Selasa, September 06, 2011

BeLIa SeKijaNG Di BuLaN RaMaDHaN 1432

Bergambar Kenangan Beramai-Ramai Di akhir Program






Tenaga Pengajar di import khas dari Segamat


Program belia Felcra Sekijang tidak terhenti semasa menjelang bulan Ramadhan. Jika di bulan -bulan lain mereka sibuk dengan aktiviti sukan tapi di bulan Ramadhan al mubarak ini mereka melaksanakan program indoor pulak.
Cokelat sedang diadon


Pada 6 Ogos 2011 yang lalu, dengan kerjasama Pejabat Belia Segamat satu program membuat kuih berasaskan cokelat telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini telah diadakan di Dewan Ilmu Felcra Sekijang bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tgh. Kehadiran peserta dari kalangan belia amat menggalakan. Manakala peserta dari kaum ibu juga tidak ketinggalan untuk menimba ilmu yang berguna ini.
Cokelat yang dah siap. Mana tak terliuq melihatnya.



Antara ciptaan yang dihasilkan.


Di akhir program para peserta dibekalkan dengan cokelat yang dibuat bersama. Kalau tak puasa rasanya cokelat tersebut tak dapat dibawa balik...habis disitu juga.


"SELAMAT MENCUBA"

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan