Isnin, Mei 02, 2011

PERLETAKAN TANDA ASAS PROGRAM ANAK ANGKAT





Kehadiran YB Azhar bin Ibrahim sememangnya ditunggu oleh masyarakat orang asli Kg Segamat Kecil. Sejak 3 hari yang lepas pihak sekolah serta JKKK bertungkus lumus mengemas bagi persediaan program pada 21/4/2011.



Program diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Kg Segamat Kecil iaitu perletakan tanda asas sekolah sebagai Anak Angkat Jabatan Penerangan. Ini adalah janji Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim semasa kempen pilihanraya kecil DUN Tenang yang lalu.



Program diserikan dengan tarian orang asli serta pameran Polis Trafik, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pemeriksaan Kesihatan. Program seperti ini dapat memberikan info berguna kepada masyarakat disamping dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara masyarakat dengan pemimpin.



Selepas majlis perasmian perletakan tanda asas YB telah melawat gerai pameran. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan