Isnin, Jun 20, 2011

TELATAH PESERTA

Sejak harga komoditi melambung (getah & sawit) makanya ramailah peserta Felcra yang berlumba-lumba untuk mengusahakan sendiri lot ladang mereka. Ada yang keluar cara baik dan bersopan. Namun ada juga yang keluar dengan cara mencaci dan mengeji.




ISLAM mengajar untuk tabah menghadapi ujian ....


Kita sepatutnya kena muhasabah diri.....samada pentadbiran ataupun peserta sendiri. Kita bukannya manusia maksum yang tak lari dari melakukan kesalahan. Seandainya itu pilihan bijak maka buatlah dengan sebaiknya...jangan mengeji dan menyombong.



Bersyukur atas nikmat yang dikecapi...


Ada yang menyesal kerana tergopoh-gopoh untuk menarik diri disebabkan janji anak untuk datang membantu mengusahakan ladang. Namun janji tinggal janji. Ada juga yang mendapat kurang daripada yang dijangkakan kerana ladang mereka tidak 100 peratus berhasil. .....dan ada juga yang mendabik dada kerana mendapat hasil yang tinggi...

Mari kita lihat bangsa Malaysia yang bukan beragama Islam. Mereka tetap berdiam diri jika mendapat laba dan tidak mengeluh jika kerugian. Tidak menyombong apabila senang dan tidak berputus asa apabila mengalami kesusahan.

Kalau dilihat dari kacamata kasar orang yang bukan bergama Islam ini yang mengikuti lunas-lunas Islam tetapi orang yang beragama Islam hanya pandai mengaji Al-Quran (tak tau le Khatam ke tidak ) tapi tidak mengamalkannya dan mempraktikkannya.

Siapakah yang lebih mulia.....dan dihormati.....

Fikir-fikirkanlah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan