Ahad, November 23, 2014

BANJIR....BANJIR....BANJIR

Hujan turun tidak henti-henti selama tiga (3) hari di Felcra Bukit Kapah, Hulu Terengganu. Air sungai semakin naik. Ladang sawit juga dipenuhi dengan air hujan. Air sungai dah mula naik hingga ke jalan.

Anak-anak dah mula turun rumah nak main air. 
Tapi kena ingat..
hati-hati jangan leka pula ibubapa dirumah…
hingga lupa anak diluar. 
Keselamatan anak perlu diawasi kerana malang tidak berbau.

BANJIR….BANJIR….BANJIR….

Bapa-bapa ada yang dah mula turun sungai. 
Mencari rezeki yang dating menjelma…
Tapi kaum ibu jangan asyik leka di dapur …memasak …
hingga lupa sang suami tak balik lagi…
calling…calling lah dimana berada …
agar keselamatan dia tak dilupa.

BANJIR...BANJIR...BANJIR….


Ibu-ibu ada yang asyik tarik selimut…
kerana hujan tak teduh lagi…
cuaca dingin buat isteri ...
hingga lupa dapur tak berasap.....
tapi jangan hingga lupa sang suami dibiar sendiri..  
Nanti dia merajuk …
payah nak dipujuk.
Kalau dia dah pergi ....
tinggal lah kamu menggigit jari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan