Khamis, September 29, 2016

SEJARAH HAJI DI BAWAH SYARIAT RASULULLAH SAW

Kepada yang sudah tunaikan HAJI...alhamdulillah....mana yang belum usahakanlah...in sya Allah akan tertunai jua..


  • HAJI TELAH DIWAJIBKAN PADA TAHUN KE-5 HIJRAH
  • PADA TAHUN KE-6 HIJRAH, RASULLULLAH S.A.W MENGERJAKAN UMRAH DAN DISERTAI OLEH 1500 ORANG PARA SAHABAT TETAPI ROMBONGAN INI TERTAHAN DI HUDAIBIYAH.
  • PADA TAHUN KE-7 HIJRAH, MEREKA MEMBUAT UMRAH QADA
  • PADA TAHUN KE 10 HIJRAH, RASULULLAH S.A.W TELAH  MENGISYTIHARKAN UNTUK MENUNAIKAN  FARDU   HAJI.
  • PADA 25 ZULKAEDAH TAHUN 10 HIJRAH    
  •        RASULULLAH  DENGAN ISTERI-ISTERI BAGINDA       TELAH MEMULAKAN PERJALANAN DAN DIIKUTI OLEH         120,000 ORANG PARA SAHABAT.  

              
  • HAJI TERSEBUT  DIKENALI SEBAGAI
  HAJI ISLAM
                HAJI AKBAR 
                      HAJI WADA’

KURSUS PPPLS

 24-25 OGOS, 2016
Kursus PPPLS (Participant Plantation Profile, Land & Survey) untuk staf Pengurusan Peserta bertempat di Hotel New York Johor Bahru. Terima kasih tuan guru En Hashim atas tunjuk ajar yang diberikan kepada kami.

Rabu, September 28, 2016

SEMINAR PERLINDUNGAN TAKAFUL

8-10 OGOS, 2016
Bertempat di Hotel Regency Waterfront, Terengganu telah diadakan Seminar Pengurusan Perlindungan Takaful Berkelompok bagi staf Sosial Wilayah Terengganu dan Pahang. Hanya aku seorang yang sesat (dari Johor). He..he..he..
Majlis dirasmikan oleh Pengurus Besar Pengurusan Peserta En Zulhairi Abd Rahim.
Otai-otai ambil kesempatan berposing....jangan mare..!!!!

'MOH NGETEH'

28 OGOS 2016 -Semua kementerian dibawah KKLW termasuk FELCRA berhad di seluruh negara telah mengadakan Program Moh Ngeteh KKLW. Kawasan Sg Sepuluh Kluang juga tidak  ketinggalan turut serta dalam menjayakan program tersebut. Program ini melibatkan barisan AJKKP, peserta dan pekerja. Majlis walaupun sederhana namun ianya meriah dan dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim.



Pengurus Kawasan Felcra Sg Sepuluh Kluang bersama Ketua Peserta dan AJKKP.

JASA MU DIKENANG



29 OGOS 2016- Sempena meraikan staf yang bersara pihak pengurusan Kawasan Felcra Sg Sepuluh dengan kerjasama AJKKP telah mengadakan Majlis Jasa Mu Dikenang bertempat di Restoran Two City, Kluang. Staf yang diraikan adalah En Ishak bin Kamin.
Semoga apa jua khidmat bakti yang dicurahkan selama ini di Kawasan Sg Sepuluh mendapat ganjaran dari ALLAH swt hendaknya.

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2016


Tanggal 31 Ogos setiap tahun menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia, tidak kira tua, muda, kecil, besar, kaya ataupun miskin. Di FELCRA pun begitu juga, samada peringkat wilayah ataupun kawasan sama-sama menjayakan dan meraikannya dengan penuh meriah.