Selasa, Januari 10, 2012

KUMPULAN NASYID KE PERINGKAT PARLIMEN

Pada 15 januari 2012 ini akan berlangsung pertandingan nasyid peringkat parlimen Sekijang. Program berlangsung di Dewan Serbaguna Paya Pulai, Segamat. Sebanyak 32 buah kumpulan akan menyertai pertandingan ini. Selain daripada nasyid acara lain yang dipertandingkan adalah musabaqah al-quran dan mewarna khat. Bagi pertandingan mewarna khat ianya dibuka hanya untuk pelajar bawah 12 th sahaja.


Kumpulan nasyid Nada Sekijang tidak melepaskan peluang ini untuk menunjuk bakat yang ada. Sejak sebulan lalu kumpulan ini berlatih dengan bersungguh-sungguh setiap petang. Setiap kumpulan diwajibkan membawakan 2 buah lagu sahaja iaitu sebuah lagu wajib 'Maal Hijrah' dan sebuah lagu pilihan. Sekiranya orang yang mendengarnya nanti tidak terhibur, janji yang menyanyi terhibur.


Sepatutnya pertandingan ini diadakan pada 22 Disember 2011. Disebabkan pada tarikh tersebut pihak penaja sibuk dengan aktiviti bantuan banjir daerah Segamat.





'Selamat Berdendang'

PENDAFTARAN BELIA FELCRA LULUS

Pendaftaran Persatuan Belia Felcra Sekijang, Segamat, Johor telah mendapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia mengikut akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. Nombor pendaftaran ialah PPBM 7840/11 bertarikh 20 Disember 2011.

Dengan ini maka Felcra Sekijang mempunyai 2 buah persatuan belia dimana pada awal 2008 telah tertubuhnya Persatuan Belia Karisma Felcra Sekijang. Keahliannya hanya untuk anak-anak, cucu peserta serta belia yang berdekatan seperti di Felda Kemelah. Manakala persatuan Belia Felcra pula adalah gabungan daripada anak peserta projek sekijang dan projek Tuang Kajang (Jakoa). Keahliannya lebih ramai.

Mudah-mudahan ianya dapat meningkatkan lagi aktiviti sihat agar belia tidak terjerumus dalam kancah gejala sosial. Bagi memulakan dan menggerakan aktiviti, satu peruntukan adalah perlu agar persatuan ini dapat beroperasi.

' Belia Nadi Negara '

Ahad, Januari 01, 2012

NOTIS MESYUARAT AGUNG WADIRA FELCRA SEKIJANG KALI KE-10

Adalah dimaklumkan bahawa MESYUARAT AGUNG WADIRA ( Wanita Dinamis Felcra) Sekijang, segamat, Johor akan mengadakan mesyuarat agung kali ke-10 pada 12 Januari, 2012 (khamis) bertempat di Balairaya Felcra Sekijang. Mesyuarat tersebut sepatutnya diadakan pada November, 2011. Walau bagaimanapun isebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakan maka iainya tidak dapat dilakasanakan mengikut jadual. Kali terakhir mesyuarat agung Wadira Felcra Sekijang adalah pada 29 Oktober, 2009.
Semua isteri serta anak perempuan peserta Felcra sekijang adalah dijemput hadir bagi menjayakan majlis ini.
Perasmian mesyuarat akan disempurnakan Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Johor. Elaun kehadiran akan diberikan kepada yang menghadiri mesyuarat tersebut.
' SELAMAT BERSIDANG '