Selasa, Disember 21, 2010

FELCRA DUN TENANG

Projek Tuang Kajang 1 & 2 adalah projek dibawah pentadbiran Felcra Berhad Kawasan Sekijang, Segamat. Projek ini terletak dalam kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri Tenang. Ini bermakna peserta projek akan terlibat dalam proses pilihanraya kecil tidak lama lagi. Ini berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha yang telah kembali ke rahmatullah pada 17/12/2010 lalu. Peserta dan keluarga mereka juga yang akan menentukan siapakah yang akan menerajui DUN Tenang selepas itu. Selamat mengundi kepada peserta dan keluarga. Buatlah pilihan yang tepat.
Berikut adalah maklumat berkenaan projek Tuang Kajang:-

KAWASAN PENTADBIRAN:SEKIJANG
KOD LOKASI KAWASAN:07-610
1)NAMA PROJEK:TUANG KAJANG 1 & 2
2)MUKIM:SG SEGAMAT
3)DAERAH:SEGAMAT
4)LUAS PROJEK:163.19HEKTAR
5)LUAS BERTANAM:154.66HEKTAR
6)LUAS BERHASIL:154.66HEKTAR
7)JENIS TANAMAN:GETAH
8)TAHUN DITANAM:1991/1997
9)TAHUN MULA BERHASIL:1997/2003
10)TEMPOH PENGHASILAN:25TAHUN
11)BILANGAN PESERTA:92ORANG
12)PURATA PEGANGAN PER PESERTA:1.96HEKTAR
13)BILANGAN PESERTA / KELUARGA:28ORANG
BEKERJA DIDALAM PROJEK
14)ISI KELUARGA PESERTA BOLEH:PESERTA -92ORG
MENGUNDIISTERI/SUAMI65ORG
ANAK ( L )115ORG
ANAK ( P )110ORG
BIL ANAK YG BERJAYA25ORG
BIL ANAK KURANG BERJAYA130ORG
MASIH BERSEKOLAH70ORG
15PERKAMPUNGAN PESERTA:KG SEGAMAT KECIL
16INSTITUSI PESERTA YANG ADA:
1)JKKP:

ADA

NAMA KETUA PESERTA:LIAS B HASAN


MAKLUMAT BAYARAN DIVIDEN
TAHUN 2004 hingga 2010
BILTAHUNTUANG KAJANG 1 ( 07-678)TUANG KAJANG 2 ( 07-717)JUMLAH

1

2004

77,058.24 5,278.40 82,336.64

2

2005

67,062.16 136,591.11 203,653.27

3

2006

174,285.09 515,019.73 689,304.82

4

2007

243,369.99 835,470.66 1,078,840.65

5

2008

141,640.69 634,090.71 775,731.40

6

2009

180,705.34 919,722.89 1,100,428.23

7

2010

175,136.04 1,013,591.46 1,188,727.50
JUMLAH BESAR :- 1,059,257.55 4,059,764.96 5,119,022.51

Jumaat, Disember 17, 2010

ADUN TENANG KEMBALI KE RAHMATULLAH

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Dato’ Sulaiman Taha telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1.10 pagi (Jumaat)17/12/2010 di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada 24 November lalu berikutan rawatan lanjut akibat penyakit kencing manis.

Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Pada awalnya telah difaham oleh pihak hospital bahawa keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Sulaiman dipilih Adun Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah swt.

Khamis, Disember 16, 2010

PUASA 'ASYURA

MAKAN SAHUR.....Ahhh......
Berat betul nak bangun pagi jam 4.30 pagi. Kalau bulan Ramadhan tak menjadi masalah kerana ianya sudah biasa sebab semua umat yang bernama umat Muhammad bangun sama. Tapi bila nak puasa 'Asyura ni memang berat rasanya , banyak godaan.

COBAAAAAN ...kata seniman agung P Ramlee

Disini aku nak berkongsi bersama-sama kekawan tentang Hari 'Asyura. Ada beberapa hadis yang sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari Asyura.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah saw tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?.

Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah swt menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda saw.: Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini.

Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -
Daripada Abdullah bin Mabad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi saw telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari 'Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah swt bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.

Diriwayatkan oleh imam Tarmizi -
Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar MuĆ¢'awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari 'Asyura di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama' kamu?

Aku telah mendengar Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari 'Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah.

Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -
Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari 'Asyura. Ulama' juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.

Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan.

Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.

Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.

Isnin, Disember 13, 2010

Pembayaran Dividen Sekijang

Apabila menjelang Hari Raya atau Persekolahan sudah pasti peserta Felcra akan diagihkan dengan wang dividen. Peserta Felcra Sekijang juga tidak lari daripada situasi ini. Pada Hari Raya 1431 yang lepas peserta Sekijang telah menikmati sejumlah RM 1,500.00 per orang. Manakala pada Persekolahan 2011 ini peserta telah menerima RM 1,404.00 seorang. Selain daripada agihan tersebut mereka juga menerima agihan dividen bulanan sebanyak RM 500.00/bulan/ peserta @ RM 6,000.00 setahun.

Bagi peserta Tuang Kajang pula peserta telah menerima sebanyak RM 2,778.00 seorang pada Hari Raya dan Persekolahan.

Pengagihan dividen tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan peserta dalam menyambut perayaan dan persekolahan anak.


Jadilah kita sebagai orang yang bersyukur....Firman Allah dalam surah Ar Rahman yang bermaksud,' Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu yang hendak kamu dustakan.'
Marilah kita lihat orang yang tak ada apa-apa......Fikir-fikirkan lah.

Khamis, Disember 09, 2010

PERCAYA ATAU TIDAK ...Anak-Anak Kita Terdedah Seks Tiap Hari

Kenapa...? Kawan-kawan tak percaya ke...?
Sebenarnya anak-anak kita di rumah telah terdedah dengan seks setiap hari. Kita sebagai ibubapanyalah yang membiarkan dan membenarkan mereka menonton siaran kartun yang direka cipta oleh kaum kafir laknatullah (Barat). Kebanyakan kita berpendapat bahawa mereka lebih baik tengok cerita kartun daripada cerita yang tak senonoh dan tak sesuai untuk anak-anak.

Pemikiran beginilah telah digunakan oleh gerakan FREEMASONS untuk mempengaruhi minda anak-anak kita secara MAKSIMUM.

Lihatlah apa yang berlaku setiap hari dalam media massa, samada televisyen, suratkhabar dan majalah. Cerita panas yang dipaparkan adalah berkisar tentang remaja.Samada rampasan VCD lucah, datuk rogol cucu, bapak rogol anak, abang rogol adik, tangkapan khalwat, seks bebas, seks top-up dan bermacam-macam lagi kisah panas yang dipaparkan.




Haaaa...sekarang dah percaya belom..?

Apa tak nya, dalam video di atas kita dapat saksikan bagaimana kartunis barat mengunakan lakaran KEMALUAN LELAKI dan WANITA sebagai objek terselindung disebalik kartun yang ditonton oleh anak-anak kita.

Selasa, Disember 07, 2010

MARHABAN 1432 H

Salam Maal Hijrah 1432.
Bertambah umur kita kini.
Melangkah ke tahun baru dengan penuh keyakinan.
Kuatkan azam tingkatkan iltizam.
Alhamdulillah......
Cukup bagiku ALLAH sebagai penolongku
Syukur atas nikmat yang diberi ALLAH.

Tahukah kita bahawa tahun hijrah (kalendar Islam) diambil daripada kisah hijrahnya Nabi Muhammad saw.

Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

Manakala penetapan bulan pertama pula berdasarkan ummat islam selesai menjalani ibadah haji ( bulan haram).Penetapan ini dibuat semasa pemerintahan Khalifah Umar Al Khatab.

Bersempena dengan kedatangan tahun baru ini marilah kita sama-sama mempertingkatkan amal ibadah. Moga tahun ini akan lebih baik dari tahun lalu. Walaubagaimana pun, dalam keghairahan kita menambahkan amal ibadah di dalam bulan Muharam yang mulia ini, adakah segala perbuatan yang kita lakukan itu menepati syarat-syarat yang telah digariskan.

Di antara amalan-amalan pada bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih ialah:

1. Memakai celak pada hari Asyura dengan kepercayaan ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. Amalan ini diambil daripada hadis maudhu’ (palsu) yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang memakai celak mata daripada arang pencelak mata pada hari Asyura, maka ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. (Rujuk: al-Albani, Silsilah Ahadith al-Dhaifah, 624). Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, 2/116)

Hadis ini hukumnya maudhu’ (palsu). Imam Ahmad berkata: “Tidak ada riwayat (yang sahih) daripada Rasulullah s.a.w. tentang amalan memakai celak pada hari Asyura, dan ia adalah bidaah.”

2. Solat sunat yang khusus pada hari Asyura. Amalan ini juga bersumberkan hadis maudhu’: “Sesiapa yang sembahyang padanya (hari Asyura) empat rakaat, ia membaca pada setiap rakaat sekali surah al-Fatihah, dan lima puluh kali surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad), maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun.”

3. Mandi yang khusus pada hari Asyura dengan tanggapan dapat menghindarkan diri daripada sebarang penyakit pada sepanjang tahun. Amalan ini juga bersandarkan kepada sebuah hadis maudhu’: “Sesiapa yang mandi dan bersuci pada hari Asyura, ia tidak akan ditimpa sebarang penyakit pada sepanjang tahun, kecuali mati.”

4. Melebihkan pemberian seperti makanan, minuman, pakaian kepada ahli keluarga pada hari Asyura dengan harapan semoga akan dimurahkan rezeki sepanjang tahun. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Alqamah bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Sesiapa yang melapangkan pemberian (makanan, minuman dan pakaian) kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan melapangkan ke atasnya rezeki sepanjang tahunnya. Hadis ini hukumnya maudhu’, disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhu’at,2/115).

5. Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur Asyura) yang dikaitkan dengan sunah Rasulullah s.a.w. atau disandarkan kepada peristiwa Nabi Nuh a.s. yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada taufan besar.

Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ia bersumberkan cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab Qashas al-Anbiya.

6. Membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah daripada umat Islam.

Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

As-Syiekh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu’ yang berkaitan dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh Husain.

Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-’Izz al-Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari Asyura selain puasa Baginda.

Ada pun golongan Rafidhah melakukan bidaah dengan mengadakan upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan Husain pada hari ini.

Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunah menzahirkan kegembiraan mereka dengan membuat makanan daripada biji-bijian (bubur) dan memakai celak, dan mereka meriwayatkan hadis-hadis maudhu’ tentang bercelak mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli keluarga.”

(Syiekh Ali Mahfuz, al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Demikianlah beberapa contoh daripada amalan-amalan umat Islam di dalam bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih, mahu pun para sahabat dan para Imam kaum Muslimin.

Justeru itu, jalan yang terbaik ialah dengan mengikuti sunah Baginda s.a.w. dan seburuk-buruk perkara pula ialah mencipta sesuatu yang baru di dalam urusan agama. Tetapi sekiranya ianya kearah kebaikan dan tidak melanggar syariah adalah tidak dilarang.
Semoga kita semua diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. untuk mengikuti sunah Rasulullah s.a.w.
Wallahu 'alam.

Khamis, Disember 02, 2010

PROGRAM MESRA MINDA JHEOA





Miski pun jauh di pedalaman, namun usaha mendekati mereka perlu diteruskan. Walaupun penuh ranjau, duri dan becak yang menghalang perjalanan. Usaha murni ini tetap dijadikan pegangan samada pihak JHEOA ataupun FELCRA.

Disamping membangunkan tanah yang diamanahkan oleh JHEOA untuk dikembalikan hasil kepada orang asli, program keilmuan dan kemasyarakatan tidak diabaikan sama sekali.


Bertarikh 29 - 30 November, 2010 bertempat di Sekolah Kebangsaan kg Segamat Kecil satu program yang dinamakan Mesra Minda teah dijalankan dengan penuh meriah.


Kehadiran Ketua Pengarah JHEOA menyemarakan lagi suasana di mana beliau telah merasmikan program selama 2 hari tersebut. Antara program yang diadakan adalah sukaneka, gerai jualan, gerai pameran dan pemeriksaan kesihatan.