Rabu, Mac 23, 2011

PROGRAM MEMBINA USAHAWAN BELIA


Usaha untuk mendedahkan kaum belia di Felcra Sekijang dalam bidang usahawan telah lama dirancang. Kalau tak silap pada bulan November 2010 lalu. Program dirancang dan diperbincangkan dalam mesyuarat bulanan Persatuan Belia Karisma Sekijang.

Dua (2 ) destinasi telah dicadangkan untuk tujuan tersebut. Ini adalah bertujuan agar kaum belia melihat sendiri dan mengambil contoh dari usahawan Felcra di projek lain. Jangan syik melihat dalam kepompong sendiri sahaja. Projek tersebut adalah Felcra Sg Ara, Kota Tinggi dan Felcra Ramuan Cina, Melaka. Akhirnya keputusan diambil untuk mengadakan program bertempat di Felcra Ramuan Cina, Melaka. Tarikh yang dicadangkan adalah pada 14-15 Mac, 2011 ( 2 hari 1 malam). Tepat jam 6.45 pagi pada 14/3/2011 semua yang terlibat telah berkumpul diperkarangan pejabat kawasan. Jam 7.15 pagi bas mula nak bertolak. Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa agar perjalanan selamat dan diberkati Allah. Rombongan seramai 40 orang belia & beliawanis Felcra Sekijang sampai ke destinasi Felcra Ramuan Cina pada jam 10.45 pagi. Kami dijamu dahulu dengan jamuan ringan sebelum diberikan taklimat. Lepas tu kami dibawa melawat projek anyaman rotan , pembuatan kueh bahulu dan ternakan ikan talapia merah.
Dah penat dibawa melawat akhirnya kami dijamu pula makan tengahari.... Alhamdulillah.... murah rezeki orang Ramuan Cina.

Selepas makan kami bertolak ke Pengkalan Balak bagi meneruskan program sukaneka belia. Sampai je....kami pun agihkan penginapan dan petang tu kami mulakan aktiviti sukan air dan pada malamnya pula aktiviti bersantai....karaoke...
Esoknya sebelum pulang kami singgah di bandar Melaka...ronda-ronda bandaraya bersejarah.

Sampai di Sekijang kira-kira jam 10 malam. Walaupun badan penat namun hati puas dan gembira....

Terima kasih kepada yang menjayakan program ini terutama kepada FB Kawasan Ramuan Cina.......

yahoooo....tahun depan insyaallah jumpa lagi.

Isnin, Mac 07, 2011

MAULIDUR RASUL SG LENEK III

Sifat mengadu domba dan hasut menghasut adalah sikap keji kaum Yahudi. Sikap ini digunakan Yahudi untuk melaga-lagakan orang Islam agar lemah dan tidak bersatu padu. Walau bagaimana pun sikap begini menjadi tabiat kaum muslimin ketika ini bagi mencapai cita-cita secara keji dan tidak bermaruah. Begitulah antara isi kandungan ceramah maulidur Rasul 1432 peringkat Felcra Sg Lenek yang telah disampaikan oleh Ustaz Hasran bin Hussin pada 12/3/2011 bertempat di Dataran Maulid Kampung Sri Gajah, Chaah.


Antara lain saranan beliau agar mencontohi dan mengikuti sunnah rasulullah yang kini mula ditinggalkan dan dilupai.


Setelah pengisian rohani selesai......apa lagi.....pengisian perut pulak......


Alhamdulillah....rezeki......

Selepas bab 'mangan' selesai dapat 'bontrot' pulak.....terima kasih...tahun hadapan jumpa lagi.