Ahad, April 14, 2013

PELAN PENYELESAIAN ISU AGIHAN PENDAPATAN KASAR BULANAN DAN KERUGIAN TERKUMPUL P&L PROJEK FELCRA BUKIT KAPAH 1 (TS)

Pada 13/4/2013 jam 2.30 petang bertempat di Felcra Bukit Kapah satu perjumpaan antara Pengurusan Tertinggi Felcra iaitu yang hadiri oleh En Mohd Fauzi bin Tahir (Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta) dengan peserta Bukit Kapah 1 (TS) telah diadakan. Perjumpaan ini adalah bagi mencari penyelesaian berkaitan hutang kos pembangunan dan kos operasi tertunggak sejak tahun 2006. Pertemuan ini adalah lanjutan daripada pertemuan pada 17/3/2013 yang membincangkan perkara yang sama.Sehingga 31 Disember 2012 projek melaksanakan perkiraan bayaran pendapatan kasar bulanan menggunakan kaedah 65% Peserta : 35%  FELCRA Berhad telah mengalami kerugian terkumpul (kos operasi tertunggak) sebanyak RM5,215,440.83.  Jumlah kos pembangunan sebanyak RM13,821,388.06, telah dibayar balik RM4,319,596.45 dan baki belum selesai RM9,501,791.61.  Jumlah kedua-dua hutang kerugian terkumpul dan kos pembangunan RM14,384,061.57. Sekiranya sistem ini terus diguna pakai pihak perta akan terus dibebani hutang yang kian meningkat manakala FELCRA pula bermurahati memberi hutang yang akhirnya berkemungkinan peserta tidak mampu untuk membayar semula.Sepatutnya sejak awal lagi perkara ini telah diambil tindakan oleh FELCRA dan tidak dibiarkan peserta terus menerima wang pendapatan yang tidak sepatutnya mereka terima. Mereka tidak mengetahui dan sadar bahawa wang yang mereka terima dari FELCRA adalah terlebih bayar. Mudah-mudahan perkara ini dapat diambil iktibar dan jalan perundingan seterusnya akan membuka jalan penyelesaian. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah Pengurus Besar Wilayah Timur En Sauddi bin Sitor. Dalam perjumpaan tersebut dibentangkan dan ditunjukkan kepada peserta bahawa kaedah lama 65:35 yang diamalkan tidak menunjukan keuntungan bagi kedua belah pihak. Samada peserta memperolehi hasil yang tinggi atau pun rendah, angka tetap menunjukan kerugian atau terhutang dipihak peserta kerana pihak Felcra telah terlebih bayar kepada peserta setiap bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan