Isnin, Februari 20, 2012

KURSUS KEUSAHAWANAN SALON

Seramai 6 orang yang terdiri dari ahli Wadira Sekijang telah mengikuti program Keusahawanan Inkubator Kecantikan Salon anjuran Felcra Berhad. Kursus bermula pada 21- 25 Februari 2012 bertempat di Akademi Kecantikan i-Salon Wangsa Maju, Medan Niaga Rampai, Kuala Lumpur.

Mereka bertolak dengan dengan menaiki van pada jam 5.00 pagi 21/2/2012. Perbelanjaan makan minum, pengankutan serta penginapan adalah disediakan sepanjang kursus berlangsung. Mudah-mudahan mereka dapaat menuntut dan menimba ilmu dengan jayanya.

Hasrat Felcra adalah untuk melatih mereka agar menjadi usahawan berjaya disuatu hari nanti. Insyaallah.

Khamis, Februari 16, 2012

PROGRAM MAULIDUR RASUL 1433

Setiap tahun sebagai ummah Nabi Muhammad saw pasti kita akan menyambut bagi mengenang hari kelahiran beliau pada 12 Rabiul awal hijrah. Bermacam -macam program yang dilaksanakan bagi pengisian tersebut. Antaranya adalah berarak beramai-ramai, ceramah agama dan bernasyid.
Di Perkampungan Felcra Sekijang juga tidak ketinggalan dalam menyambut hari kebesaran tersebut. Pada 12/2/2012 (Ahad) bersamaan 19 rabiul awal 1433 satu majlis program sambutan telah dilaksanakan di surau Al-hidayah dengan penceramah jemputan dari Air Hitam, Batu Pahat iaitu ustaz Mazli bin Yusoh.
Kehadiran masyarakat perkampungan adalah amat menggalakan dimana sejak hari Jumaat mereka telah sama-sama turun untuk bergotong-royong beramai-ramai. Ada yang mengemas luar dan dalam kawasan surau dan ada juga yang mendirikan kemah bagi menempatkan kehadiran peserta semasa program.

Program dijalankan bermula jam 10.30 pagi dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran oleh sepasang kanak-kanak dan diikuti dengan marhaban dan berzanji. Program ceramah dilaksanakan selepas waktu solat zohor.

Antara jemputan yang hadir adalah YB Dato' Haji Baharum bin Mohamed Ahli Parlimen Sekijang dan isteri. Beliau mengambil kesempatan majlis untuk menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada 2 orang penerima.

Pihak majlis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB serta individu yang telah menyumbangkan wang ringgit, tenaga dan buah fikiran dalam menjayakan program tersebut.

' PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH '