Rabu, Disember 17, 2014

BANJIR...BANJIR DATANG LAGI

Hujan masih turun lagi. Telah 6 hari hujan turun. Iaitu sejak 13 Disember, 2014. Masih tiada tanda-tanda hujan akan berhenti. Masih tiada khabar yang hujan akan teduh.

Petani,penoreh, peladang tidak ke ladang. Yang lelaki dengan berkain di kedai kopi. Anak-anak kecil asyik bermain air. Banjir datang lagi. Gelombang kedua melanda Hulu Terengganu.

Pusat Pemindahan Banjir mula dibuka untuk menempatkan mangsa banjir. Jumlah mangsa makin bertambah. Banyak laluan telah ditutup. Esok tak tahu lagi adakah hujan akan turun lagi. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya ianya berterusan. Menurut maklumat terkini daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah mangsa yang tertinggi.

Kasihan kepada mereka yang dilanda musibah. Walau bagaimanapun kesabaran mereka amat dihargai. Jangan mengeluh atau bersedih kerana itu ketentuan ILAHI yang menguji kita yang bernama HAMBA. BerDOAlah kita....agar semuanya segera reda seperti sediakala.

SKIM UNTUK KEBAJIKAN PESERTA

Felcta sentiasa prihatin dalam menjaga kebajikan peserta-peserta dibawah naungannya. Antara program yang dilaksanakan untuk peserta dan keluarga ialah skim insuran khairat berkelompok takaful. Dengan sumbangan yang dikeluarkan oleh peserta sebanyak RM 36.00/peserta/tahun yang dipotong melalui lebihan hasil tahunan dapat melindungi serta mengurangkan beban peserta tatkala ditimpa kematian.

Selain dari itu Felcra juga menyediakan skim takaful kemalangan diri berkelompok untuk peserta. Jumlah perlindungan sebanyak RM 30 ribu samada kematian ataupun hilang upaya kekal. Kadar premium setiap peserta ialah sebanyak RM 41.00/peserta/tahun yang dipotong melalui PnL projek.

Bagi meluaskan lagi skim takaful Felcra telah menawarkan skim takaful bencana rumah bagi warga peserta. Nilai pampasan maksimum bernilai RM 20 ribu manakala perkakas /perabot rumah pampasan sebanyak RM 5 ribu. Kadar bayaran premium setiap peserta adalah sebanyak RM 66.30/peserta/tahun.

Semoha dengan perlaksanaan program ini dapat meringankan peserta serta keluarga yang ditimpa musibah.

Ahad, November 23, 2014

BANJIR....BANJIR....BANJIR

Hujan turun tidak henti-henti selama tiga (3) hari di Felcra Bukit Kapah, Hulu Terengganu. Air sungai semakin naik. Ladang sawit juga dipenuhi dengan air hujan. Air sungai dah mula naik hingga ke jalan.

Anak-anak dah mula turun rumah nak main air. 
Tapi kena ingat..
hati-hati jangan leka pula ibubapa dirumah…
hingga lupa anak diluar. 
Keselamatan anak perlu diawasi kerana malang tidak berbau.

BANJIR….BANJIR….BANJIR….

Bapa-bapa ada yang dah mula turun sungai. 
Mencari rezeki yang dating menjelma…
Tapi kaum ibu jangan asyik leka di dapur …memasak …
hingga lupa sang suami tak balik lagi…
calling…calling lah dimana berada …
agar keselamatan dia tak dilupa.

BANJIR...BANJIR...BANJIR….


Ibu-ibu ada yang asyik tarik selimut…
kerana hujan tak teduh lagi…
cuaca dingin buat isteri ...
hingga lupa dapur tak berasap.....
tapi jangan hingga lupa sang suami dibiar sendiri..  
Nanti dia merajuk …
payah nak dipujuk.
Kalau dia dah pergi ....
tinggal lah kamu menggigit jari.

KURSUS PERUNDANGAN & PENGURUSAN TANAH FB

Tarikh  : 22-24 September 2014
Tempat : Hotel New York, Johor Bahru, Johor

Pengisian:-
Hari Pertama (23/9/2014)
i. Pengurusan Dan Perundangan Tanah di bawah KTN 1965 (jenis hakmilik, syarat, kategori dan pelupusan tanah) - En Jalil Sabudin dari INSTUN

ii. Pengurusan Dan Perundangan Tanah di bawah KTN 1965 (Pembangunan tanah, urusniaga dan halangan urusniaga) - En Jalil Sabudin dari INSTUN

iii. Akta Tanah GSA 1960 - En Jalil Sabudin dari INSTUN

iv. Pengendalian Perjanjian Peserta dan Felcra berhad - En Hashim bin Mat Isa (Cawangan Tanah & Ukur)

Hari Kedua (24/9/2014)

i. Permohonan tanah hakmilik peserta, Felcra Holding, pengukuran, pewartaan dan lot kosong - En Zainuddin bin Taha (Cawangan Tanah & Ukur)

Majlis diakhiri dengan perbincangan panel dan isu pengurusan tanah dan majlis penutup. 



Sabtu, November 22, 2014

BUAT DUIT $$$$...

MARI BUAT DUIT......

TAPI LEPAS DAFTAR TU DIA DAH KASI USD25. KALAU DUIT RM BERSAMAAN RM83.89.

SENANG SAJA KLIK LINK NI  http://peruserpaid.com/?ref=32632

LEPAS TU KLIK KAT NO1.CREATE 

MASUKKAN USERNAME DAN PASSWORD DAN MASUKKAN ALAMAT.
SIAP! DAPATLAH USD25. 

KEMUDIAN PROMOTE LINK YANG DIA BAGI TU UNTUK CARI SEBANYAK MUNGKIN KLIK SERTA DAFTAR BARU MELALUI LINK KITA TU. BOLEH PROMOTE KAT FB,WHATSAPP,WECHAT,TELEGRAM DAN SEBAGAINYA. SATU KLIK YANG DAFTAR MELALUI LINK TERSEBUT KITA AKAN DAPAT USD15. BILA DAH DAPAT USD500 BOLEHLAH CLAIM, SYARIKAT NI AKAN BAYAR KAT KITA.

AKU TENGAH TUNGGU DAPAT USD500 NI. NAK TENGOK DIA NAK BAYAR KA TAK. KALAU BAYAR ALHAMDULILLAH.KALAU TAK BAYAR PUN TAK PA LA REDHA JE

DIA NI BAGI DUIT YANG SYARIKAT IKLAN BAYAR UNTUK JANA TRAFIK KE WEBSITE DIA.

LAGI SEKALI LINKNYAKLIK DI SINI