Selasa, September 27, 2011

PERTANDINGAN NASYID

YB Datuk Hj Ayob bin Rahmat

ADUN Kemelah sedang berucap




YB Datuk Hj Baharom bin Mohamad

Ahli Parlimen Sekijang memberikan ucapan


Kesabaran dan semangat yang berkobar kumpulan nasyid Felcra Sekijang untuk memasuki pertandingan nasyid amat dibanggakan. Dengan berkat rajin berusaha mereka akhirnya berjaya di tempat kedua dalam pertandingan nasyid lagu hari raya sempena Majlis sambutan hari raya DUN Kemelah anjuran Wanita UMNO Parlimen Sekijang.
Program telah diadakan pada 24 september 2011 bertempat di Dewan FELDA Kemelah. Latihan menyanyi dibuat pada seminggu terakhir sebelum pertandingan setiap petang jam 5 petang.




Kumpulan Nasyid Nada Sekijang

sedang membuat persembahan



Lagu yang didendangkan adalah lagu yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Nasyid Al Mizan. Lagu nya bertajuk Selamat Berhari Raya. Liriknya seperti berikut:-

Bismillahi dibaca
Setiap masa usaha
Sembahyang lima waktu
Mestilah diutama

Puasa di bulan ram'dan
Itulah diamalkan

Zakat dan juga fitrah
Wajiblah dikeluarkan

Selamat berhari raya
Aidilfitri mulia
Selamat Hari Raya
Hari yang bahagia

Mohon ampun dan restu
Kepada ibu bapa
Maaflah lahir batin
Pada saudara semua

Semua berhari raya
Menyambut kemenangan kita
Selama di bulan puasa
Menahan lapar dahaga










Orang yang berpuasa
Allah beri ganjarannya
Orang yang ingkar leka
Berdosa akan dimurka







Berselawat ke atas nabi
Nabi Muhammad Rasullullah
Bersedekah daripada rezki
Berdoa kepada Allah

Muslimin dan muslimat
Wajiblah beribadat
Di masa kita sihat
Sebelumnya terlambat

Selamat berhari raya
Aidilfitri mulia
Selamat Hari Raya
Kita bersukaria

Bersalam bermaafan
Harapan lah diberi
Jika lanjut usia
Tahun hadapan jumpa lagi







TAHNIAH ATAS KEJAYAAN..




SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN

Rabu, September 21, 2011

PROGRAM MARHABAN

WADIRA Felcra Sekijang sedang mengadakan kunjungan



Bila tiba bulan syawal program rumah terbuka dan marhaban memang menjadi tradisi samada di kampung ataupun dibandar. Program ini sememangnya menjadi acara tahunan di Perkampungan Felcra Sekijang. Setelah selesai menjalani ibadah puasa dibulan ramadhan maka inilah masanya mereka mengambil peluang mengunjungi rumah tetangga jiran taulan.

Tetamu sedang menjamu selera

Antara hidangan yang disediakan

Sungguh meriah dan menyeronokkan apatah lagi dengan keletah kanak-kanak yang memungut duit raya.

Selasa, September 20, 2011

NASYID NADA SEKIJANG



Semangat yang ingin bersaing dengan kumpulan nasyid lain di FELDA Kemelah. Perkumpulan WADIRA Sekijang juga tak ketinggalan untuk menubuhkan kumpulan nasyid. Mereka bergabung tenaga dengan persatuan Belia Felcra Sekijang semata-mata untuk mengharumkan nama Felcra Sekijang. Kumpulan ini akan menunjukan bakatnya didalam majlis-majlis keagamaan seperti program hari raya dan sebagainya. Kumpulan ini diberi nama 'NADA SEKIJANG'.





Latihan kebiasaannya dilaksanakan dirumah ahli pada waktu petang. Waktu petang kebanyakan mereka tidak kemana. Seminggu sebelum dari tarikh persembahan mereka akan memilih lagu yang sesuai dengan tema program dan berlatih dengan sebaiknya.

Isnin, September 12, 2011

PUASA...? DAPAT APA?

LETIH.....DAHAGA.....LAPAR....


Itu sajakah yang kita dapat daripada puasa? Atau pun dapat baju baru dan duit raya kalau puasa. Itu semua hanya untuk anak-anak kecil yang berhingus sebagai galakan agar mereka bersemangat menjalani ibadah tersebut. Adakah kita juga berada dalam kategori tersebut?


Kalau kita pun sama macam anak-anak sebenarnya puasa kita tidak sampai sasarannya. Apabila tiba Hari raya sahaja mesti nak baju baru, songkok baru, lansir baru dan segala-galanya baru. Sebenarnya ibadah puasa adalah bertujuan untuk melatih diri dan jiwa. Mengajar untuk menjauhi penyakit hati. Agar kita menjadi seorang yang penyabar dan lemah lembut tetapi mempunyai keteguhan dalam menegakkan kebenaran. Sekiranya masih nak menunjuk-nunjuk dan ego dengan kelebihan ....iman kita masih lemah.


Tetapi apa yang dilihat mereka ini masih ditahap yang lama walaupun baru seminggu meninggalkan bulan ramadhan. Pertuturan dan tingkah laku masih tidak menampakkan perubahan. Sepatutnya ada peningkatan kerana kita telah melalui ujian dan latihan untuk kita praktikkan selama 11 bulan.


FIKIR-FIKIRKANLAH.....

APA ADA PADA HARI RAYA..??

RAYA...RAYA...RAYA...
Itulah sorakan dan teriakan anak-anak apabila menjelangnya malam raya. Gembira sungguh mereka menyambutnya dengan percikan bunga api dan iringan bunyi mercun. Silap haribulan tangan pun tercedera penangan mercun buatan sendiri.
Tapi kita sebagai warga dewasa janganlah terikuti-ikut rentak anak-anak pula. Atau kita pulak yang lebih daripada mereka.
Sebulan berpuasan melatih dan mendidik kita untuk melawan nafsu. Tapi yang menghampakan kita masih tak dapat melawannya semasa bulan ramadhan lagi. Apa tidaknya dengan adanya bazar ramadhan yang menyediakan beraneka jenis makanan dan kuih muih. Macam pesta makan pulak. Promosi yang berlebih-lebihan dimedia massa dan elektronik amat ditonjolkan hingga promosi menu b*b* juga iklankan untuk juadah bulan puasa. Lepas tu kita sebagai pembelinya pulak membeli ikut nafsu. Ingatlah kita pada orang yang kurang mampu. Ingat mereka yang berada di Somalia. Mereka amat memerlukan makanan tapi kita disini membazirkannya.
Sepatutnya pada malam raya kita beribadat tanda syukur atas nikmat yang kita kecapi. Syukur kerana dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Mudah-mudahan ALLAH akan menjauhkan hati kita daripada mati. Mati hati daripada menerima hidayah ALLAH. Mati hati daripada mendengar kata nasihat.
Itulah perkara yang wajib diutamakan, bukan perhiasan rumah, bukan pakaian yang melebihi batas dan juga bukan untuk perhiasan kenderaan serta belanja yang bukan-bukan.
Wallahu a'lam.

DIVIDEN HARI RAYA SEKIJANG

DIVIDEN...DIVIDEN....DIVIDEN..
Itulah kata atau kalimat yang tak pernah lari apabila kita berurusan dengan peserta. Aku juga berasa gembira sekiranya ada lebihan untuk diagihkan kepada peserta. Lebih-lebih lagi bila tiba masa nak berhari raya....

Alhamdulillah tahun 2011 ini dividen hari raya untuk diagihkan kepada peserta bolehlah dikatakan lumayan. Kepada yang bersyukur....
Projek Sekijang memperolehi sebanyak RM 1,500 seorang.
Projek Tuang Kajang memperolehi sebanyak RM 2,900 seorang
Manakala Projek Sg Lenek III memperolehi sebanyak RM 2,+++ seorang.

Terima kasih ALLAH ..
Terima kasih Staf ladang
Terima kasih Peserta ...kerana setia kepada FELCRA

SELAMAT HARI RAYA
BERBELANJA JANGAN BOROS

Ahad, September 11, 2011

CARA BERFIKIR.....3

Berfikir Positif.....Kita tentu sudah faham apa yang dimaksudkan dengan istilah mengenai berfikir positif. Kebiasaannya kalau kita di sekolah atau dimajlis-majlis ceramah selalu ditekankan dan diajarkan dengan berfikir positif. Tidak ketinggalan juga di dalam buku majalah, surat khabar atau di radio dan televisyen juga ada menyentuh tentang berfikir positif.


Dengan ini berfikir positif adalah bererti melihat segala sesuatu dari sisi baik sahaja. Tiada bersangka buruk. Jiwa akan tenang sekiranya fikiran tenang.

Rabu, September 07, 2011

PROGRAM KEMAS SEKIJANG MENYAMPAIKAN BAKUL MAKAN









Pada 18 Ogos 2011 bersamaan 18 Ramadhan 1432h lalu satu program penyampaian bungkusan makanan anjuran KEMAS Parlimen Sekijang telah diadakan di Felcra Sekijang serta Kg Sekijang. Program ini adalah sempena menyambut Syawal. Program ini dinamakan Progra Pautan Kasih.




Disamping itu program ini juga menyelitkan program sambutan kemerdekaan Malaysia ke-54 dengan mengajak penduduk mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman mereka.



En Halus telah mengetuai rombongan melawat dan menziarahi penduduk yang memerlukan. Kedatangan rombongan amat dialu-alukan oleh peserta penerima bungkusan.






SALAM HARI RAYA






DAN






SALAM KEMERDEKAAN

PROGRAM KHATAM QURAN - WADIRA SEKIJANG



WADIRA Sekijang masih lagi mengekalkan dan meneruskan budaya membaca alquran. Perkara ini tak dapat dinafikan dimana sepanjang bulan Ramadhan persatuan ini telah mengadakan program tadarrus. Manakala kemuncak program adalah pada 18 Ogos 2011 iaitu dengan mengadakan program khatam al-quran beramai-ramai. Kesepakatan mereka amat dihargai mudah-mudahan ianya menjadi ikutan anak-anak dimasa hadapan.

Selepas selesai khatam agihan bunga telor kepada yang hadir.



Disamping itu program tersebut juga menyelitkan pemberian sumbangan kepada anak yatim serta ibu tunggal. Moga dengan sumbangan tersebut dapat meringankan mereka dalam menyambut syawal yang bakal menjelma.



Antara ibu tunggal yang menerima sumbangan dari Pengerusi WADIRA



Juru gambar pun dapat sumbangan...??????


Cuma cenderahati jerk...




' SELAMAT HARI RAYA'

Selasa, September 06, 2011

BeLIa SeKijaNG Di BuLaN RaMaDHaN 1432

Bergambar Kenangan Beramai-Ramai Di akhir Program






Tenaga Pengajar di import khas dari Segamat


Program belia Felcra Sekijang tidak terhenti semasa menjelang bulan Ramadhan. Jika di bulan -bulan lain mereka sibuk dengan aktiviti sukan tapi di bulan Ramadhan al mubarak ini mereka melaksanakan program indoor pulak.
Cokelat sedang diadon


Pada 6 Ogos 2011 yang lalu, dengan kerjasama Pejabat Belia Segamat satu program membuat kuih berasaskan cokelat telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini telah diadakan di Dewan Ilmu Felcra Sekijang bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tgh. Kehadiran peserta dari kalangan belia amat menggalakan. Manakala peserta dari kaum ibu juga tidak ketinggalan untuk menimba ilmu yang berguna ini.
Cokelat yang dah siap. Mana tak terliuq melihatnya.



Antara ciptaan yang dihasilkan.


Di akhir program para peserta dibekalkan dengan cokelat yang dibuat bersama. Kalau tak puasa rasanya cokelat tersebut tak dapat dibawa balik...habis disitu juga.


"SELAMAT MENCUBA"

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menjayakan program ini.