Khamis, November 24, 2011

SELESAI SUDAH.......MESYUARAT AGUNG PESERTA

ALHAMDULILLAH......
setinggi kesyukuran dilafazkan kerana perancangan mengadakan mesyuarat agung peserta bagi 3 buah projek dibawah Felcra Bhd Kawasan Sekijang, Segamat, Johor telah selasai diadakan pada bulan November ini.
Mesyuarat Agung Peserta Projek Tuang Kajang (ROA) kali ke - 2 telah diadakan pada 14/11/2011 bertempat di Sekolah Kg Segamat Kecil dan telah sempurna dirasmikan oleh En Ismail bin Mat Hassan, Pengurus Sosial Wilayah Johor. Perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar dan teratur menguikut agenda. Usul yang dibawa oleh peserta adalah agar pembayaran dividen dibayar secara bulanan. Selama ini dividen dibayar sebanyak 4 kali setahun tetapi memandangkan faktur umur peserta mereka tiada pendapatan lain. Harapan mereka agar permohonan ini dapat dipanjangkan keperingkat atas.
Turut hadir adalah pegawai JAKOA Daerah Segamat, Pn Suzilla binti Baki.

Manakala Mesyuarat Agung Peserta Projek Sekijang kali ke-17 telah diadakan pada 15/11/2011 bertempat di balairaya Felcra Sekijang dan telah dirasmikan oleh Pn Hashaniza binti Jamaludi, pegawai Pemasaran Wilayah Johor. Usul yang dibawa oleh AJKKP dan peserta adalah memohon agar dividen bulanan sediada (RM 1,200.00/pst/bulan pada 2011) dapat dipertimbangkan untuk dinaikan pada tahun 2012 sebanyak RM 2,500.00/peserta/bulan sekiranya hasil ladang memperolehi pendapatan yang tinggi.

Manakala mesyuarat terakhir pada 16/11/2011 adalah Mesyuarat Agung Peserta Sg Lenek III kali ke-2 telah diadakan di balairaya Kg Kangkar, Caah. Majlis telah dirasmikan oleh En Mohd azam bin Md Noor Pemangku Pengurus Besar Wilayah Johor. dalam majlis ini pihak Tabung Pesertatelah memberikan sumbangan sakit kronik kepada 2 orang peserta sebanyak RM 100.00 seorang.