Walau bagaimanapun kami sedia menerima kehadiran mereka kerana seminggu senbelum itu wakil mereka telah memaklumkan perkara ini, tetapi masa yang dimaklumkan adalah jpada am 3.00 petang bertarikh 19/10/2012.
Pada tarikh 19 - 19/10/2012 Perkampungan Felcra Sekijang akan menjadi sebuah penempatan yang sibuk dan ceria. Ini kerana program yang dijalankan di perkampungan ini tidak pernah diadakan sebelum ini. Program Anak Angkat dari IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat menjadi agenda yang menyeronokkan. Seramai 38 orang pelajar telah berkampung di Felcra Sekijang selama 3 hari 2 malam. Setiap rumah menempatkan 2 pelajar tersebut. Berbagai program dijalankan. Antaranya Majlis perasmian penyerahan oleh YB Parlimen Sekijang. Gotong-royong, ceramah motivasi untuk pelajar dan ibubapa angkat serta masyarakat kampung, sukaneka, lawatan ke projek ternakan lembu fidlot dan 10 ribu langkah.
Semoga program ini akan dapat memupuk sifat kasih sayang serta mengeratkan lagi hubungan antara warga Felcra Sekijang dengan pihak luar.Maaf sekiranya ada yang kurang dalam menyediakan penempatan. Moga ianya menjadi titik mula warga Felcra untuk terus menerima program anak angkat dimasa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan