Khamis, September 30, 2010

Peperiksaan SMA

Kepada pelajar tingkatan 4 yang belajar di Sekolah Menengah Arab mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama pada 13 - 20 Oktober, 2010. Perasaan berdebar pasti terasa, walau bagaimanapun sekiranya mereka telah bersedia perkara ini tidak menjadi masalah.


Kami di Felcra Sekijang hanya dapat mendoakan mereka agar dapat menjawab segala soalan dengan tenang dan teliti. Setiap kesusahan dan kepayahan selama ini pasti akan membuahkan hasilnya dikemudian hari. Insyaallah.......

' SELAMAT MAJU JAYA '

Selasa, September 28, 2010

Program Hari Raya 1431 Projek Tuang Kajang


Setiap tahun memang tidak ketinggalan pihak Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek (AJKKP) Tuang Kajang untuk mengadakan program sambutan Hari Raya. Tahun ini AJKKP telah mengadakan program tersebut pada 24/9/2010 bertempat di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Segamat Kecil, Segamat.
Program yang diadakan amat meriah dimana tetamu jemputan adalah terdiri daripada Pegawai JHEOA Daerah Segamat Pn Suzila, Pengurus Felda Redong serta AJK Masjid Felda Redong. Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Peserta Felcra Tuang Kajang merangkap Pengerusi JKKKK, En Lias bin Hasan. Majlis diserikan lagi dengan alunan 'Live Music' yang diketuai oleh Tok Batin Aripin bin Nong.

Lagu-lagu yang dibawa adalah berkonsepkan hari raya. Ramai juga bakat baru dapat dicungkil daripada sumbangan lagu yang didendangkan semasa majlis tersebut. Tak sangka......

Selain daripada itu kesempatan majlis ini diambil oleh guru besar Sekolah Rendah Kebangsaan Segamat Kecil untuk menghulurkan sumbangan hariraya kepada pelajar. Akhir majlis pihak AJKKP telah menyampai sumbangan duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir dalam majlis tersebut.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf Zahir dan Batin.

Isnin, September 20, 2010

UPSR 2010


Setelah bertungkus lumus berhempas pulas anak-anak kita belajar dari tahun satu hingga enam , kini mereka akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) yang akan bermula pada 21 - 23 September, 2010 ( Selasa hingga Khamis ).

Kami di Felcra Berhad Kawasan Sekijang mendoakan agar anak-anak kita khasnya di Felcra Sekijang akan dapat menjawab dengan tenang soalan-soalan yang diberikan dalam peperiksaan tersebut. Mudah-mudahan mereka beroleh kejayaan yang cemerlang atas usaha mereka selama ini. Insyaallah......

Manakala kepada ibubapa yang terlibat agar memberikan makanan dan minuman yang elok dan tidak terlalu pedas untuk anak mereka. Jaga kesihatan dan tidur mereka agar tidak menghadapi masalah semasa mereka menduduki peperiksaan UPSR tersebut. Disamping itu sebagai ibubapa kita perlu mengiringi anak-anak kita dengan membaca surah ' Yassin ' ata bacaan selawat sebagai pemberi semangat batiniah kepada anak kita.

Selamat Berjaya........

Selasa, September 14, 2010

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1431 h


Pentadbiran Felcra berhad Kawasan Sekijang, Segamat, Johor mengucapkan mengucapkan ' SELAMAT HARI RAYA IDUL FTRI 1431h' kepada semua warga Felcra berhad khasnya di Fb Sekijang. Semoga bergembira menyambut hari lebaran ini dengan penuh ketaqwaan. Jadikan membaca dan mendengar al-quran sebagai amalan yang berterusan.
Jangan jadikan hari raya ini sebagai perosak segalanya.

MAAF ZAHIR & BATIN

Wassalam...

Khamis, September 09, 2010

Iklan Raya tv3

Marilah kita perhatikan iklan hari raya TV 3 tahun 2010. Adakah ianya satu kebetulan atau tidak sengaja. Atau satu perancangan. Terpulang kepada semua untuk membuat tafsiran........


Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas – Simbol Paganism


Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Apa sebab perlu dipaparkan tulip dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Tulip ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah tulip Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..fikir-fikirkan lah

Selasa, September 07, 2010

Program Khatam Al-Quran Anjuran Wadira Fb Sekijang



Pada 6 September 2010 jam 3.00 petang, Perkumpulan Wanita Dinamis Felcra Sekijang telah mengadakan Program Khatam Al-Quran bertempat di surau Al-Hidayah Perkampungan Felcra Sekijang.
Seramai 40 orang telah menjayakan program tersebut. Selain daripada majlis berkhatam, pemberian duit raya kepada ibu tunggal dan anak yatim telah disampaikan oleh Pengerusi Wadira Sekijang, Pn Kalimah binti Shahidan.
Sebelum pulang semua hadirin telah dibekalkan dengan bubur lambok.
Majlis berakhir pada jam 5.00 petang.