Selasa, September 28, 2010

Program Hari Raya 1431 Projek Tuang Kajang


Setiap tahun memang tidak ketinggalan pihak Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek (AJKKP) Tuang Kajang untuk mengadakan program sambutan Hari Raya. Tahun ini AJKKP telah mengadakan program tersebut pada 24/9/2010 bertempat di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Segamat Kecil, Segamat.
Program yang diadakan amat meriah dimana tetamu jemputan adalah terdiri daripada Pegawai JHEOA Daerah Segamat Pn Suzila, Pengurus Felda Redong serta AJK Masjid Felda Redong. Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Peserta Felcra Tuang Kajang merangkap Pengerusi JKKKK, En Lias bin Hasan. Majlis diserikan lagi dengan alunan 'Live Music' yang diketuai oleh Tok Batin Aripin bin Nong.

Lagu-lagu yang dibawa adalah berkonsepkan hari raya. Ramai juga bakat baru dapat dicungkil daripada sumbangan lagu yang didendangkan semasa majlis tersebut. Tak sangka......

Selain daripada itu kesempatan majlis ini diambil oleh guru besar Sekolah Rendah Kebangsaan Segamat Kecil untuk menghulurkan sumbangan hariraya kepada pelajar. Akhir majlis pihak AJKKP telah menyampai sumbangan duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir dalam majlis tersebut.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf Zahir dan Batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan