Isnin, September 12, 2011

APA ADA PADA HARI RAYA..??

RAYA...RAYA...RAYA...
Itulah sorakan dan teriakan anak-anak apabila menjelangnya malam raya. Gembira sungguh mereka menyambutnya dengan percikan bunga api dan iringan bunyi mercun. Silap haribulan tangan pun tercedera penangan mercun buatan sendiri.
Tapi kita sebagai warga dewasa janganlah terikuti-ikut rentak anak-anak pula. Atau kita pulak yang lebih daripada mereka.
Sebulan berpuasan melatih dan mendidik kita untuk melawan nafsu. Tapi yang menghampakan kita masih tak dapat melawannya semasa bulan ramadhan lagi. Apa tidaknya dengan adanya bazar ramadhan yang menyediakan beraneka jenis makanan dan kuih muih. Macam pesta makan pulak. Promosi yang berlebih-lebihan dimedia massa dan elektronik amat ditonjolkan hingga promosi menu b*b* juga iklankan untuk juadah bulan puasa. Lepas tu kita sebagai pembelinya pulak membeli ikut nafsu. Ingatlah kita pada orang yang kurang mampu. Ingat mereka yang berada di Somalia. Mereka amat memerlukan makanan tapi kita disini membazirkannya.
Sepatutnya pada malam raya kita beribadat tanda syukur atas nikmat yang kita kecapi. Syukur kerana dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Mudah-mudahan ALLAH akan menjauhkan hati kita daripada mati. Mati hati daripada menerima hidayah ALLAH. Mati hati daripada mendengar kata nasihat.
Itulah perkara yang wajib diutamakan, bukan perhiasan rumah, bukan pakaian yang melebihi batas dan juga bukan untuk perhiasan kenderaan serta belanja yang bukan-bukan.
Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan