Selasa, Februari 01, 2011

ANAK FELCRA SEKIJANG- Calon PAS DUN Tenang

Telepon aku sering berbunyi bertanyakan tentang perkara ini, terutamanya dari rakan dalam Felcra di Kedah, Perak, Melaka dan dari Johor sendiri. Aduh jenuh aku nak menjawabnya. Semuanya pasal PRK Tenang.

Sengaja aku melambatkan penyiarkan catatan aku ini.

Kepada Normala agar dapat menerima segala serangan politik dengan hati yang tabah. Sebagai seorang guru di sekolah kebangsaan LKTP Kemelah kini beralih ke bidang politik sepenuh masa. Dulu cabaran seperti kata mengata dan caci mencai memang tak jumpa.Tugas hanya mendidik anak-anak yang memerlukan ilmu. Depa tak pandai nak bantah atau menengking. Dari seorang yang tidak dikenali kini semuanya diselak sehingga orang keliling mengetahuinya. Jadikan tarikh PRK Tenang pada 30/1/2011 sebagai pengubat BUKAN racun.

Tahniah diucapkan kerana sanggup berjuang demi merealisasikan impian. Sebagai calon beliau perlu tabah dan sedia menerima tohmahan. barulah boleh jadi pemimpin. Menang atau kalah adat pertandingan. Apabila kita menceburi sesuatu bidang kita dah tahu apa risiko yang akan menjelma. Persiapkanlah diri..... banyak yang anda perlu belajar untuk jadi orang politik.

Sebenarnya aku dah tahu lama pasal aktiviti perjuangan mu. Pernah aku lihat surat yang ditujukan kepada penama 'Wardatul Jannah As Sofea' semasa aku mula bertugas di Sekijang pada bulan Julai 2007 lalu. Puas aku bertanya kepada orang kampung namun mereka tidak mengenali nama ini. Kalau tak percaya siapa penama ini sila buka blog Mutiara Minda Srikandi Pejuang.

Pesanan aku pada kawan-kawan sekiranya ingin jadi pemimpin...apabila datang masalah cubalah selesaikan dengan cara berhemah. Sikap sabar dan kuat semangat perlu ada ....jangan cepat nak melenting. Jangan suka menyalahkan orang lain. Jauhkan sifat terburu-buru kerana sifat tersebut membuat kita hilang kawalan. Carilah jalan bagaimana nak selesaikan masalah. Selidik dengan sehalusnya. Jangan cari masalah. Nanti rakan dan taulan menjauhkan diri.Kita sepatutnya ada sifat redha atas ketentuan yang diterima.

Kalau nak terkenal atau dikenali tak perlu kita nak kaitkan dengan kehebatan ayah dan ibu. Para Nabi dulu menyebarkan kebenaran tidak bersandarkan keluarga tetapi hanya bersandarkan kepada ALLAH saja.
Masyarakat tahu menilainya. Masyarakat tahu asal usul kita.

Kepada YB Azahar bin Ibrahim ADUN Tenang yang baru diucapkan tahniah dan jangan lupa buat kenduri kesyukuran. Selamat menjalankan tugas sebagai Yang Berhormat.
Kepada keduanya, menang kalah adalah adat pertandingan. Teruskan untuk menabur bakti jangan tunggu masa pilihanraya saja.

Kepada saudara Maarof, setiap pertukaran tempat bertugas adalah hijrah....ada hikmahnya. Aku dulu juga pernah diarah bertukar tempat bertugas dari Johor Bahru ke Alor Setar. Jangan jadikan sebagai bebanan dan tekanan. Jadikan ia sebagai hiburan.

Kepada yang kaki nombor, hentikanlah jangan ditambah dosa yang sedia ada dengan nombor pilihanraya undi BN 6,699 manakala PAS 2,992 dan dengan ini Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan