Hujan turun tidak henti-henti selama tiga (3) hari di Felcra
Bukit Kapah, Hulu Terengganu. Air sungai semakin naik. Ladang sawit juga
dipenuhi dengan air hujan. Air sungai dah mula naik hingga ke jalan.
Anak-anak dah mula turun rumah nak main air.
Tapi kena
ingat..
hati-hati jangan leka pula ibubapa dirumah…
hingga lupa anak diluar.
Keselamatan anak perlu diawasi kerana malang tidak berbau.
BANJIR….BANJIR….BANJIR….
Bapa-bapa ada yang dah mula turun sungai.
Mencari rezeki
yang dating menjelma…
Tapi kaum ibu jangan asyik leka di dapur …memasak …
hingga
lupa sang suami tak balik lagi…
calling…calling lah dimana berada …
agar
keselamatan dia tak dilupa.
BANJIR...BANJIR...BANJIR….
Ibu-ibu ada yang asyik tarik selimut…
kerana hujan tak teduh lagi…
cuaca
dingin buat isteri ...
hingga lupa dapur tak berasap.....
tapi jangan hingga lupa sang suami dibiar sendiri..
Nanti dia merajuk …
payah nak dipujuk.
Kalau dia dah pergi ....
tinggal lah kamu menggigit jari.