Ahad, Jun 26, 2011

MASALAH.....5

MASALAH.......
MASALAH.......
MASALAH.......


Jika kita lihat sekeliling kita apa yang berlaku seperti bencana alam iaitu banjir, tanah runtuh, kebakaran adalah berpunca dari tangan dan kerja-kerja rakus manusia. Begitu juga dengan gejala sosial seperti rogol, zina, dera, dadah, pembunuhan juga dari angkara manusia.



Kesimpulannya, segala masalah adalah berpunca dari manusia itu sendiri. Masalah itu timbul hasil dari perbuatan manusia. Bukan dari sumber lain. kerana kita adalah khalifah.




Oleh yang demikian dapat kita lihat bahawa manusia perlu berbalik kepada fitrah kerana gejala atau masalah itu disebabkan manusia itu telah lari dari landasan sebenar kehidupan iaitu :-




1. Tidak Beriman Kepada ALLAH



2. Tidak Yakin Dengan Hari Akhirat



3. Manusia Terlalu Cinta Pada Diri Sendiri / Keluarga Sendiri Dan Kumpulan Mereka Sahaja.




Renung-renungkanlah.......

Selasa, Jun 21, 2011

KEMANA KITA...?????

Kita sibuk mengejar dunia yang fana ini. Sehingga kita lupa siapa diri kita sebenarnya. Dari mana kita datang dan kemana kita akan pergi. Keseronokan dunia menenggelamkan kita untuk mengenal diri dan penciptanya. Harta yang bertimbun akan kita tinggalkan.....isteri cantik akan sendirian....anak yang ramai akan bercakaran....tanah yang luas jadi rebutan....pangkat dan pingat jadi kenangan ......

Semuanya jadi lipatan sejarah apabila kita mati. Yang akan kita jumpa dan temui ialah ALLAH swt Tuhan yang Esa lagi Kekal.


Mari kita kejar dunia mengikut sunnah rasulNya dan kita ambil akhirat untuk bekalan di hari kemudian.


Fikir-fikirkanlah...

Isnin, Jun 20, 2011

TELATAH PESERTA

Sejak harga komoditi melambung (getah & sawit) makanya ramailah peserta Felcra yang berlumba-lumba untuk mengusahakan sendiri lot ladang mereka. Ada yang keluar cara baik dan bersopan. Namun ada juga yang keluar dengan cara mencaci dan mengeji.




ISLAM mengajar untuk tabah menghadapi ujian ....


Kita sepatutnya kena muhasabah diri.....samada pentadbiran ataupun peserta sendiri. Kita bukannya manusia maksum yang tak lari dari melakukan kesalahan. Seandainya itu pilihan bijak maka buatlah dengan sebaiknya...jangan mengeji dan menyombong.



Bersyukur atas nikmat yang dikecapi...


Ada yang menyesal kerana tergopoh-gopoh untuk menarik diri disebabkan janji anak untuk datang membantu mengusahakan ladang. Namun janji tinggal janji. Ada juga yang mendapat kurang daripada yang dijangkakan kerana ladang mereka tidak 100 peratus berhasil. .....dan ada juga yang mendabik dada kerana mendapat hasil yang tinggi...

Mari kita lihat bangsa Malaysia yang bukan beragama Islam. Mereka tetap berdiam diri jika mendapat laba dan tidak mengeluh jika kerugian. Tidak menyombong apabila senang dan tidak berputus asa apabila mengalami kesusahan.

Kalau dilihat dari kacamata kasar orang yang bukan bergama Islam ini yang mengikuti lunas-lunas Islam tetapi orang yang beragama Islam hanya pandai mengaji Al-Quran (tak tau le Khatam ke tidak ) tapi tidak mengamalkannya dan mempraktikkannya.

Siapakah yang lebih mulia.....dan dihormati.....

Fikir-fikirkanlah....

Rabu, Jun 08, 2011

TAHNIAH .....TERUSKAN PERJUANGAN KOPERASI

TAHNIAH......TAHNIAH......TAHNIAH

Mesyuarat Sedang Bersidang

Itu saja ucapan yang dapat diberikan kepada barisan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Peserta Felcra Sekijang Segamat Berhad. pada 8 Jun 2011 bersamaan 6 Rejab 1432.

Wakil Rasmi Pengurus Besar Wilayah

- Pn Azhaniza bte Jamaludin

Pertama TAHNIAH kerana dapat menjayakan majlis mesyuarat Agung Tahunan kali ke-23 dengan jayanya.

Kehadiran Anggota Amat Menggalakan
Kedua pula TAHNIAH kepada 2 orang ALP yang gugur telah dipilih semula.



Bendahari


Sedang Membentangkan Penyata Kewangan
Ketiganya pula TAHNIAH untuk Pengerusi ALK yang masih kekal memegang jawatan untuk tahun ini.

Ucapan Alu-Aluan Pengerusi

Keempat adalah TAHNIAH kerana dapat mengagihkan dividen kepada anggota.


Pengagihan dividen sedang dilaksanakan.

Kelima TAHNIAH untuk hidangan yang enak telah disediakan...

Keenam pula TAHNIAH kerana tidak kedekut dalam memberikan elaun kehadiran yang tinggi kepada Anggota ....INGAT..... jika ada kita bersyukur dan memberi...sekiranya tiada jangan mengeluh tapi redha...itu sifat terpuji.

Harap barisan ALP dapat meneruskan visi dan misi iaitu menjadikan koperasi satu badan atau institusi BERKEBAJIKAN.

Khamis, Jun 02, 2011

TAHFIZ MEDIK

Anda ingin melihat anak anda berkecimpung dalam bidang perubatan?...Pernah dengar Sekolah Tahfiz Medik...? Ataupun RK-i....? Ianya bermaksud Rawatan Komplimentari Insaniah.

Objektifnya adalah :-




Menyedarkan masyarakat peri pentingnya kehidupan dalam ruang lingkup dan batasan mengikut ukuran yang telah ditetapkan oleh Pencipta yang mencakupi aspek kerohanian, kejiwaan, keilmuan dan ketaatan (pelaksanaan).
*********************
Menimbulkan minat dan keinginan di dalam masyarakat/komuniti setempat untuk bersama-sama mempertingkatkan kefahaman terhadap ilmu kehidupan yang bakal melahirkan ilmuan-ilmuan yang bersandarkan kepada kekuasaan Pencipta yang bersifat Mutlak.
**********************
Melahirkan masyarakat/ummah yang mempunyai kefahaman tentang kehidupan melalui Siri Pengajaran dan Pembelajaran yang sistematik berdasarkan kepada Seni Sains Insaniah melalui Konsep Islamik Bio-Energiologi yang berkonsepkan praktisi Islamik.
**********************
Menjadikan Rawatan Komplimentari/Alternatif yang Islamik daripada Ilmunya dan Amalinya sebagai pilihan utama bagi seluruh masyarakat/ummah berkenaan dengan rawatan perubatan, motivasi dan pembangunan diri, penyelesaian konflik dan lain-lain lagi.



Kalau nak tahu keterangan lebih lanjut sila datang sendiri ke Madrasah Arabiah Kluang (MAK) atau hubungi sendiri dengan Pengetua MAK, Tn Hj Mohd Kamal bin Hj Mohd Said nombor telepon 0197681405.

Kalau nak senang lagi sila layari laman web KUSKOM.....

Selamat Mengenali RK-i.....


Wassalam.

Rabu, Jun 01, 2011

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SEKIJANG KALI KE-23

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ




NOTIS MESYUARAT AGUNG KOPERASI PESERTA FELCRA SEKIJANG BHD

TARIKH : 8 JUN, 2011
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : BALAIRAYA FELCRA SEKIJANG

Kepada semua anggota koperasi Felcra Sekijang adalah dijemput hadir bagi melaksanakan tanggungjawab anda.

Elaun kehadiran sebanyak RM ?????? akan diberikan kepada anggota yang hadir.

SELAMAT BERSIDANG.