Selamat berusaha dan selamat berjaya !!!!
SALAM DARI SUNGAI 10..... Selamat melayari blog FELCRA Berhad Sungai 10, Kluang Johor Darul Ta'zim....... Semoga ianya dapat memberi informasi berguna kepada sahabat, rakan dan kawan dimana jua berada untuk melihat sendiri dengan lebih dekat segala aktiviti yang dilaksanakan. ' Berjumpalah sahabatmu dan musuhmu dengan muka yang manis tetapi bukan kerana hina dan takut terhadap mereka. Tidak menjadi hina kita merendahkan diri dalam kesederhanaan.' Terima Kasih Wassalam.
Rabu, Disember 26, 2012
PROJEK TANAMAN CILI WADIRA
Walaupun banyak halangan dan kritikan, namun Ahli Jawatankuasa WADIRA Felcra Sekijang tetap dengan azam untuk memulakan projek tanaman cili. Bermulakan modal sebanyak RM 1500.00 mereka memulakan projek dengan membeli benih, baja dan alatan. Cadangan ini timbul semasa mesyuarat bulanan Wadira bulan lalu, dimana Wadira Sekijang tiada apa-apa projek yang dijalankan dan masih tiada lagi identiti buat Wadira Sekijang untuk dibanggakan. Pengerusi bersama-sama biro ekonomi berusaha meyakin ajk yang ada agar projek cili dapat dilaksanakan.
Bertempat di bangunan Wadira kawasan lapang yang ada digunakan bagi memulakan projek tersebut. Pada 21 Disember, 2012 projek dimulakan dengan rasminya. Pada peringkat awal sebanyak 200 anak benih lada ditanam. Kesemua AJK WadiraSekijang turun padang menanam secara bergotong-royong.
Selamat berusaha dan selamat berjaya !!!!
Selamat berusaha dan selamat berjaya !!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan