Khamis, Jun 02, 2011

TAHFIZ MEDIK

Anda ingin melihat anak anda berkecimpung dalam bidang perubatan?...Pernah dengar Sekolah Tahfiz Medik...? Ataupun RK-i....? Ianya bermaksud Rawatan Komplimentari Insaniah.

Objektifnya adalah :-




Menyedarkan masyarakat peri pentingnya kehidupan dalam ruang lingkup dan batasan mengikut ukuran yang telah ditetapkan oleh Pencipta yang mencakupi aspek kerohanian, kejiwaan, keilmuan dan ketaatan (pelaksanaan).
*********************
Menimbulkan minat dan keinginan di dalam masyarakat/komuniti setempat untuk bersama-sama mempertingkatkan kefahaman terhadap ilmu kehidupan yang bakal melahirkan ilmuan-ilmuan yang bersandarkan kepada kekuasaan Pencipta yang bersifat Mutlak.
**********************
Melahirkan masyarakat/ummah yang mempunyai kefahaman tentang kehidupan melalui Siri Pengajaran dan Pembelajaran yang sistematik berdasarkan kepada Seni Sains Insaniah melalui Konsep Islamik Bio-Energiologi yang berkonsepkan praktisi Islamik.
**********************
Menjadikan Rawatan Komplimentari/Alternatif yang Islamik daripada Ilmunya dan Amalinya sebagai pilihan utama bagi seluruh masyarakat/ummah berkenaan dengan rawatan perubatan, motivasi dan pembangunan diri, penyelesaian konflik dan lain-lain lagi.



Kalau nak tahu keterangan lebih lanjut sila datang sendiri ke Madrasah Arabiah Kluang (MAK) atau hubungi sendiri dengan Pengetua MAK, Tn Hj Mohd Kamal bin Hj Mohd Said nombor telepon 0197681405.

Kalau nak senang lagi sila layari laman web KUSKOM.....

Selamat Mengenali RK-i.....


Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan