Rabu, Disember 17, 2014

SKIM UNTUK KEBAJIKAN PESERTA

Felcta sentiasa prihatin dalam menjaga kebajikan peserta-peserta dibawah naungannya. Antara program yang dilaksanakan untuk peserta dan keluarga ialah skim insuran khairat berkelompok takaful. Dengan sumbangan yang dikeluarkan oleh peserta sebanyak RM 36.00/peserta/tahun yang dipotong melalui lebihan hasil tahunan dapat melindungi serta mengurangkan beban peserta tatkala ditimpa kematian.

Selain dari itu Felcra juga menyediakan skim takaful kemalangan diri berkelompok untuk peserta. Jumlah perlindungan sebanyak RM 30 ribu samada kematian ataupun hilang upaya kekal. Kadar premium setiap peserta ialah sebanyak RM 41.00/peserta/tahun yang dipotong melalui PnL projek.

Bagi meluaskan lagi skim takaful Felcra telah menawarkan skim takaful bencana rumah bagi warga peserta. Nilai pampasan maksimum bernilai RM 20 ribu manakala perkakas /perabot rumah pampasan sebanyak RM 5 ribu. Kadar bayaran premium setiap peserta adalah sebanyak RM 66.30/peserta/tahun.

Semoha dengan perlaksanaan program ini dapat meringankan peserta serta keluarga yang ditimpa musibah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan