Rabu, Disember 26, 2012

PROJEK TANAMAN CILI WADIRA

Walaupun banyak halangan dan kritikan, namun Ahli Jawatankuasa WADIRA Felcra Sekijang tetap dengan azam untuk memulakan projek tanaman cili. Bermulakan modal sebanyak RM 1500.00 mereka memulakan projek dengan membeli benih, baja dan  alatan. Cadangan ini timbul semasa mesyuarat bulanan Wadira bulan lalu, dimana Wadira Sekijang tiada apa-apa projek yang dijalankan dan masih tiada lagi identiti buat Wadira Sekijang untuk dibanggakan. Pengerusi bersama-sama biro ekonomi berusaha meyakin ajk yang ada agar projek cili dapat dilaksanakan.

  


Bertempat di bangunan Wadira kawasan lapang yang ada digunakan bagi memulakan projek tersebut. Pada 21 Disember, 2012 projek dimulakan dengan rasminya. Pada peringkat awal sebanyak 200 anak benih lada ditanam. Kesemua AJK WadiraSekijang turun padang menanam secara bergotong-royong.
Selamat berusaha dan selamat berjaya !!!!

Selasa, Disember 04, 2012

KEJOHANAN TAKRAW KFC UTUSAN

Libasan anak buah Tok Lias memikat ratusan penonton. Walaupun berbadan kecil berkulit sawo matang tapi semangat mereka amat berkobar-kobar. Tak lain tak bukan mereka adalah wakil anak anak orang asli Felcra Tuang Kajang.
Kejohanan Takraw KFC Utusan berlangsung di Shah Alam pada 13-14/10/2012. Wakil Johor adalah dari Sekolah Kebangsaan Kg Segamat Kecil. Mereka ini adalah anak-anak peserta Felcra Tuang Kajang Segamat (ROA). Peserta kejohanan ini adalah berumur dibawah 12 tahun
Mereka berhempas pulas bertarung bagi memenangi pertandingan namun nasib tidak menyebelahi mereka. Yang penting penyertaan mereka dalam pertandingan untuk mencari pengalaman dan ilmu. Tak menang tahun tak mengapa ...tak patah semangatpun tapi di tahun hadapan mereka akan datang lagi...insyaallah.

Tahniah kepada pemain......kerana telah berusaha.
Tuang Kajang ....Boleh...!!!!..

PROGRAM ANAK ANGKAT

Jarum jam tepat menunjukkan waktu 11.30 pagi. Kelihatan sebuah kenderaan memasuki perkarangan balairaya Perkampungan Felcra Sekijang. Seorang lelaki turun dan memaklumkan bahawa beliau dari Institut Pendidikan Guru Batu Pahat. Seramai 38 orang pelatih akan sampai sebentar lagi dengan menaiki bas..
Walau bagaimanapun kami sedia menerima kehadiran mereka kerana seminggu senbelum itu wakil mereka telah memaklumkan perkara ini, tetapi masa yang dimaklumkan adalah jpada am 3.00 petang bertarikh 19/10/2012.
Pada tarikh 19 - 19/10/2012 Perkampungan Felcra Sekijang akan menjadi sebuah penempatan yang sibuk dan ceria. Ini kerana program yang dijalankan di perkampungan ini tidak pernah diadakan sebelum ini. Program Anak Angkat dari IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat menjadi agenda yang menyeronokkan. Seramai 38 orang pelajar telah berkampung di Felcra Sekijang selama 3 hari 2 malam. Setiap rumah menempatkan 2 pelajar tersebut. Berbagai program dijalankan. Antaranya Majlis perasmian penyerahan oleh YB Parlimen Sekijang. Gotong-royong, ceramah motivasi untuk pelajar dan ibubapa angkat serta masyarakat kampung, sukaneka, lawatan ke projek ternakan lembu fidlot dan 10 ribu langkah.
Semoga program ini akan dapat memupuk sifat kasih sayang serta mengeratkan lagi hubungan antara warga Felcra Sekijang dengan pihak luar.
Maaf sekiranya ada yang kurang dalam menyediakan penempatan. Moga ianya menjadi titik mula warga Felcra untuk terus menerima program anak angkat dimasa hadapan.

Rabu, Oktober 17, 2012

PROGRAM KELAS WADIRA

Program mengadakan kelas di bangunan WADIRA Felcra Sekijang telah lama dirancang. Segala aktiviti Wadira akan diadakan di bangunan ini. Setelah sekian lama bangunan ini terbiar tanpa bekalan elektrik dan air SAJ, kini semuanya telah diperbaiki dan dibuat penyambungan semula.
Kelas pertama yang diadakan adalah kelas jahitan iaitu pada 14/4/2012 dengan dihadiri lebih dari 20 orang. Manakala kelas seterusnya pada 26/9/2012 dengan kelas pembuatan manik (Brooch). yang terbaru adalah pada 17/10/2012 dengan kelas pembuatan roti.
Kelas ini adalah dengan kerjasama Kolej Komuniti Segamat. Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM 5.00 seorang manakala bagi warga emas (60 tahun keatas) tiada bayaran dikenakan. Masa bermula jam 3. 00 petang hingga 6.00 petang.
Selamat Berjaya Wadira.

Selasa, Ogos 07, 2012

PROGRAM KHATAM QURAN & PENYAMPAIAN SUMBANGAN

Program Khatam Quran dan penyampaian sumbangan untuk ibu tunggal dan anak yatim (ahli Wadira ) sememangnya menjadi aktiviti tahunan Wadira Felcra Sekijang. Pada 2 Ogos lalu bertempat di Surau Al Hidayah Felcra Sekijang program tersebut teah dijalankan dengan meriah dan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran. Majlis diakhiri dengan penyampaian saguhati untuk peserta yang mengadakan program tadarus, penyampaian sumbangan ibu tunggal dan anak yatim serta pengagihan buga telur.
Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pn Ismiati binti Salih Pengerusi Wadira Felcra Sekijang. Semoga amal kita di sepanjang bulan Ramadhan ini mendapat keberkatan.

Isnin, Julai 23, 2012

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1433h

Alhamdulillah...
Masih kutemui bulan yang mulia ini
Yang penuh barakah dan keampunan
Moga dapat ku lalui dengan penuh kesabaran
Walau kecil perlakuan
Atau sedikit pahala
Namun aku tetap redha
Dan terus istiqamah
Asalkan aku dapat pengampunan MU

Rabu, Jun 27, 2012

MESYUARAT AGUNG BELIA FELCRA SEKIJANG (PBFe)

Setelah diluluskan oleh Pejabat Pendaftar pada 20/12/2011 dengan nombor pendaftaran PPBM 7840/11 Persatuan Belia Felcra Sekijang (PBFe) telah mengadakan mesyuarat agung pertamanya pada 20/6/2012. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat En Zulzharif bin Mat Nawi dengan kehadiran ahli seramai 48 orang. Majlis bersidang di Balairaya Felcra Sekijang pada jam 9.00 malam.
Semoga dengan tertubuhnya Persatuan Belia Felcra Sekijang akan memantapkan lagi pergerakan belia di Felcra Sekijang itu sendiri. Ini kerana persatuan belia sediada iaitu Persatuan Belia Karisma Felcra Sekijang dapat berganding bahu untuk mengatur program ahli. Persatuan Belia (PBFe) lebih luas keahliannya kerana ianya meliputi Projek Felcra Tuang Kajang (Perkampungan Orang Asli Segamat Kecil).
Pentadbiran Felcra berharap kedua persatuan ini sentiasa berkerjasama dan berganding bahu untuk membawa mercu kejayaan dan kecemerlangan kerana Belia itu Nadi Felcra .

MESYUARAT AGUNG KPR FELCRA SEKIJANG BHD KALI KE-24

Bijih Timah bijih besi,
Diangkut dengan keretapi,
Kesetiaan Anggota tunggak koperasi
Laba dinikmati bersama dikecapi.

Begitulah dengan koperasi, tanpa anggota tiada dinamakan koperasi. Tanpa kerjasama anggota maka tiada aktiviti akan dilaksanakan. Koperasi dan anggota tiada boleh dipisahkan ibarat isu dengan kuku.
Kini Koperasi Peserta Felcra Sekijang Berhad telah berjaya mengadakan mesyuarat agung ke -24 pada 27/6/2012 (Rabu) bertempat di Balairaya Felcra Sekijang. Majlis telah dirasmikan oleh En Ismail Bin Mat Hasan Pengurus Sosial Felcra Berhad Wilayah Johor. Antara jemputan yang hadir adalah Pengurus Kawasan Felcra Sekijang En Mokhtar bin Mohd Amin, Pn Supiah bte Samsuri Penolong Pembantu Ekonomi SKM Wilayah Segamat, En Ab Rahman bin Ibrahim Pengurus KPFB Wilayah Johor, En Hasan bin Talib Ketua Kampung Sekijang, Pn Nurulain bte Samsuri Eksekutif Pembangunan Sosial dan En Selamat bin Tumin Ketua Peserta Felcra Projek Sekijang.
Kehadiran anggota amat menggalakan iaitu seramai 109 orang berbanding 107 pada tahun 2011. Koperasi juga dapat mengagihkan dividen kepada anggota sebanyak 10% kepada anggota.
Terima kasih semua yang terlibat atas kerjasama menjayakan mesyuarat agung KPR Sekijang kali ke-24.

Sabtu, Mac 24, 2012

PROGRAM ANUGERAH BELIA NEGARA 2012

Pada 22 Mac 2012 yang lalu merupakan hari yang bersejarah bagi Persatuan Belia Karisma. Tarikh tersebut merupakan pembuka tirai untuk persatuan mengorak langkah terus maju kehadapan.
Tarikh tersebut adalah berlangsungnya penilaian untuk Anugerah Belia Negara 2012 peringkat Negeri. Segala persiapan telah dibuat dua minggu sebelum iaitu dari segi penyusunan fail., buku profail persatuan, tayangan gambar serta persiapan tempat.
Program berlangsung bermula jam 5.00 petang bertempat di Balairaya Felcra Sekijang. Para panel juri telah diarak dengan aluan kompang dan seteruskan bacaan selawat atas nabi saw dilaungkan.
Majlis ini amat bermakna dengan kehadiran YB DUN Kemelah YB Ayub bin Rahmat.
Semoga dengan program yang disertai belia ini akan mengajar mereka untuk menilai semula kekuatan mereka dalam berpesatuan. Menang kalah bukannya ukuran tapi pengalaman yang diutamakan.
Untung sabut timbul.......
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua AJK Belia Karisma kerana telah bertungkus lumus menyediakan bahan bagi pertandingan tersebut...SYABASSSS.

Selasa, Mac 06, 2012

MESYUARAT AGUNG BELIA KARISMA KE-3

Mesyuarat Agung Persatuan Belia Karisma Felcra Sekijang kali ke-3 akan diadakan sepertimana berikut:-
Tarikh : 9 Mac 2012
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Serbaguna Felcra Sekijang. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.
Tahun ini adalah tahun pemilihan AJK belia yang baru.
Kepada semua belia sekijang sila datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis.

PENUTUP SUKAN BOLASEPAK 5 PENJURU 2012




Penyampaian hadiah kepada pemenang



Pada 3 Mac 2012 (Sabtu) berlangsung majlis perasmian penutup sukan liga bolasepak 5 penjuru bertempat di Padang Awam Felcra Sekijang pada jam 5.00 petang. Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Hj Baharum Bin Mohamed Ahli Parlimen Sekijang.



Piala Pusingan Pertandingan


Gambar Kenangan Perlawanan Persahabatan - Pasukan YB Parlimen Sekijang dan Pasukan Veteran Sekijang (Felda/Felcra/Risda). Kemenangan memihak kepada Veteran Sekijang ( 3-1)
YB Baharum melepaskan lelah semasa rehat

diperhatikan oleh pengurus Felcra Sekijang



Sebelum majlis perasmian berlangsung perlawanan akhir liga bola sepak adalah antara pasukan Felda Kemelah Jaya melawan pasukan Felda Kemelah pada jam 3.30 petang dengan kemenangan memihak kepada pasukan Felda Kemelah 1- 0.


Perlawanan liga ini adalah acara tahunan sejak tahun 2009 dimana ianya dianjurkan secara bergilir setiap tahun. Pada awal pertandingan dulu hanya 3 pasukan sahaja yang menyertainya iaitu Kemelah Jaya, Felcra Sekijang dan Risda Sekijang. Namun pada tahun ini sebanyak 5 pasukan telah menyertainya iaitu Felcra Sekijang, Felda Kemelah Jaya, Felda Kemelah, Risda Sekijang dan Felcra Tuang Kajang.


Kedudukan keputusan rasmi perlawanan adalah:-

1. Johan - Felda Kemelah

2. N/Johan - Felda Kemelah Jaya

3. Ketiga - Risda Sekijang

4. Keempat - Felcra Sekijang

5. Kelima - Felcra Tuang Kajang

Tempat pertama telah memenangi hadiah wang sebanyak RM 1,000.00, medal beserta piala pusingan. Bagi tahun hadapan Pasukan Kemelah telah dipilih sebagai penganjur perlawanan.





Roti Canai- Antara menu hidangan yang disediakan

Isnin, Februari 20, 2012

KURSUS KEUSAHAWANAN SALON

Seramai 6 orang yang terdiri dari ahli Wadira Sekijang telah mengikuti program Keusahawanan Inkubator Kecantikan Salon anjuran Felcra Berhad. Kursus bermula pada 21- 25 Februari 2012 bertempat di Akademi Kecantikan i-Salon Wangsa Maju, Medan Niaga Rampai, Kuala Lumpur.

Mereka bertolak dengan dengan menaiki van pada jam 5.00 pagi 21/2/2012. Perbelanjaan makan minum, pengankutan serta penginapan adalah disediakan sepanjang kursus berlangsung. Mudah-mudahan mereka dapaat menuntut dan menimba ilmu dengan jayanya.

Hasrat Felcra adalah untuk melatih mereka agar menjadi usahawan berjaya disuatu hari nanti. Insyaallah.

Khamis, Februari 16, 2012

PROGRAM MAULIDUR RASUL 1433

Setiap tahun sebagai ummah Nabi Muhammad saw pasti kita akan menyambut bagi mengenang hari kelahiran beliau pada 12 Rabiul awal hijrah. Bermacam -macam program yang dilaksanakan bagi pengisian tersebut. Antaranya adalah berarak beramai-ramai, ceramah agama dan bernasyid.
Di Perkampungan Felcra Sekijang juga tidak ketinggalan dalam menyambut hari kebesaran tersebut. Pada 12/2/2012 (Ahad) bersamaan 19 rabiul awal 1433 satu majlis program sambutan telah dilaksanakan di surau Al-hidayah dengan penceramah jemputan dari Air Hitam, Batu Pahat iaitu ustaz Mazli bin Yusoh.
Kehadiran masyarakat perkampungan adalah amat menggalakan dimana sejak hari Jumaat mereka telah sama-sama turun untuk bergotong-royong beramai-ramai. Ada yang mengemas luar dan dalam kawasan surau dan ada juga yang mendirikan kemah bagi menempatkan kehadiran peserta semasa program.

Program dijalankan bermula jam 10.30 pagi dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran oleh sepasang kanak-kanak dan diikuti dengan marhaban dan berzanji. Program ceramah dilaksanakan selepas waktu solat zohor.

Antara jemputan yang hadir adalah YB Dato' Haji Baharum bin Mohamed Ahli Parlimen Sekijang dan isteri. Beliau mengambil kesempatan majlis untuk menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada 2 orang penerima.

Pihak majlis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB serta individu yang telah menyumbangkan wang ringgit, tenaga dan buah fikiran dalam menjayakan program tersebut.

' PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH '

Selasa, Januari 10, 2012

KUMPULAN NASYID KE PERINGKAT PARLIMEN

Pada 15 januari 2012 ini akan berlangsung pertandingan nasyid peringkat parlimen Sekijang. Program berlangsung di Dewan Serbaguna Paya Pulai, Segamat. Sebanyak 32 buah kumpulan akan menyertai pertandingan ini. Selain daripada nasyid acara lain yang dipertandingkan adalah musabaqah al-quran dan mewarna khat. Bagi pertandingan mewarna khat ianya dibuka hanya untuk pelajar bawah 12 th sahaja.


Kumpulan nasyid Nada Sekijang tidak melepaskan peluang ini untuk menunjuk bakat yang ada. Sejak sebulan lalu kumpulan ini berlatih dengan bersungguh-sungguh setiap petang. Setiap kumpulan diwajibkan membawakan 2 buah lagu sahaja iaitu sebuah lagu wajib 'Maal Hijrah' dan sebuah lagu pilihan. Sekiranya orang yang mendengarnya nanti tidak terhibur, janji yang menyanyi terhibur.


Sepatutnya pertandingan ini diadakan pada 22 Disember 2011. Disebabkan pada tarikh tersebut pihak penaja sibuk dengan aktiviti bantuan banjir daerah Segamat.





'Selamat Berdendang'

PENDAFTARAN BELIA FELCRA LULUS

Pendaftaran Persatuan Belia Felcra Sekijang, Segamat, Johor telah mendapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia mengikut akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. Nombor pendaftaran ialah PPBM 7840/11 bertarikh 20 Disember 2011.

Dengan ini maka Felcra Sekijang mempunyai 2 buah persatuan belia dimana pada awal 2008 telah tertubuhnya Persatuan Belia Karisma Felcra Sekijang. Keahliannya hanya untuk anak-anak, cucu peserta serta belia yang berdekatan seperti di Felda Kemelah. Manakala persatuan Belia Felcra pula adalah gabungan daripada anak peserta projek sekijang dan projek Tuang Kajang (Jakoa). Keahliannya lebih ramai.

Mudah-mudahan ianya dapat meningkatkan lagi aktiviti sihat agar belia tidak terjerumus dalam kancah gejala sosial. Bagi memulakan dan menggerakan aktiviti, satu peruntukan adalah perlu agar persatuan ini dapat beroperasi.

' Belia Nadi Negara '

Ahad, Januari 01, 2012

NOTIS MESYUARAT AGUNG WADIRA FELCRA SEKIJANG KALI KE-10

Adalah dimaklumkan bahawa MESYUARAT AGUNG WADIRA ( Wanita Dinamis Felcra) Sekijang, segamat, Johor akan mengadakan mesyuarat agung kali ke-10 pada 12 Januari, 2012 (khamis) bertempat di Balairaya Felcra Sekijang. Mesyuarat tersebut sepatutnya diadakan pada November, 2011. Walau bagaimanapun isebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakan maka iainya tidak dapat dilakasanakan mengikut jadual. Kali terakhir mesyuarat agung Wadira Felcra Sekijang adalah pada 29 Oktober, 2009.
Semua isteri serta anak perempuan peserta Felcra sekijang adalah dijemput hadir bagi menjayakan majlis ini.
Perasmian mesyuarat akan disempurnakan Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Johor. Elaun kehadiran akan diberikan kepada yang menghadiri mesyuarat tersebut.
' SELAMAT BERSIDANG '