Kursus ESQ 165 ini telah diadakan pada 3 - 6 Oktober, 2010 bertempat di Hotel Flamingo Ampang. Seramai 5 orang 5 p Wilayah Johor telah terlibat menghadiri kursus selama 3 hari tersebut.
Kursus asas ESQ tersebut dianjurkan oleh FELCRA Training and Consultancy Sdn. Bhd. Seramai 140 orang terlibat termasuk peserta serta Wadira.
Ada juga peserta kursus yang mengambil kesempatan untuk berposing.
Pada pandangan saya kursus ini amat berguna untuk semua kerana ia adalah program motivasi yang berlandaskan Islam dan bukannya cara barat. Selama ini program kursus kebiasaannya mengikut modul daripada barat. Ianya adalah satu kelainan dan amat berguna untuk dikongsi bersama. Cara penyampaiannya menggunakan visual yang mana berlainan sungguh dengan program yang telah saya ikuti. Cuma saya je yang tak tahan bunyi yang teramat kuat.
Saya dapati apa yang diajarkan kepada peserta adalah sesuatu yang amat berfaedah bagi melahirkan insan yang dapat memberi manfaat kearah pembangunan ummah dimasa hadapan.
ESQ 165 yang mensinergikan ukuran kekuatan (quotient) IQ (intelectual Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient) bagi melahirkan manusia yang cemerlang dunia dan akhirat serta memiliki kekuatan karakter dan membawa perubahan drastik yang positif yang diilhamkan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian dari Indonesia.
Program ini adalah berunsurkan bina insan yang meletakkan nilai murni keagamaan dan usaha pembentukan ummah. Perkara utama yang ditekankan dalam program ini adalah bahawa manusia perlu membuang sifat keji yang senantiasa membelenggu diri kita.
Kepada mereka yang belum mengikuti program ESQ 165 adalah digalakan untuk menyertainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan