Selasa, Februari 15, 2011

BANJIR..OH..BANJIR


Hujan terus turun mencurah-curah tanpa henti sejak pagi 28/1/2011. Pada 30/1/2011 pagi (Ahad) air sungai mula naik secara mendadak. Penghuni kediaman staf di Felcra Sekijang mula berkemas untuk berpindah ketempat selamat. Mereka berpindah ke Balairaya Felcra Sekijang dan staf pula berpindah ke bilik gerakan pejabat Sekijang. Mereka hanya sempat memindahkan barangan elektrik seperti peti ais, televisyen, mesin basuh, barang dapur dan pakaian.

Pihak Felcra Sekijang telah menghulurkan bantuan awal berupa makanan seperti beras, gula, tepung, minyak masak, sardin dan milo. Bantuan dari luar terputus disebabkan jalan masuk dipenuhi air.

Pada 31/1/2011 baru bantuan luar daripada pejabat UMNO Bahagian dapat disampaikan kepada yang terlibat. Bekalan terpaksa diambil dengan menggunakan laluan ladang kerana jalan utama masih tidak boleh dilalui.

Manakala bagi penduduk Kg Segamat Kecil (Projek Tuang Kajang) mereka terpaksa berkubu diladang sawit RISDA. Hanya ALLAH bersama mereka. Tak dapat digambarkan betapa luluh hati mereka yang ditimpa musibah banjir.



Kami penduduk masyarakat felcra hanya dapat membantu sekadar yang termampu dan hanya berdoa agar mereka yang terlibat sabar menghadapi ujian ALLAH. Allah yang mencurahkan hujan dan Allah juga yang memberhentikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan