Rabu, Disember 17, 2014

BANJIR...BANJIR DATANG LAGI

Hujan masih turun lagi. Telah 6 hari hujan turun. Iaitu sejak 13 Disember, 2014. Masih tiada tanda-tanda hujan akan berhenti. Masih tiada khabar yang hujan akan teduh.

Petani,penoreh, peladang tidak ke ladang. Yang lelaki dengan berkain di kedai kopi. Anak-anak kecil asyik bermain air. Banjir datang lagi. Gelombang kedua melanda Hulu Terengganu.

Pusat Pemindahan Banjir mula dibuka untuk menempatkan mangsa banjir. Jumlah mangsa makin bertambah. Banyak laluan telah ditutup. Esok tak tahu lagi adakah hujan akan turun lagi. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya ianya berterusan. Menurut maklumat terkini daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah mangsa yang tertinggi.

Kasihan kepada mereka yang dilanda musibah. Walau bagaimanapun kesabaran mereka amat dihargai. Jangan mengeluh atau bersedih kerana itu ketentuan ILAHI yang menguji kita yang bernama HAMBA. BerDOAlah kita....agar semuanya segera reda seperti sediakala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan