Isnin, Ogos 22, 2011

KITA DI SINI UNTUK APA..?????

Marilah kita hayati bacaan doa iftitah yang kita lafazkan setiap kali kita menunaikan solat.


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


.....ALLAHU AKBAR.....


Dari itu ...Janganlah kita sombong sekiranya kita berharta dan janganlah kita berdengki sekiranya melihat orang lain berjaya.

Khamis, Ogos 18, 2011

SIAPA KITA..????

ALLAH tidak bertanya berapa banyak harta atau kekayaan yang kita ada, tapi DIA akan tanya berapa banyak amal baik yang telah kita buat
.
ALLAH tidak pandang betapa tinggi pangkat kita, tapi DIA akan lihat betapa amanahnya kita melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Oleh itu JANGAN lah kita sombong dan bangga diri. Berhemah dalam menjalani kehidupan kita.

Hablum minallah Hablum minannas.

Isnin, Ogos 15, 2011

MEMBELI SAMBIL MENDERMA





Sempena sambutan ketibaan Hariraya 1432h ini, Sekolah Menengah Arabiah Kluang (SMAK) akan mengadakan jualan daging lembu segar kepada warga SMAK serta penduduk setempat. Jualan ini adalah bertujuan untuk menambah dana tabungan pengurusan dan pembangunan infrustruktur Pusat Tahfiz Medik MAK.



Jualan dan tempahan boleh dibuat dari sekarang. Untuk tempahan anda boleh hubungi :-


Ustaz Mohd Jamil ( 012-9335600 )


Ustaz Muhammad Ali ( 0111- 2130209 )




Daging mula dijual pada 26-29/8/2011. Pada hari Jumaat 26 Ogos 2011 jualan akan bermula pada jam 3.00 petang.
Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan jika dibandingkan dengan harga pasaran ianya adalah lebih rendah..Marilah kita sama-sama rebut peluang keemasan ini. Dunia kita dapat insyaallah akhirat akan kita nikmati bersama.



' SELAMAT BERBELANJA SAMBIL BERAMAL '



Kejayaan kita adalah bermula dari hidup berkesatuan.

Teguhnya kita adalah dari hidup berpaduan.

Amannya kita adalah dari hidup berkasih sayang.

Jumaat, Ogos 05, 2011

PERTEMUAN TERAKHIR




Memegang cek sumbangan daripada KPR Sekijang Bhd


Setiap yang hidup pasti akan mati. Begitulah dengan diri setiap yang bernama insan. Akan pergi meninggalkan keluarga, sahabat handai dan juga rakan. Pergi menemui ALLAH yang Maha Esa. Pergi untuk selama-lamanya.


Ketua Kampung turut hadir


Pagi tadi Jumaat 5 Ogos 2011 bersamaan 5 Ramadhan 1432h seorang peserta Felcra Sekijang Manisah bin Setroh telah meninggalkan dunia akibat penyakit buah pinggang yang dihidapinya. Moga Allah cucuri rahmat atas rohnya dan ditempatkan bersama orang yang soleh.

Pengerusi KPR Sekijang


Kali terakhir aku bertemu dengannya iaitu semasa kunjungan pada malam /7/2011 lalu bersama ALP Koperasi. Pihak koperasi telah memberikan sumbangan ikhlas untuk anggota yang menghidapi penyakit kronik sebanyak RM 500.00.

Rabu, Ogos 03, 2011

CARA BERFIKIR......2

BERFIKIR PROGRESIF




Ianya adalah cara berfikir jangka panjang bererti melihat segala sesuatu jauh ke masa depan. Seseorang yang berfikir panjang akan melihat segala sesuatu dari kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi , bukan hanya apa yang ada sekarang.




Berfikir panjang bererti memikirkan hasil akhir dari segala sesuatu. Memikirkan berterusan, apakah ini baik atau lebih baik.




Apakah ini sama dengan tujuan akhir kita?