Isnin, Februari 28, 2011

ORANG LAMA ORANG BARU


MUKA LAMA

MUKA BARU


SEMUANYA KERANA

ALLAH

UNTUK PESERTA

PROGRAM HARI WADIRA WILAYAH JOHOR

PROGRAM GOTONG ROYONG

PROGRAM TAKLIF KELUARGA SAKINAH

Ahad, Februari 27, 2011

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1432H

Penceramah Undangan dari Air Hitam Batu Pahat- Ust. Mazli Yusoh

Sejak petang khamis (25/2/2011) penduduk Felcra Sekijang telah mula bergotong-royong mengemas serta membersihkan kawasan surau Al-Hidayah Felcra Sekijang luar dan dalam.

Kaum adam dan hawa sama-sama berganding bahu bagi menjayakan program Sambutan Maulidurrasul 1432 h peringkat Felcra Sekijang.

Program Marhaban
Program 26/2/2011 bermula dengan solat zohor berjemaah dan diikuti dengan bacaan berzanji dan marhaban. Kemudian bacaan ayat-ayat suci al-quran oleh Pn Manisah binti Singo (N/Johan Qariah Peringkat Felcra Wilayah Johor tahun 2010. Antara hadirin yang hadir semasa program


Acara kemuncak adalah penyampaian ceramah Maulid oleh penceramah undangan Ustaz Mazli bin Yusoh (Adik kepada Ustaz Zawawi bin Yusoh dulunya pengacara program Halaqah). Antara persoalan utama ceramahnya adalah apakah bukti kiranya kita mencintai Rasulullah saw.
Beliau mengajak dan memperingati para peserta agar sama-sama menghayati perjuangan Rasulullah saw dengan melaksanakan sunnahnya. Ini kerana hidup kita hanya sementara dan bukannya untuk berseronok tanpa tujuan.

Makan dalam talam


Majlis diakhiri dengan jamuan setelah selesai menunaikan solat asar secara berjemaah.

Gulong Tikar- Majlis dah selesai la beb
Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan program ini dari awal hingga akhir.

Rabu, Februari 23, 2011

GANJARAN PAHALA MENGHADIRI MASJID SOLAT JUMAAT

Waktu masuk ke masjid…..

Seolah-olah berkorban…..

Ø

Awal waktu

Ø

Seekor unta

Ø

Waktu kedua

Ø

Seekor lembu

Ø

Waktu ketiga

Ø

Seekor kambing kibas

Ø

Waktu keempat

Ø

Seekor ayam

Ø

Waktu terakhir

Ø

Sebiji telur

Selasa, Februari 22, 2011

Lagi Gelagat 5p


Lihatlah keletah orang muda......

Sentiasa ceria walau dimana berada...

Lebih-lebih lagi teruna ada di depan mata...

Sukanya hingga tak terkata....



Tapi andai kata semua dah tua...

Jalan terketaq dimamah usia....

Rebah dijalanan siapa pun tak bersuara....

Dihati mereka mungkin berkata...padan muka....



Semuanya akan kita lalui....

Walaupun dimana kita menghuni....

Jauh dekat disana dan disini....

Hanya Allah tempat untuk ditemui....



Renung-renungkanlah......

Selasa, Februari 15, 2011

BANJIR..OH..BANJIR


Hujan terus turun mencurah-curah tanpa henti sejak pagi 28/1/2011. Pada 30/1/2011 pagi (Ahad) air sungai mula naik secara mendadak. Penghuni kediaman staf di Felcra Sekijang mula berkemas untuk berpindah ketempat selamat. Mereka berpindah ke Balairaya Felcra Sekijang dan staf pula berpindah ke bilik gerakan pejabat Sekijang. Mereka hanya sempat memindahkan barangan elektrik seperti peti ais, televisyen, mesin basuh, barang dapur dan pakaian.

Pihak Felcra Sekijang telah menghulurkan bantuan awal berupa makanan seperti beras, gula, tepung, minyak masak, sardin dan milo. Bantuan dari luar terputus disebabkan jalan masuk dipenuhi air.

Pada 31/1/2011 baru bantuan luar daripada pejabat UMNO Bahagian dapat disampaikan kepada yang terlibat. Bekalan terpaksa diambil dengan menggunakan laluan ladang kerana jalan utama masih tidak boleh dilalui.

Manakala bagi penduduk Kg Segamat Kecil (Projek Tuang Kajang) mereka terpaksa berkubu diladang sawit RISDA. Hanya ALLAH bersama mereka. Tak dapat digambarkan betapa luluh hati mereka yang ditimpa musibah banjir.



Kami penduduk masyarakat felcra hanya dapat membantu sekadar yang termampu dan hanya berdoa agar mereka yang terlibat sabar menghadapi ujian ALLAH. Allah yang mencurahkan hujan dan Allah juga yang memberhentikannya.

Ahad, Februari 13, 2011

BINGKAI KEHIDUPAN

Mengharungi samudera kehidupan

Kita ibarat para pengembara

Hidup ini adalah perjuangan

Tiada masa untuk berpangku tangan

Setiap titis peluh dan darah

Tak akan sirna ditelan masa

Segores luka di jalan Allah

Kan menjadi saksi pengorbanan

Allah adalah tujuan kami

Rasulullah teladan kami

Al-Quran pedoman hidup kami

Jihad adalah jalan juang kami

Mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami

Begitulah lirik lagu ‘Bingkai Kehidupan ‘ dendangan kumpulan nasyid Shoutul Harakah dari Indonesia .

Sekiranya kita dengar dan hayati lirik tersebut ianya akan meresap kedalam jiwa kita.

Itulah sebenarnya kita dicipta Allah dimuka bumi ini.

Renung-renungkanlah….

Jumaat, Februari 11, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432h

‘ Rasulullah dalam mengenang mu

Kami susuli lembaran sirah mu

Pahit getir perjuangan mu

Membawa cahaya kebenaran.

Engkau taburkan pengorbanan mu

Untuk ummat mu yang tercinta

Biar terpaksa tempuh derita

Cekalnya hati mu menempuh ranjaunya.

Tak terjangkau tinggi pekerti mu

Tidak tergambar indahnya akhlak mu

Tidak terbalas segala jasa mu

Sesungguhnya engkau Rasul mulia.

Tabahnya hati mu menempuh dugaan

Mengajar erti kesabaran

Menjulang panji kemenangan

Terukir nama mu di dalam Al-Quran.

Kami sambung perjuangan mu

Walau kita tak pernah bersua

Tapi kami tak pernah kecewa

Allah dan Rasul sebagai pembela.

Rasulullah kami ummat mu

Walau tak pernah melihat wajah mu

Kami cuba mengingati mu

Dan kami cuba mengamal sunnah mu’

Begitulah lirik lagu daripada kumpulan nasyid popular ‘HIJJAZ’ yang sering berkumandang dicorong radio apabila tiba bulan rabiul awwal setiap tahun.

Selawat dan salam untuk junjungan besar nabi Muhammad saw

Bertemu lagi kita ditahun 1432h ini.

12 Rabiul awwal 1432 bersamaan 15 Februari 2011 ini.

Kalau kita CINTA Rasulullah apa buktinya...

Renung-renungkanlah….

Selasa, Februari 08, 2011

PERASAAN .......




CINTA




Ia unik dan misteri

Ia seperti udara penuh oksigen

Ia sumber ilham dan inspirasi

Membawa kehidupan kebahgiaan abadi

Dapat dilihat atas makhluk dan juga kejadian

CINTA hanya layak untuk ALLAH swt

KASIH...


Ia bagai air dilautan

Tak akan kering walau kemarau panjang

Tak hilang masin walau hujan mendatang

Hanya ulamak orang perantaraan

Rasa rindu hingga ke akhir zaman

KASIH hanya untuk mu wahai MUHAMMAD saw dan Para Sahabat ra.





SAYANG….


Ia amat dipraktikkan

Setiap hari dan masa akan didambakan

Daya semangat untuk mengharungkan kehidupan

Sanggup berkorban demi mempertahankan

Kehilangannya amatlah dirasakan

Terasa sesalan sekiranya diabaikan

SAYANG hanya untuk mu AYAH, IBU DAN KELUARGA





SUKA….


Ia hanya umpama hiburan

Pemikat hati yang kadang luka

Tapi ingat jangan terlalu dilayan

Bimbang nanti mengganggu perasaan

SUKA hanya layak untuk mu teman, kawan dan rakan



TAPI….


Jangan sampai teman, kawan dan juga rakan

Jadikan engkau sebagai hayalan

Dan hanya untuk nafsu hiburan

Bimbang akan jadi angkara

Jangan jadikan tali persahabatan hanya


Untuk

SUKA-SUKA



Renung-renungkanlah...


Ahad, Februari 06, 2011

RACUN & UBAT

DUNIA itu racun, ZUHUD itu ubatnya.
HARTA itu racun, ZAKAT itu ubatnya.
PERKATAAN yang sia-sia itu racun, ZIKIR itu ubatnya.
Seluruh UMUR itu racun, TAAT itu ubatnya.
Seluruh TAHUN itu racun, RAMADHAN itu ubatnya

Selasa, Februari 01, 2011

ANAK FELCRA SEKIJANG- Calon PAS DUN Tenang

Telepon aku sering berbunyi bertanyakan tentang perkara ini, terutamanya dari rakan dalam Felcra di Kedah, Perak, Melaka dan dari Johor sendiri. Aduh jenuh aku nak menjawabnya. Semuanya pasal PRK Tenang.

Sengaja aku melambatkan penyiarkan catatan aku ini.

Kepada Normala agar dapat menerima segala serangan politik dengan hati yang tabah. Sebagai seorang guru di sekolah kebangsaan LKTP Kemelah kini beralih ke bidang politik sepenuh masa. Dulu cabaran seperti kata mengata dan caci mencai memang tak jumpa.Tugas hanya mendidik anak-anak yang memerlukan ilmu. Depa tak pandai nak bantah atau menengking. Dari seorang yang tidak dikenali kini semuanya diselak sehingga orang keliling mengetahuinya. Jadikan tarikh PRK Tenang pada 30/1/2011 sebagai pengubat BUKAN racun.

Tahniah diucapkan kerana sanggup berjuang demi merealisasikan impian. Sebagai calon beliau perlu tabah dan sedia menerima tohmahan. barulah boleh jadi pemimpin. Menang atau kalah adat pertandingan. Apabila kita menceburi sesuatu bidang kita dah tahu apa risiko yang akan menjelma. Persiapkanlah diri..... banyak yang anda perlu belajar untuk jadi orang politik.

Sebenarnya aku dah tahu lama pasal aktiviti perjuangan mu. Pernah aku lihat surat yang ditujukan kepada penama 'Wardatul Jannah As Sofea' semasa aku mula bertugas di Sekijang pada bulan Julai 2007 lalu. Puas aku bertanya kepada orang kampung namun mereka tidak mengenali nama ini. Kalau tak percaya siapa penama ini sila buka blog Mutiara Minda Srikandi Pejuang.

Pesanan aku pada kawan-kawan sekiranya ingin jadi pemimpin...apabila datang masalah cubalah selesaikan dengan cara berhemah. Sikap sabar dan kuat semangat perlu ada ....jangan cepat nak melenting. Jangan suka menyalahkan orang lain. Jauhkan sifat terburu-buru kerana sifat tersebut membuat kita hilang kawalan. Carilah jalan bagaimana nak selesaikan masalah. Selidik dengan sehalusnya. Jangan cari masalah. Nanti rakan dan taulan menjauhkan diri.Kita sepatutnya ada sifat redha atas ketentuan yang diterima.

Kalau nak terkenal atau dikenali tak perlu kita nak kaitkan dengan kehebatan ayah dan ibu. Para Nabi dulu menyebarkan kebenaran tidak bersandarkan keluarga tetapi hanya bersandarkan kepada ALLAH saja.
Masyarakat tahu menilainya. Masyarakat tahu asal usul kita.

Kepada YB Azahar bin Ibrahim ADUN Tenang yang baru diucapkan tahniah dan jangan lupa buat kenduri kesyukuran. Selamat menjalankan tugas sebagai Yang Berhormat.
Kepada keduanya, menang kalah adalah adat pertandingan. Teruskan untuk menabur bakti jangan tunggu masa pilihanraya saja.

Kepada saudara Maarof, setiap pertukaran tempat bertugas adalah hijrah....ada hikmahnya. Aku dulu juga pernah diarah bertukar tempat bertugas dari Johor Bahru ke Alor Setar. Jangan jadikan sebagai bebanan dan tekanan. Jadikan ia sebagai hiburan.

Kepada yang kaki nombor, hentikanlah jangan ditambah dosa yang sedia ada dengan nombor pilihanraya undi BN 6,699 manakala PAS 2,992 dan dengan ini Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707.