Dihari pertama program dimulakan dengan pendaftaran peserta (di bangunan Wadira Sg Ara)untuk ditempatkan dirumah keluarga angkat. Dikuti pada sebelah petang dengan program ceramah agama. Selepas itu peserta bertungkus lumus menghiasi gerai jualan di Dataran Kejat. Berbagai-bagai hasil Wadira seluruh Johor telah dijual dalam program ini. Pada sebelah malamnya pula diadakan pertandingan karaoke yang yang berkonsepkan lagu Hari Raya. Seperti tidak percaya bahawa wadira mempunyai bakat yang terpendam selama ini.
Pada hari kedua dimulai dengan senaman satu Malaysia. Kemudian dikuti dengan ceramah keusahawanan oleh MARA, manakala pada sebelah petangnya pula ceramah Kesihatan. Disamping itu mesyuarat Penyelarasan Wadira kali ke-2 telah dilaksanakan bagi membincangkan aktiviti terkini Wadira di peringkat kawasan. Setelah selesai bermesyuarat, program sukaneka Wadira pun dimulakan iaitu kira-kira jam 5.30 petang.
Pada sebelah malamnya pula program pertandingan Malam Kebudayaan diadakan. Semua Wadira telah terlibat bagi menjayakannya. Bebagai persembahan telah dipertontonkan, ada yang bersajak, bersilat, bermarhaban, berlakon dan bermacam-macaam lagi yang menarik.
Bersama keluarga angkat (Ayanda Sukiman@ Man Tailor) semasa Rumah Terbuka Hari Raya Fb Sg Ara.
Pada hari yang ketiga (hari akhir) pada sebelah pagi telah diadakan senaman J-robik dan diakhiri dengan majlis jamuan hari raya peserta Sg Ara pada jam 10.30 pg yang turut dihadiri oleh Pengurus Besar Wilayah Johor, Tn Haji Yahya bin Yusofe. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan persembahan Gasing Uri yang dibawa terus dari Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan