Rabu, Februari 13, 2013

SYUKUR...
Tepat pada 3 Februari 2013 jam 8.00 pagi aku selamat melapor diri di Pejabat Felcra berhad Kawasan Bukit Kapah, Terengganu. Perjalanan aku dari Sekijang memakan masa selama 6 jam. Walaupun penat namun aku gembira kerana perjalanan aku serta keluarga berjalan lancar. Mudah-mudahan ditempat baru aku dapat meneruskan perjalanan hidup dengan aman, selesa dan tenteram.
Kepada kawan-kawan di Sekijang diucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama selama ini. Tanpa kalian segala kejayaan tidak akan dapat dikecapi. 
Jadilah kita umpama burung yang indah terbang di angkasa. Tidak pernah menderita ataupun risaukan akan rezeki ALLAH swt samada pagi atau pun petang, hari ini ataupun esok. Begitu juga dengan kita jangan jadikan penghijrah ini satu penyeksaan atau tekanan dalam hidup kerana rezeki ALLAH swt itu ada di mana-mana.
Kesempatan ini aku pohon ampun dan maaf yan tak terkira, andai ada yang termakan dan terminum dapat dihalalkan.
Bukan lebah sebarang lebah,
lebah bersarang di rumpun buloh,
bukan sembah sebarang sembah,
ku pohon maaf menyusun jari sepuloh.

Selamat berjumpa lagi di lain masa dan ketika.