Isnin, April 29, 2013

SIKAP RASULULLAH SAW



"Rasulullah saw....
Beliau bukanlah orang yang keji,
Beliau tidak pernah berbuat keji,
Beliau tidak pernah berteriak-teriak di pasar. 
Beliau tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan,
Beliau selalu memaafkan,
Beliau bersikap lapang dada."

(Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad)

KITA...???

MAJLIS PENGISYTIHARAN DIVIDEN FELCRA BERHAD DAERAH HULU TERENGGANU TAHUN 2012

TARIKH : 30 APRIL 2013
MASA    : 2.30 PETANG
TEMPAT: DEWAN TNB KUALA BERANG

PERASMI: EN SAUDDI BIN SITOR
                   (Pengurus Besar Wilayah Fb Timur)

Kawasan terlibat adalah :-
1. Fb Kawasan Bukit Kapah
2. Fb Banggol Gajah Mati
3. Fb Bukit Kesing
4. Fb Pasir Pelata
5. Fb Hulu Berang
6. Fb Durian Burung

Jumaat, April 26, 2013

PROGRAM TAHLIL PERDANA & MALAM MESRA WARGA PESERTA FELCRA BUKIT KAPAH

Bagi merealisasikan dan mengeratkan lagi hubungan antara warga Felcra Berhad Bukit Kapah, satu program berbentuk kemasyarakatan sentiasa diadakan. Mudah-mudahan ianya menjadi titik pertemuan yang harmoni yang terjalin dikalangan warga Felcra Bukit Kapah.
Bertempat di Masjid Perkampungan Felcra Bukit Kapah satu majlis yang dinamakan Program Tahlil Perdana & Malam Mesra Warga Peserta Felcra dengan Pengurusan Wilayah Timur akan diadakan pada 27 April 2013 bermula pada jam 7.00 malam. Majlis akan dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, Tahlil, Solat Hajat, Solat Isyak dan ucapan.

Semua Warga Penduduk Perkampungan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Khamis, April 25, 2013

AYUH MENGUNDI....PRU 13


Ayuh kekawan kita balik mengundi
Yang jauh dan dekat kuatkan diri
Bagi menunjukkan hak rakyat yang hampir dilupa
Apabila leka dengan kemewahan dan harta


Ayuh kekawan kita balik mengundi
Yang tua ataupun yang muda
Undi anda amat bererti
Sang pemimpin sentiasa mencari-cari


Ayuh kekawan kita balik mengundi
Tunaikan tugasmu dengan rela hati
Agar kita sentiasa diberkati
Sehingga kita kembali ke sisi..


Ayuh kekawan kita balik mengundi
Pilih siapa yang berkenan dihati
Jangan sampai menyumpah diri
Bila undi tersilap diberi


Ayuh kekawan kita balik mengundi
Tapi aku masih di sini
Mengenang kampung yang jauh kini
Adakah aku dapat balik mengundi
Hanya ALLAH yang mengetahui

Rabu, April 24, 2013

AGM PERSATUAN BELIA(PBFe) FELCRA BUKIT KAPAH

Alhamdulillah.....jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Berakhir sudah persidangan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Belia Felcra Bukit Kapah kali ke-2. Pengerusi masih dipegang oleh sdr Mujahid bin Abdullah. Manakala AJK masih ada yang kekal...tidak banyak berubah. Namun arah tuju belia perlu dibangunkan dan ditingkatkan.
Majlis telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu En Amrizal bin Abd Kadir. Beliau amat berbangga dengan aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun 2012. Hubungan baik antara persatuan dengan jabatan (Jabatan Belia / Felcra) amat perlu bagi meneruskan kesinambungan kejayaan belia.

Selamat jumpa lagi....
salam muhibah...
salam satu Malaysia..

Selasa, April 16, 2013

NOTIS MESYUARAT AGUNG BELIA FELCRA (PBFe) BUKIT KAPAH KALI KE-2

NOTIS
ADALAH DENGAN HORMATNYA ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN BELIA FELCRA(PBFe) BUKIT KAPAH KALI KE-2 AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN BERIKUT:-

24 APRIL 2013 (RABU)
JAM 9.00 MALAM
DI DEWAN SIVIK LAMA (BERSEBELAHAN MASJID)
PERKAMPUNGAN FELCRA BUKIT KAPAH,
HULU TERENGANU,
TERENGGANU.

SEMUA AHLI PERSATUAN BELIA FELCRA BUKIT KAPAH DIJEMPUT HADIR
TERIMA KASIH
WASSALAM

Isnin, April 15, 2013

CARA BERFIKIR.....4



BERFIKIR SUGESTIF


Contohnya begini, jika orang positif melihat sesuatu dari sisi positif, maka berfikir sugestif melihat sesuatu dari sisi neutral. Kemudian berusaha membuatnya menjadi lebih baik.


Misalnya jika orang yang berfikir positif terjatuh, maka ia akan mengatakan. “Aku tak apa-apa, aku ok sahaja.”


Sebaliknya orang yang BERFIKIR SUGESTIF akan berkata, “Aduh, lututku luka, aku akan mencari cara untuk menyembuhkannya!”

MESYUARAT AGUNG WADIRA FELCRA BUKIT KAPAH KALI KE-7 SESI 2012/2014

Alhamdulillah...selesai sudah mesyuarat agung Wadira Felcra Bukit Kapah Kali Ke-7 sesi 2012/2014 yang diadakan semalam 15/4/2013 (Isnin).Mesyuarat telah dirasmikan oleh En Mohd Shauki bin Saad Pengurus Sosial Wilayah Timur. Sekalung penghargaan diucapkan atas kehadiran beliau untuk meluangkan masa bersama kaum ibu di Felcra Bukit Kapah.
Tahniah kepada barisan AJK Wadira Felcra Bukit Kapah yang lalu kerana dipilih semula bagi menerajui kepimpinan sehingga sesi 2014.
Selamat berusaha kearah kejayaan demi masyarakat kaum ibu. Usah diungkit segala kebaikan usah dikenang segala kekecewaan dan kesilapan. Teruskan langkah tanpa selalu menoleh kebelakang kerana ianya akan melambatkan mu mencapai segala cita.

SELAMAT MAJU JAYA WADIRA BUKIT KAPAH

Ahad, April 14, 2013

Peserta Urus Sendiri Ladang

Harga pasaran komuditi kelapa sawit / getah melambung tinggi.Seronok... Fenomena ini membuatkan ramai peserta Felcra untuk mengusahakan sendiri ladang mereka yang urustadbirkan oleh Felcra. Felcra tidak menjadi keberatan sekiranya mereka hendak mengurus sendiri ladang mereka sekiranya mampu dan membayar balik kos hutang pembangunan yang telah Felcra dulukan.

Di mana-mana projek Felcra perkara ini tidak lari daripada karenah seperti ini. Ada peserta yang telah mengusahakan sendiri ladang mereka setelah membayar segala kos hutang pembangunan projek. Ada juga yang keluar tanpa membayar sesen pun....macam masuk rumah orang melalui pintu ...beri salam ( tandatangan perjanjian) tapi keluar ikut tingkap....tak ada adab betol...nak kata bebudak tapi umur dah lanjut....masyaallah.

Kalau dilihat kebanyakan mereka telah berumur lebih 65 tahun...dah lebih dari umur nabi saw. pun. Sepatutnya mereka banyakkan bersyukur. Apabila akhir zaman kita akan lihat kehidupan manusia sepertimana berikut :-

1. Tiada IMAN yang tulen

2. Tiada AKHLAK yang murni

3. AQAL yang tidak seimbang

4. AMAL yang menunjuk-nunjuk


Sememangnya dakyah yahudi telah meresapi dalam jiwa kita kini. Apa tidaknya apabila perkara kecil (wang) diperbesar-besarkan TAPI perkara besar iaitu agama diperkecil-kecilkan.

PELAN PENYELESAIAN ISU AGIHAN PENDAPATAN KASAR BULANAN DAN KERUGIAN TERKUMPUL P&L PROJEK FELCRA BUKIT KAPAH 1 (TS)

Pada 13/4/2013 jam 2.30 petang bertempat di Felcra Bukit Kapah satu perjumpaan antara Pengurusan Tertinggi Felcra iaitu yang hadiri oleh En Mohd Fauzi bin Tahir (Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta) dengan peserta Bukit Kapah 1 (TS) telah diadakan. Perjumpaan ini adalah bagi mencari penyelesaian berkaitan hutang kos pembangunan dan kos operasi tertunggak sejak tahun 2006. Pertemuan ini adalah lanjutan daripada pertemuan pada 17/3/2013 yang membincangkan perkara yang sama.Sehingga 31 Disember 2012 projek melaksanakan perkiraan bayaran pendapatan kasar bulanan menggunakan kaedah 65% Peserta : 35%  FELCRA Berhad telah mengalami kerugian terkumpul (kos operasi tertunggak) sebanyak RM5,215,440.83.  Jumlah kos pembangunan sebanyak RM13,821,388.06, telah dibayar balik RM4,319,596.45 dan baki belum selesai RM9,501,791.61.  Jumlah kedua-dua hutang kerugian terkumpul dan kos pembangunan RM14,384,061.57. Sekiranya sistem ini terus diguna pakai pihak perta akan terus dibebani hutang yang kian meningkat manakala FELCRA pula bermurahati memberi hutang yang akhirnya berkemungkinan peserta tidak mampu untuk membayar semula.Sepatutnya sejak awal lagi perkara ini telah diambil tindakan oleh FELCRA dan tidak dibiarkan peserta terus menerima wang pendapatan yang tidak sepatutnya mereka terima. Mereka tidak mengetahui dan sadar bahawa wang yang mereka terima dari FELCRA adalah terlebih bayar. Mudah-mudahan perkara ini dapat diambil iktibar dan jalan perundingan seterusnya akan membuka jalan penyelesaian. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah Pengurus Besar Wilayah Timur En Sauddi bin Sitor. Dalam perjumpaan tersebut dibentangkan dan ditunjukkan kepada peserta bahawa kaedah lama 65:35 yang diamalkan tidak menunjukan keuntungan bagi kedua belah pihak. Samada peserta memperolehi hasil yang tinggi atau pun rendah, angka tetap menunjukan kerugian atau terhutang dipihak peserta kerana pihak Felcra telah terlebih bayar kepada peserta setiap bulan.