Isnin, Ogos 23, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53


Setiap tahun apabila tiba bulan Ogos, pemasangan bendera bagi menghiasi pemandangan perkampungan menjadi tradisi di Perkampungan Felcra Sekijang. Pemasangan jalur gemilang dibuat kebiasaannya pada pertengahan bulan Julai lagi.
Kini, tahun ini (2010) bulan kemerdekaan disambut lagi,....kali ke -53. Alhamdulillah....

Kelihatan Jalur Gemilang berkibar megah di sepanjang jalan pintu masuk perkampungan serta di rumah-rumah peserta. Kedengaran anak-anak kecil menjerit-jerit melaungkan perkataan MERDEKA apabila melihat jalur gemilang. Alangkah bangganya mendengar perkataan Merdaka daripada anak kecil walaupun belum mengetahui erti sebenarnya.

Marilah kita laungkan
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA.

Mudah-mudahan tradisi ini akan berterusan dan menjadi ikutan anak generasi akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan