Isnin, Januari 31, 2011

RAHSIA SOLAT

Sebagai orang mukmin kita diwajib dan difardhukan untuk mendirikan solat sebanyak 5 kali sehari semalam. Iaitu solat subuh, zuhor, asar, maghrib dan isyak. Tapi tahukah kita apa rahsia perlakuan solat tersebut?

1. Niat Sembahyang :
- Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul :
- Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram :
- Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah :
- Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’:
- Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7. Sujud :
- Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud:

- Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur:

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) :

- Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10. Tahhiyat Akhir :

- Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11. Selawat Nabi :

- Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam :

- Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib :

- Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Selasa, Januari 18, 2011

MARI BERSOLAT ANAK KU


Solat adalah salah satu daripada 5 perkara rukun islam. Solat itu tiang agama. Amalan yang ditanya ALLAH di akhirat adalah solat.
Kalau aku nak solat aku akan mengajak ahli keluargaku untuk solat sama. Haaa..... SAFRAA WAFIQAH anak yang sorang ni pun tak ketinggalan untuk menunaikan solat.
Isteri aku terpaksa menyediakan telekong untuk kegunaannya. Tapi tak apa kalau berhabis sedikit demi untuk simpanan yang kekal.

Pak imam belum ruku' dia dah turun dulu. Imam sujud dia pulak meniarap. Tapi...alhamdulillah sekurang-kurangnya dia ingin belajar.

Semoga anak-anak ku menjadi insan yang beramal dan diredhai ALLAH....taat perintah Allah, rasul dan ibubapa.

Ahad, Januari 16, 2011

PROGRAM MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA

Program yang dicadang pada 16 Januari, 2011 amat dinantikan oleh penduduk Kg Segamat Kecil, Segamat. Program bermula dengan senamanrobik seawal pagi kemudian diikuti dengan program gotong-royong membersih kawasan perkampungan serta menanam pokok di kawasan Pusat Penggalak Pembaca. Sambutan amat menggalakkan samada penyertaan kaum hawa, kaum adam mahupun kanak-kanak.
Program Gotong-Royong Di Pusat Penggalak Pembaca

Lawatan Ke Pusat Penggalak Pembaca

Kemudian program telah sempurna dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penerangan Yang Berbahgia Dato' Haji Abdullah bin Morad bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Kg Segamat Kecil. Dalam ucapan beliau akan menjadikan sekolah kebangsaan Kg. Segamat Kecil sebagai anak angkat Jabatan Penerangan. Jabatan akan mengatur program kecemerlangan untuk pelajar bagi mengejar cita-cita. Walau bagaimana pun kerjasama dari semua pihak amat diharapkan iaitu dari kalangan guru-guru serta ibubapa pelajar.
Majlis juga diserikan dengan tarian tradisional orang asli yang dipersembahkan oleh pelajar sekolah kebangsaan Kg Segamat Kecil.

Persembahan Tarian Tradisional

Pada sebelah petang pula acara sukan, mewarna serta karaoke telah diadakan dengan meriahnya. Manakala pada sebelah malamnya program tayangan gambar juga mendapat sambutan hangat daripada penduduk kampung.

Khamis, Januari 06, 2011

INI LAH BARISAN KITA - 2011


Tahun 2011 telah menjelma.

Segala urusan pentadbiran Felcra berhad Kawasan Sekijang berjalan seperti biasa. Barisan kakitangan pentadbiran seramai 12 orang mengambil tanggungjawab bagi meneruskan amanah yang diberikan. Tahun baru azam pun baru. Kami bergambar dengan penuh gaya disamping menjalankan tugas dengan langkah yang bergaya. Maaf 2 orang staf tak dapat bersama. Kalau nak tahu siapa .....sila lah berkunjung ke kawasan Sekijang.

Insyaallah ...mudah-mudahan diredhai ALLAH...amiiiin.

Selasa, Januari 04, 2011

ALAM PERSEKOLAHAN

Yeaah....Gaya seorang ustazah...
Tahun 2011 anak ku SAFRAA WAFIQAH mencapai umur 5 tahun. Pada 3/1/2011 adalah tarikh keramat buat anak ku SAFRAA WAFIQAH. Bukan main bersemangat anak kecil ku ini mengemas diri untuk pergi ke sekolah pada hari pertama alam persekolahannya. Sejak malam lagi dia sibuk mengemas peralatan sekolah. Sibuk mengayakan beg serta baju baru. Aku hantar anakku ke Tadika Agama Johor FELDA Kemelah.
Si abang turut memberi semangat

Selamat melalui alam persekolahan.
Mudah-mudahan menjadi insan yang mulia....
Insyaallah..

Ahad, Januari 02, 2011

SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2011


Selamat Datang Tahun Baru 2011.
Selangkah lagi umur kita meningkat,
tapi jangan perangai masih macam dulu lagi.
Moga amal kita juga makin bertambah,
jangan masih ditakuk lama.

Marilah kita mencari keredhaan ALLAH,
Moga ALLAH redha akan kita.

Aku rasa pelik....
kita selalu berdoa dan mengharap akan keredhaan ALLAH.....
TAPI kita pula secara tak langsung tak redha dengan ALLAH
Baru diuji sedikit oleh ALLAH kita dah mengeluh
Tak redha dengan Qada' dan Kadar ALLAH yang kita terima.

Itulah manusia ...dia mengaku beriman tapi masih ragu tentang iman....

Dia percaya arak dan judi itu haram tapi ......dia langgar.....masyaallah.
Marilah kita berhijrah dengan erti kata yang sebenar.
Perkara yang jauh dan tak boleh kita capai dan dapat lagi...
Itulah Masa yang lalu..

Selamat Tinggal Tahun 2010....

PROGRAM MEMPERKASA KPR FELCRA SEKIJANG

Pertukaran Cenderahati
Tepat jam 7.00 pagi 27 Disember, 2010 aku, Pengurus Kawasan Felcra Sekijang beserta barisan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Felcra Sekijang Bhd berkumpul di perkarangan pejabat Felcra Sekijang. Kami bercadang untuk mengadakan Program Memperkasa KPR Sekijang yang akan diadakan di KPR Felcra Seberang Perak, Perak. Program ini bermula pada 27-29/12/2010 ( 3 hari ). Kesemua yang terlibat hanya 8 orang dengan menaiki 2 buah kenderaan. Perkara ini telah pun dibincangkan semasa mesyuarat ALP pada 24/12/2010 lalu. Program ini adalah kerjasama dengan KPR Felcra Seberang Perak dan telahpun dimaklumkan dengan pengurusan pejabat Timbalan Pengurus Besar Wilayah Perak.
Koperasi Seberang Perak sedang memberikan taklimat
Ahli Lembaga Koperasi Sekijang sedang khusyuk mendengar taklimat yang diberikan.
Lawatan ke Projek Stesen Minyak KPR Felcra Seberang Perak Bhd

Kenderaan rosak dalam perjalanan pergi

Hari pertama (27/12/12/2010) kami bercadang untuk melawat kilang Norani Cookies di Shah Alam walaubagaimana pun disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan lawatan tersebut ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditentukan lagi. Dalam perjalanan tanpa didi duga salah sebuah kenderaan kami mengalami kerosakan lalu keluar ke susur Bidor untuk pembaikan. Setelah mengganti palam pencucuh kami meneruskan perjalanan dan sampai di Teluk Anson pada jam 4.30 petang. Sebelum meronda bandar Teluk Anson kami terlebih dahulu check in penginapan di Hotel Anson kemudian kami mencari port untuk memancing. Hasil yang yang kami dapat adalah udang dan ada juga yang dapat menaikkan ikan BUNTAL.

Hasil tangkapan di sungai Teluk Intan

Hari kedua (28/12/2010) jam 8.30 pagi kami bertolak dan tiba di pejabat Timbalan Pengurus Besar Wilayah Perak pada jam 9.30 pagi. Di sana kami diberi penerangan berkenaan aktiviti KPR Felcra Seberang Perak. Banyak perkara yang boleh dikongsi bersama dan dijadikan panduan bagi memajukan KPR Sekijang Bhd. Selepas mendengar taklimat kami dibawa ke projek-projek yang dijalankan oleh KPR Seberang Perak bhd. Antara projek-projek tersebut adalah Stesen Minyak, Pembinaan Kandang Plasma A, Pembinaan Pasaraya KPR, Projek Makanan ringan dan Bangunan kedai KPR. Setelah selesai lawatan ke projek KPR kami dibawa ke projek Plasma A Bio-Valley Felcra Seberang Perak. Kami telah di beri taklimat berkenaan kaedah penggunaan ' EM ' dalam perlaksanaan projek plasma A.

Bergambar kenangan di hadapan bangunan produk desa Koperasi

Hari ketiga (29/12/2010) adalah perjalanan pulang kami dari Perak ke Johor. Walaupun letih dan kepenatan, aku serta ALP tetap gembira kerana dapat menimba ilmu yang tak mungkin dapat secara bergolek.

Kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut diucapkan jutaan terima kasih. Khasnya kepada PBWJ, Felcra bhd Seberang Perak serta KPR Felcra Seberang Perak bhd. Terima kasih atas sokongan dan perkongsian maklumat. Mudah-mudahan program ini dapat menyuntik semangat kepada barisan ALP Sekijang dalam menguruskan KPR dimasa akan datang.

Kepada kawan-kawan 5p,
jangan takut untuk berhijrah,
aturkan langkah mu, hayunkan kaki mu....
terus berjuang....
Semoga mendapat keredhaan ALLAH.