Isnin, September 12, 2011

PUASA...? DAPAT APA?

LETIH.....DAHAGA.....LAPAR....


Itu sajakah yang kita dapat daripada puasa? Atau pun dapat baju baru dan duit raya kalau puasa. Itu semua hanya untuk anak-anak kecil yang berhingus sebagai galakan agar mereka bersemangat menjalani ibadah tersebut. Adakah kita juga berada dalam kategori tersebut?


Kalau kita pun sama macam anak-anak sebenarnya puasa kita tidak sampai sasarannya. Apabila tiba Hari raya sahaja mesti nak baju baru, songkok baru, lansir baru dan segala-galanya baru. Sebenarnya ibadah puasa adalah bertujuan untuk melatih diri dan jiwa. Mengajar untuk menjauhi penyakit hati. Agar kita menjadi seorang yang penyabar dan lemah lembut tetapi mempunyai keteguhan dalam menegakkan kebenaran. Sekiranya masih nak menunjuk-nunjuk dan ego dengan kelebihan ....iman kita masih lemah.


Tetapi apa yang dilihat mereka ini masih ditahap yang lama walaupun baru seminggu meninggalkan bulan ramadhan. Pertuturan dan tingkah laku masih tidak menampakkan perubahan. Sepatutnya ada peningkatan kerana kita telah melalui ujian dan latihan untuk kita praktikkan selama 11 bulan.


FIKIR-FIKIRKANLAH.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan