Rabu, Oktober 27, 2010

ALK KPR Felcra Sekijang Bhd Segamat


Bergambar kenangan di hadapan pejabat
Koperasi sepas mesyuarat bulanan.


Inilah wajah barisan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Peserta Rancangan Felcra Sekijang Segamat Berhad. ALK ini mula mengambil alih tampok pimpinan pada tahun 2009. Banyak perubahan telah dilaksanakan samada dari segi kedudukan kewangan dan juga pengagihan tugas. Tugas mereka adalah amat sukar pada peringkat awal dimana koperasi dibebani dengan masalah hutang.

Pengerusi KPR sedang memberikan ucapan semasa mesyuarat agung.

Kini alhamdulillah semuanya dapat di atasi dengan semangat kerjasama serta kerja keras yang ditunjukan.



'SELAMAT MAJU JAYA'

Selasa, Oktober 26, 2010

Sukan


Pasukan Bola Jaring



Sukan adalah salah satu aktiviti tahunan yang sering diadakan di perkampungan Felcra. Ia adalah salah satu cara untuk mengikat dan mengeratkan tali silaturrahim dikalangan staf, peserta serta keluarga. Banyak acara akan diadakan sempena program tersebut samada untuk kalangan kanak-kanak, remaja dan juga veteran. Antara sukan yang dianjurkan adalah sukan bolasepak, futsal, bola jaring, badminton, takraw serta sukaneka.
Pasukan Bola Sepak


Pasti ada gelagat lucu yang memecahkan perut penonton dalam aksi mereka yang mengambil bahagian.



Sukaneka- Anyam Ketupat


Di Perkampungan Felcra Sekijang program ini sememangnya menjadi takwim dalam aktiviti tahunan peserta serta belia. Kebiasaannya program ini dilaksanakan pada hujung tahun iaitu dalam bulan Disember. Pada bulan ini ramai anak-anak yang duduk luar dari perkampungan akan pulang menemui keluarga sempena cuti persekolahan yang panjang.

Sukan Badminton

Marilah kita sama-sama bersukan untuk sihatkan badan namun jangan sampai kita lalai dalam menjalankan perintah Allah. Sihat untuk melaksanakan perintahNya serta untuk melaksanakan amal kebajikan.

Isnin, Oktober 25, 2010

Program Diskusi Ilmiah Bina Insan

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Pada 23 Oktober, 2010 yang lalu bertempat di Surau Felcra Sekijang telah diadakan satu program yang dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Sekijang dengan kerjasama AJK Surau. Program tersebut diberi nama Diskusi Ilmiah Bina Insan yang mana tajuk utama disampaikan oleh En Khairul (Pegawai Kemas Daerah ) adalah berkaitan perpaduan dalam masyarakat. Kehadiran peserta serta isteri amat menggalakkan walaupun hari hujan. Selepas solat fardhu isyak jemaah dijamu dengan nasi lemak dan mee goreng. Bukan main selera sebab perut pun dah lapar.


Gambar sekadar hiasan sahaja.

Pentadbiran Felcra berharap program seperti ini dapat diteruskan bagi mendidik dan mengingatkan kita yang mudah lupa.

Ahad, Oktober 24, 2010

Gelagat 5p Johor

Tengok tu...bergambar pun kat pintu...terpaksa orang nak lalu lalang guna pintu lain...siap tampal lagi..

Hai ....Tuan Hj Ali ....orang rumah tak jealous ke?

Bermacam-macam gaya dan lagak 5p semasa mengikuti seminar yang telah dianjurkan oleh Felcra berhad. Kemana mereka pasti ada posing punya. Antara aksi yang dapat dirakamkan adalah sepertimana dipaparkan.

Hanya sekadar untuk berkongsi keceriaan saja....
Rasa-rasanya kalau begini gelagat 5p kat kawasan pasti peserta yang datang marah-marah akan jadi 'cool'.

Khamis, Oktober 21, 2010

Seminar Memperkasa Pemimpin AJKKP 2010



Antara penceramah undangan - Y.Berbahgia Dato' A Aziz Deraman


Program-program serupa ini sepatutnya dapat diteruskan demi menjadikan institusi peserta di Felcra berhad berdaya maju serta berilmu. Selama 2 hari 3 malam masyarakat pemimpin peserta telah berkampung di New York Hotel, Johor Bahru iaitu pada 19-21 Oktober, 2010. Seramai 130 orang terlibat dalam seminar ini yang melibatkan 3 Wilayah iaitu Wialayah Tengah, Johor dan Sarawak yang terdiri dari 5 p dan pemimpin JKKP dan Wadira.



Pemimpin peserta sedang mendengar penerangan.

Antara pengisian program adalah:-

a. Rukun Mas dan Modal Insan - oleh Hj Zainul Anzaid b Hj Seman
b. Gapena - oleh Y. Berbahgia Dato' A Aziz Deraman
c. Akaun Projek - Hj Md Zaini b Saad
d. Program Ekonomi Peserta - En Ismail b Mat Hasan
e. Pemasaran Sawit & Getah - Hj Anuar bin Hashim
f.. Pengurusan Cawangan Tanah & Ukur - En Zainudin b Tahar
g. Peranan & Tanggungjawab Dalam Pembangunan Projek - En Mior Jamaludin b Mior Hamzah
h. Peranan Pengurusan Kawasan & AJKKP Dalam Ke Arah Meningkatkan Prestasi Ladang

Felcra berhad jangan asyik bersemangat untuk memperkasakan institusi peserta saja sehingga lupa untuk memperkasakan Felcra sendiri samada dikalangan staf iaitu dari bidang kerja dan sebagainya.......hidup Felcra

Isnin, Oktober 18, 2010

Gelanggang Futsal


Kerja- kerja kemasan sedang dilaksanakan.

Tidak lama lagi masyarakat Felcra akan mendapat kemudahan gelanggang futsal yang bernilai RM 150 ribu. Sungguh bertuah sekali kerana mendapat peruntukan tersebut dari Ahli Parlimen Sekijang YB Datuk Hj Baharom bin Muhammad sebagaimana yang dijanjikan pada tahun lepas.

Kerja-kerja pembinaan gelanggang tersebut sedang giat dilaksanakan sejak bulan Ramadhan lagi. Kaum belia pula tidak sabar-sabar lagi untuk menggunakan kemudahan tersebut bagi aktiviti riadah dan sukan. Gelanggang tersebut boleh digunakan untuk permainan futsal, bola jaring, badminton dan sebagainya. Dijangkakan pada penghujung bulan Oktober 2010 keerja-kerja menyiapka gelangggang akan siap sepenuhnya.


Masyarakat Felcra Sekijang mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Ahli Parlimen Sekijang dalam usaha beliau mendapatkan peruntukan tersebut.

Khamis, Oktober 14, 2010

Pengurus Kawasan Di FB Sekijang

Saudara-saudara tahu tak berapa ramai Pengurus Kawasan yang telah berkhidmat di Felcra berhad kawasan Sekijang, Segamat? Mengikut maklumat pentadbiran sehingga kini seramai 11 orang Pengurus Kawasan telah bertugas di Sekijang iaitu sejak tahun 1970 hingga 2010.

Senarai nama Pengurus Kawasan adalah seperti berikut:-
1. Ahmad bin Sulaiman (1970-1978)
2. Samsudin bin Dagang (1978-1979)
3. Mohd Yusoff bin Ibrahim (1979-1980)
4. Abdul Manap bin Mahmud (1980-1983)
5. Ghazali bin Mohd Yusof ( 1983- 1995)
6. Musa bin Masdom (1995-1996)
7. Rosli bin Mohammad (1996- 1997)
8. Idris bin Songip (1998-2001)
9. Md Yusof bin Talip (2002-2005)
10. Hj Mat Rahim bin Surip (18.1.2005 - 3/8/2007)
11. Mokhtar bin Mohd Amin (3/8/2007 hingga kini )

Terima kasih atas jasa khidmat mu selama ini. Kepada yang telah bersara selamat menjalani kehidupan yang sementara ini.

Selasa, Oktober 12, 2010

JANGAN Lakukan

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg JANGAN dilakukan yg seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:-

1. JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2. JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. JANGAN makan dan minum dalam bekas yg pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya membahayakan.
4. JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan boleh mewarisi kepapaan.
5. JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6. JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Kerana makanan yang tidak disertai Basmalah akan disertai oleh Syaitan.
7. JANGAN keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. JANGAN pakai kasut atau selipar yg berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. JANGAN biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. JANGAN menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. JANGAN ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia walaupun bukan kita yang bersalah.
13. JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.
14. JANGAN lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. JANGAN banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. JANGAN biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
18. JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19. JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. JANGAN duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21. JANGAN merokok kerana asap itu adalah makanan jin.
22. JANGAN lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke dalam rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23. JANGAN memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kitabergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24. JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH swt.

Organisasi Felcra Sekijang

Felcra berhad Kawasan Sekijang mempunyai seramai 12 orang staf yang diketuai oleh Pengurus Kawasan.

Berikut adalah staf yang menjayakan misi di Felcra Sekijang:-
a. Pengurus Kawasan
b. 1 orang Penolong Pengurus Kawasan
c. 1 orang Ketua Kerani
d. 1 orang Kerani Pentadbiran
e. 1 orang Eksekutif Veterinar
f. 1 orang Penolong Eksekutif Sosial
g. 3 orang Pengurus Projek
h. 3 Pembantu Eksekutif

Isnin, Oktober 11, 2010

Kelebihan Surah Yaasin

Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

Ahad, Oktober 10, 2010

Kursus ESQ 165



Kursus ESQ 165 ini telah diadakan pada 3 - 6 Oktober, 2010 bertempat di Hotel Flamingo Ampang. Seramai 5 orang 5 p Wilayah Johor telah terlibat menghadiri kursus selama 3 hari tersebut.

Kursus asas ESQ tersebut dianjurkan oleh FELCRA Training and Consultancy Sdn. Bhd. Seramai 140 orang terlibat termasuk peserta serta Wadira.

Ada juga peserta kursus yang mengambil kesempatan untuk berposing.

Pada pandangan saya kursus ini amat berguna untuk semua kerana ia adalah program motivasi yang berlandaskan Islam dan bukannya cara barat. Selama ini program kursus kebiasaannya mengikut modul daripada barat. Ianya adalah satu kelainan dan amat berguna untuk dikongsi bersama. Cara penyampaiannya menggunakan visual yang mana berlainan sungguh dengan program yang telah saya ikuti. Cuma saya je yang tak tahan bunyi yang teramat kuat.
Saya dapati apa yang diajarkan kepada peserta adalah sesuatu yang amat berfaedah bagi melahirkan insan yang dapat memberi manfaat kearah pembangunan ummah dimasa hadapan.
ESQ 165 yang mensinergikan ukuran kekuatan (quotient) IQ (intelectual Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient) bagi melahirkan manusia yang cemerlang dunia dan akhirat serta memiliki kekuatan karakter dan membawa perubahan drastik yang positif yang diilhamkan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian dari Indonesia.
Program ini adalah berunsurkan bina insan yang meletakkan nilai murni keagamaan dan usaha pembentukan ummah. Perkara utama yang ditekankan dalam program ini adalah bahawa manusia perlu membuang sifat keji yang senantiasa membelenggu diri kita.

Kepada mereka yang belum mengikuti program ESQ 165 adalah digalakan untuk menyertainya.

Jumaat, Oktober 08, 2010

Program Hari WADIRA Wilayah Johor 2010

Buat pertama kali program serupa ini dilaksanakan. Berbagai pengisian dibuat bagi menjayakan program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini. Seramai 80 orang Wadira ( 8 Wadira) dari seluruh Wilayah Johor telah berkampung di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi bermula pada 1 - 3 Oktober, 2010 (Jumaat- Ahad).



Dihari pertama program dimulakan dengan pendaftaran peserta (di bangunan Wadira Sg Ara)untuk ditempatkan dirumah keluarga angkat. Dikuti pada sebelah petang dengan program ceramah agama. Selepas itu peserta bertungkus lumus menghiasi gerai jualan di Dataran Kejat. Berbagai-bagai hasil Wadira seluruh Johor telah dijual dalam program ini. Pada sebelah malamnya pula diadakan pertandingan karaoke yang yang berkonsepkan lagu Hari Raya. Seperti tidak percaya bahawa wadira mempunyai bakat yang terpendam selama ini.



Pada hari kedua dimulai dengan senaman satu Malaysia. Kemudian dikuti dengan ceramah keusahawanan oleh MARA, manakala pada sebelah petangnya pula ceramah Kesihatan. Disamping itu mesyuarat Penyelarasan Wadira kali ke-2 telah dilaksanakan bagi membincangkan aktiviti terkini Wadira di peringkat kawasan. Setelah selesai bermesyuarat, program sukaneka Wadira pun dimulakan iaitu kira-kira jam 5.30 petang.


Pada sebelah malamnya pula program pertandingan Malam Kebudayaan diadakan. Semua Wadira telah terlibat bagi menjayakannya. Bebagai persembahan telah dipertontonkan, ada yang bersajak, bersilat, bermarhaban, berlakon dan bermacam-macaam lagi yang menarik.


Bersama keluarga angkat (Ayanda Sukiman@ Man Tailor) semasa Rumah Terbuka Hari Raya Fb Sg Ara.

Pada hari yang ketiga (hari akhir) pada sebelah pagi telah diadakan senaman J-robik dan diakhiri dengan majlis jamuan hari raya peserta Sg Ara pada jam 10.30 pg yang turut dihadiri oleh Pengurus Besar Wilayah Johor, Tn Haji Yahya bin Yusofe. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan persembahan Gasing Uri yang dibawa terus dari Terengganu.