Ahad, Ogos 22, 2010

Program Tadarus & Khatam Al-Quran

Sempena di bulan Ramadhan 1431 h yang berkat ini banyak program diadakan bagi menghidupnya sepanjang bulan. Antaranya program berbuka puasa, solat terawikh berjemaah, more dan tadarus.

Bertempat di surau al hidayah Felcra Sekijang telah diadakan program tadarus dan khatam quran pada 21/8/2010 yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Parlimen Sekijang. Program tersebut telah diadakan pada sebelah pagi (9.30 pagi) yang dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran, bacaan surah Yaasin serta tahlil. Manakala ceramah jemputan daripada Pejabat Agama Daerah segamat, Ustaz Ismail bin Salam telah mengisi slot sebelum solat zohor.

Setelah solat zohor secara berjemaah, majlis diakhiri dengan ucapan perasmian oleh YB Datuk Hj Baharum bin Mohamad Ahli Parlimen Sekijang merangkap Ketua UMNO Bahagian Sekijang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan