Ahad, Ogos 25, 2013

SAMBUTAN HARIRAYA SK SUNGAI BERUA (JAKOA)

Bertarikh 25/8/2013 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sg Berua (JAKOA) majlis sambutan hariraya disambut dengan meriah. Antara menu utama yang menarik adalah kambing golek. Jemputan terdiri dari Jakoa, Felcra, Unisza dan Perkim. Majlis tersebut juga dibuat bagi menyambut guru besar yang baru, En Zamri Abd Rahman bagi menggantikan En Maslaili.yang telah diarahkan bertukar ke sekolah lain. Seramai 115 murid Sk Sg Berua beratur panjang untuk bersalam-salaman dengan Guru Besar yang lama.Beliau dalam ucapannya berpesan bahawa pelajar orang asli juga berpotensi sebagaimana pelajar disekolah lain. Oleh yang demikian berusaha dan belajarlah bersungguh-sungguh bagi mencapai cita dan dapat mengubah cara hidup keluarga.

SAMBUTAN HARIRAYA FB ZON BARAT, HULU TERENGGANU

Pada 23/8/2013 semua staf serta keluarga Felcra berhad Zon Barat Hulu Terengganu berkumpul di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang bagi menyambut Hari Keluarga dan Hariraya 1434h. Kawasan program berhampiran dengan kawasan rekreasi Air Terjun Sekayu. Majlis bermula jam 9.30 pagi. Menu utama adalah 'barbeque'. Selain itu raja buah 'durian' menjadi santapan utama. Bagi staf kawasan Bukit Kapah menu yang perlu disediakan adalah keropok lekor. Kerja penyediaan dibuat dikawasan program dimana masing-masing bekerjasama menyediakan menu yang disepakati.
Antara pengisian program adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak kategori 12th kebawah dan 7 th kebawah. Bagi  staf /suami/isteri ada acara menarik bagi mereka iaitu melukis dan mewarna bendera Malaysia.
Selain dari itu cabutan bertuah ada dijalankan dimana semua staf yang hadir membawa 'ole-ole' untuk dibawa pulang.
Selesai majlis masing-masing ke Taman Rekreasi Air Terjun Sekayu bagi menyejukan badan.
Akan datang insyaallah Pulau Redang menjadi idaman dituju.

SELAMAT HARIRAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

Sabtu, Ogos 24, 2013

SAMBUTAN HARIRAYA AIDIL FITRI 1434h KAWASAN FELCRA BUKIT KAPAH

Sebagai tuan rumah staf serta keluarga Felcra Bukit Kapah bertungkus lumus sejak 19 haribulan lagi. Tarikh yang dinantikan pada 21/8/2013 datang jua. Sambutan dibuat secara sederhana tapi meriah. Di sekeliling pejabat Felcra Bukit Kapah dihiasi dengan kibaran bendera Malaysia tanda sambutan bulan Kemerdekaan ke- 56. Tujuan utama adalah hendak meraikan pekerja-pekerja yang telah berusaha gigih dalam menjayakan projek. Tetamu jemputan adalah AJKKP Bukit Kapah peringkat 1 (ts), AJKKP Bukit Kapah peringkat III, AJKKP Payang Kayu, WADIRA, AJK Belia serta Kilang sawit Bkt Kapah.
Majlis bermula jam 12.00 tengahari hingga jam 3.00 petang. Kehadiran jemputan dianggarkan seramai 300 orang. Antara menu utama ialah lemang, gulai kawah, tapai dan kuih/ biskut raya.
Program seperti ini akan diterus ditahun-tahun hadapan agar menjadi program tahunan staf Felcra Bukit Kapah.

Kepada yang hadir diucapkan jutaan terima kasih. Insyaallah tahun hadapan jumpa lagi....

SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN