SALAM DARI SUNGAI 10..... Selamat melayari blog FELCRA Berhad Sungai 10, Kluang Johor Darul Ta'zim....... Semoga ianya dapat memberi informasi berguna kepada sahabat, rakan dan kawan dimana jua berada untuk melihat sendiri dengan lebih dekat segala aktiviti yang dilaksanakan. ' Berjumpalah sahabatmu dan musuhmu dengan muka yang manis tetapi bukan kerana hina dan takut terhadap mereka. Tidak menjadi hina kita merendahkan diri dalam kesederhanaan.' Terima Kasih Wassalam.
Ahad, Ogos 25, 2013
SAMBUTAN HARIRAYA SK SUNGAI BERUA (JAKOA)
Bertarikh 25/8/2013 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sg Berua (JAKOA) majlis sambutan hariraya disambut dengan meriah. Antara menu utama yang menarik adalah kambing golek. Jemputan terdiri dari Jakoa, Felcra, Unisza dan Perkim. Majlis tersebut juga dibuat bagi menyambut guru besar yang baru, En Zamri Abd Rahman bagi menggantikan En Maslaili.yang telah diarahkan bertukar ke sekolah lain. Seramai 115 murid Sk Sg Berua beratur panjang untuk bersalam-salaman dengan Guru Besar yang lama.Beliau dalam ucapannya berpesan bahawa pelajar orang asli juga berpotensi sebagaimana pelajar disekolah lain. Oleh yang demikian berusaha dan belajarlah bersungguh-sungguh bagi mencapai cita dan dapat mengubah cara hidup keluarga.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan