semua Warga Penduduk Perkampungan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Khamis, April 25, 2013

AYUH MENGUNDI....PRU 13


Ayuh kekawan kita balik mengundi
Yang jauh dan dekat kuatkan diri
Bagi menunjukkan hak rakyat yang hampir dilupa
Apabila leka dengan kemewahan dan harta


Ayuh kekawan kita balik mengundi
Yang tua ataupun yang muda
Undi anda amat bererti
Sang pemimpin sentiasa mencari-cari


Ayuh kekawan kita balik mengundi
Tunaikan tugasmu dengan rela hati
Agar kita sentiasa diberkati
Sehingga kita kembali ke sisi..


Ayuh kekawan kita balik mengundi
Pilih siapa yang berkenan dihati
Jangan sampai menyumpah diri
Bila undi tersilap diberi


Ayuh kekawan kita balik mengundi
Tapi aku masih di sini
Mengenang kampung yang jauh kini
Adakah aku dapat balik mengundi
Hanya ALLAH yang mengetahui

Rabu, April 24, 2013

AGM PERSATUAN BELIA(PBFe) FELCRA BUKIT KAPAH

Alhamdulillah.....jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Berakhir sudah persidangan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Belia Felcra Bukit Kapah kali ke-2. Pengerusi masih dipegang oleh sdr Mujahid bin Abdullah. Manakala AJK masih ada yang kekal...tidak banyak berubah. Namun arah tuju belia perlu dibangunkan dan ditingkatkan.
Majlis telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu En Amrizal bin Abd Kadir. Beliau amat berbangga dengan aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun 2012. Hubungan baik antara persatuan dengan jabatan (Jabatan Belia / Felcra) amat perlu bagi meneruskan kesinambungan kejayaan belia.

Selamat jumpa lagi....
salam muhibah...
salam satu Malaysia..

Selasa, April 16, 2013

NOTIS MESYUARAT AGUNG BELIA FELCRA (PBFe) BUKIT KAPAH KALI KE-2

NOTIS
ADALAH DENGAN HORMATNYA ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN BELIA FELCRA(PBFe) BUKIT KAPAH KALI KE-2 AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN BERIKUT:-

24 APRIL 2013 (RABU)
JAM 9.00 MALAM
DI DEWAN SIVIK LAMA (BERSEBELAHAN MASJID)
PERKAMPUNGAN FELCRA BUKIT KAPAH,
HULU TERENGANU,
TERENGGANU.

SEMUA AHLI PERSATUAN BELIA FELCRA BUKIT KAPAH DIJEMPUT HADIR
TERIMA KASIH
WASSALAM

Isnin, April 15, 2013

CARA BERFIKIR.....4



BERFIKIR SUGESTIF


Contohnya begini, jika orang positif melihat sesuatu dari sisi positif, maka berfikir sugestif melihat sesuatu dari sisi neutral. Kemudian berusaha membuatnya menjadi lebih baik.


Misalnya jika orang yang berfikir positif terjatuh, maka ia akan mengatakan. “Aku tak apa-apa, aku ok sahaja.”


Sebaliknya orang yang BERFIKIR SUGESTIF akan berkata, “Aduh, lututku luka, aku akan mencari cara untuk menyembuhkannya!”

MESYUARAT AGUNG WADIRA FELCRA BUKIT KAPAH KALI KE-7 SESI 2012/2014

Alhamdulillah...selesai sudah mesyuarat agung Wadira Felcra Bukit Kapah Kali Ke-7 sesi 2012/2014 yang diadakan semalam 15/4/2013 (Isnin).Mesyuarat telah dirasmikan oleh En Mohd Shauki bin Saad Pengurus Sosial Wilayah Timur. Sekalung penghargaan diucapkan atas kehadiran beliau untuk meluangkan masa bersama kaum ibu di Felcra Bukit Kapah.
Tahniah kepada barisan AJK Wadira Felcra Bukit Kapah yang lalu kerana dipilih semula bagi menerajui kepimpinan sehingga sesi 2014.
Selamat berusaha kearah kejayaan demi masyarakat kaum ibu. Usah diungkit segala kebaikan usah dikenang segala kekecewaan dan kesilapan. Teruskan langkah tanpa selalu menoleh kebelakang kerana ianya akan melambatkan mu mencapai segala cita.

SELAMAT MAJU JAYA WADIRA BUKIT KAPAH

Ahad, April 14, 2013

Peserta Urus Sendiri Ladang

Harga pasaran komuditi kelapa sawit / getah melambung tinggi.Seronok... Fenomena ini membuatkan ramai peserta Felcra untuk mengusahakan sendiri ladang mereka yang urustadbirkan oleh Felcra. Felcra tidak menjadi keberatan sekiranya mereka hendak mengurus sendiri ladang mereka sekiranya mampu dan membayar balik kos hutang pembangunan yang telah Felcra dulukan.

Di mana-mana projek Felcra perkara ini tidak lari daripada karenah seperti ini. Ada peserta yang telah mengusahakan sendiri ladang mereka setelah membayar segala kos hutang pembangunan projek. Ada juga yang keluar tanpa membayar sesen pun....macam masuk rumah orang melalui pintu ...beri salam ( tandatangan perjanjian) tapi keluar ikut tingkap....tak ada adab betol...nak kata bebudak tapi umur dah lanjut....masyaallah.

Kalau dilihat kebanyakan mereka telah berumur lebih 65 tahun...dah lebih dari umur nabi saw. pun. Sepatutnya mereka banyakkan bersyukur. Apabila akhir zaman kita akan lihat kehidupan manusia sepertimana berikut :-

1. Tiada IMAN yang tulen

2. Tiada AKHLAK yang murni

3. AQAL yang tidak seimbang

4. AMAL yang menunjuk-nunjuk


Sememangnya dakyah yahudi telah meresapi dalam jiwa kita kini. Apa tidaknya apabila perkara kecil (wang) diperbesar-besarkan TAPI perkara besar iaitu agama diperkecil-kecilkan.

PELAN PENYELESAIAN ISU AGIHAN PENDAPATAN KASAR BULANAN DAN KERUGIAN TERKUMPUL P&L PROJEK FELCRA BUKIT KAPAH 1 (TS)

Pada 13/4/2013 jam 2.30 petang bertempat di Felcra Bukit Kapah satu perjumpaan antara Pengurusan Tertinggi Felcra iaitu yang hadiri oleh En Mohd Fauzi bin Tahir (Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta) dengan peserta Bukit Kapah 1 (TS) telah diadakan. Perjumpaan ini adalah bagi mencari penyelesaian berkaitan hutang kos pembangunan dan kos operasi tertunggak sejak tahun 2006. Pertemuan ini adalah lanjutan daripada pertemuan pada 17/3/2013 yang membincangkan perkara yang sama.Sehingga 31 Disember 2012 projek melaksanakan perkiraan bayaran pendapatan kasar bulanan menggunakan kaedah 65% Peserta : 35%  FELCRA Berhad telah mengalami kerugian terkumpul (kos operasi tertunggak) sebanyak RM5,215,440.83.  Jumlah kos pembangunan sebanyak RM13,821,388.06, telah dibayar balik RM4,319,596.45 dan baki belum selesai RM9,501,791.61.  Jumlah kedua-dua hutang kerugian terkumpul dan kos pembangunan RM14,384,061.57. Sekiranya sistem ini terus diguna pakai pihak perta akan terus dibebani hutang yang kian meningkat manakala FELCRA pula bermurahati memberi hutang yang akhirnya berkemungkinan peserta tidak mampu untuk membayar semula.Sepatutnya sejak awal lagi perkara ini telah diambil tindakan oleh FELCRA dan tidak dibiarkan peserta terus menerima wang pendapatan yang tidak sepatutnya mereka terima. Mereka tidak mengetahui dan sadar bahawa wang yang mereka terima dari FELCRA adalah terlebih bayar. Mudah-mudahan perkara ini dapat diambil iktibar dan jalan perundingan seterusnya akan membuka jalan penyelesaian. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah Pengurus Besar Wilayah Timur En Sauddi bin Sitor. Dalam perjumpaan tersebut dibentangkan dan ditunjukkan kepada peserta bahawa kaedah lama 65:35 yang diamalkan tidak menunjukan keuntungan bagi kedua belah pihak. Samada peserta memperolehi hasil yang tinggi atau pun rendah, angka tetap menunjukan kerugian atau terhutang dipihak peserta kerana pihak Felcra telah terlebih bayar kepada peserta setiap bulan.

Isnin, Mac 11, 2013

MAKAN....MAKE.....MAKANG....

Salam dari Terengganu...
Kawan-kawan dah makan ke..? Tak kiralah..makan pagi ke.. makan tengahari ke... makan petang ke... makan malam ke ...atau ' mentong' (bahasa Jawa).
Jangan makan ikut nafsu...atau sedap tekak je... tapi makan ikut perut..kalau dah penuh henti..jangan sedap pulun pulak...
Cakap pasal makan suka saya nak berkongsi cerita kadar makanan yang perlu kita makan. Untuk makan tengahari kita  hanya perlu makan kira-kira sekadar 600 gram saja, manakala untuk sarapan hanya 1/18 daripada kadar makan tengahari. Untuk makan malam pula hanya 1/4 daripada ,akan tengahari....
Jadi bagaimana kadar maka makanan yang kita makan setiap hari..? Terlebih atau terkurang..?
Sebenarnya vitamin yang terkandung dalam badan kita hanya 32% datang dari sumber makanan, manakala 68% adalah datang dari sumber matahari...
Renung-renungkanlah..

Rabu, Februari 13, 2013

SYUKUR...
Tepat pada 3 Februari 2013 jam 8.00 pagi aku selamat melapor diri di Pejabat Felcra berhad Kawasan Bukit Kapah, Terengganu. Perjalanan aku dari Sekijang memakan masa selama 6 jam. Walaupun penat namun aku gembira kerana perjalanan aku serta keluarga berjalan lancar. Mudah-mudahan ditempat baru aku dapat meneruskan perjalanan hidup dengan aman, selesa dan tenteram.
Kepada kawan-kawan di Sekijang diucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama selama ini. Tanpa kalian segala kejayaan tidak akan dapat dikecapi. 
Jadilah kita umpama burung yang indah terbang di angkasa. Tidak pernah menderita ataupun risaukan akan rezeki ALLAH swt samada pagi atau pun petang, hari ini ataupun esok. Begitu juga dengan kita jangan jadikan penghijrah ini satu penyeksaan atau tekanan dalam hidup kerana rezeki ALLAH swt itu ada di mana-mana.
Kesempatan ini aku pohon ampun dan maaf yan tak terkira, andai ada yang termakan dan terminum dapat dihalalkan.
Bukan lebah sebarang lebah,
lebah bersarang di rumpun buloh,
bukan sembah sebarang sembah,
ku pohon maaf menyusun jari sepuloh.

Selamat berjumpa lagi di lain masa dan ketika.