Jumaat, Disember 17, 2010

ADUN TENANG KEMBALI KE RAHMATULLAH

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Dato’ Sulaiman Taha telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1.10 pagi (Jumaat)17/12/2010 di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada 24 November lalu berikutan rawatan lanjut akibat penyakit kencing manis.

Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Pada awalnya telah difaham oleh pihak hospital bahawa keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Sulaiman dipilih Adun Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan