Selasa, September 27, 2011

PERTANDINGAN NASYID

YB Datuk Hj Ayob bin Rahmat

ADUN Kemelah sedang berucap




YB Datuk Hj Baharom bin Mohamad

Ahli Parlimen Sekijang memberikan ucapan


Kesabaran dan semangat yang berkobar kumpulan nasyid Felcra Sekijang untuk memasuki pertandingan nasyid amat dibanggakan. Dengan berkat rajin berusaha mereka akhirnya berjaya di tempat kedua dalam pertandingan nasyid lagu hari raya sempena Majlis sambutan hari raya DUN Kemelah anjuran Wanita UMNO Parlimen Sekijang.
Program telah diadakan pada 24 september 2011 bertempat di Dewan FELDA Kemelah. Latihan menyanyi dibuat pada seminggu terakhir sebelum pertandingan setiap petang jam 5 petang.




Kumpulan Nasyid Nada Sekijang

sedang membuat persembahan



Lagu yang didendangkan adalah lagu yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Nasyid Al Mizan. Lagu nya bertajuk Selamat Berhari Raya. Liriknya seperti berikut:-

Bismillahi dibaca
Setiap masa usaha
Sembahyang lima waktu
Mestilah diutama

Puasa di bulan ram'dan
Itulah diamalkan

Zakat dan juga fitrah
Wajiblah dikeluarkan

Selamat berhari raya
Aidilfitri mulia
Selamat Hari Raya
Hari yang bahagia

Mohon ampun dan restu
Kepada ibu bapa
Maaflah lahir batin
Pada saudara semua

Semua berhari raya
Menyambut kemenangan kita
Selama di bulan puasa
Menahan lapar dahaga










Orang yang berpuasa
Allah beri ganjarannya
Orang yang ingkar leka
Berdosa akan dimurka







Berselawat ke atas nabi
Nabi Muhammad Rasullullah
Bersedekah daripada rezki
Berdoa kepada Allah

Muslimin dan muslimat
Wajiblah beribadat
Di masa kita sihat
Sebelumnya terlambat

Selamat berhari raya
Aidilfitri mulia
Selamat Hari Raya
Kita bersukaria

Bersalam bermaafan
Harapan lah diberi
Jika lanjut usia
Tahun hadapan jumpa lagi







TAHNIAH ATAS KEJAYAAN..




SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan