Jumaat, Julai 22, 2016

AKU DATANG SG 10.........

Tanggal 1 Jun 2016 bersamaan 25 Syaaban 1437h (hari Rabu).....aku melapor diri bertugas di tempat baharu...Sungai Sepuluh Kluang, Johor Darul Ta'zim. Negeri Kelahiranku...Alhamdulillah....
Apabila aku menerima mesej dari sahabat bahawa aku diarah bertukar bertugas ketempat baharu...aku rasa amat bersyukur. Itulah hasrat aku sejak pertengahan tahun 2015 lalu. Aku berhasrat untuk pulang ke negeri asal kelahiranku semata-mata untuk membaiki rumah kediamanku yang terbengkalai lama. Aku mula bergerak dari Bukit Kapah, Hulu Terengganu pada 31/5/2016.
Harapan aku moga aku sentiasa dirahmati dan berusaha dengan lebih gigih bagi kesejahteraan semua, staf & peserta