Isnin, Ogos 02, 2010

Kekalahan Bukan Erti Kecewa

Tarikh 31/7/2010 adalah perlawanan penentuan bolasepak 4 penjuru. Perlawanan bertempat di padang Risda Sekijang. Perlawanan akhir adalah antara pasukan Felcra Sekijang dengan Felda Kemelah. Perlawanan berakhir dengan sepakan penalti kerana masing-masing terikat 0 - 0. Akhirnya kemenangan memihak kepada pasukan Felda Kemelah dengan kemenangan 3 -1.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Felda Kemelah kerana menjuarai pertandingan. Kepada pasukan Felcra Sekijang juga diucapkan tahniah kerana telah bersungguh-sungguh dalam semua permainan. Setiap pertandingan sememangnya ada menang dan ada yang kalah.

Teruskan perjuangan ..jangan kenal erti kecewa. Sekali tewas tidak bermakna akan kalah selamanya.. Tahun hadapan kita jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan