Ahad, Januari 16, 2011

PROGRAM MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA

Program yang dicadang pada 16 Januari, 2011 amat dinantikan oleh penduduk Kg Segamat Kecil, Segamat. Program bermula dengan senamanrobik seawal pagi kemudian diikuti dengan program gotong-royong membersih kawasan perkampungan serta menanam pokok di kawasan Pusat Penggalak Pembaca. Sambutan amat menggalakkan samada penyertaan kaum hawa, kaum adam mahupun kanak-kanak.
Program Gotong-Royong Di Pusat Penggalak Pembaca

Lawatan Ke Pusat Penggalak Pembaca

Kemudian program telah sempurna dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penerangan Yang Berbahgia Dato' Haji Abdullah bin Morad bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Kg Segamat Kecil. Dalam ucapan beliau akan menjadikan sekolah kebangsaan Kg. Segamat Kecil sebagai anak angkat Jabatan Penerangan. Jabatan akan mengatur program kecemerlangan untuk pelajar bagi mengejar cita-cita. Walau bagaimana pun kerjasama dari semua pihak amat diharapkan iaitu dari kalangan guru-guru serta ibubapa pelajar.
Majlis juga diserikan dengan tarian tradisional orang asli yang dipersembahkan oleh pelajar sekolah kebangsaan Kg Segamat Kecil.

Persembahan Tarian Tradisional

Pada sebelah petang pula acara sukan, mewarna serta karaoke telah diadakan dengan meriahnya. Manakala pada sebelah malamnya program tayangan gambar juga mendapat sambutan hangat daripada penduduk kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan